4.6.17

Nota Syukur 15: Adik Beradik



Adik beradik akak 3 orang sahaja. Kami asalnya 5, kemudian 4 dan kini hanya 3.

Namun, Allah izinkan keluarga kami berkembang, kini bila kami 3 beradik berkumpul bersama, dengan pasangan dan anak-anak, jumlahnya 14. Alhamdulillah.

Semalam berpeluang buka puasa sama-sama. Seronok. Akak jadi tuan rumah. Menu nasi ayam hari ni. Alhamdulillah menjadi. Hehe ghisau jugak hampa. Sebab selama ni tak pernah berjaya buat nasik ayam. Tapi kali ni bos kata sedap. Hihi



Pakat bawak juadah masing-masing, bila dah susun penuh meja.

Roti john, tepung pelita, onde-onde, kerabu perut, kerabu rumpai laut, vade, akok, masak lemak siput sedut, air jagung, air sirap, teh o panas.

Syukur rezeki melimpah hari ni.

Semoga semua adik beradik akak dan akak sekeluarga dilimpahi rahmat dan kasih sayang, dilindungi Allah selalu dan sentiasa saling menjaga. Kami ni mak ayah dah tak ada. Sama-sama bergantung la antara satu sama lain. Mudah-mudahan juga kami kekal bersama-sama sampai habih nyawa.

Salam Ramadan ke-9!

3.6.17

Nota Syukur 14: Handphone

Teks: Zaila Hafni
Imej: The Sun

Handphone nostalgia. Gambar hiasan je. Hehe



Handphone yang akak tengah guna sekarang ni dah masuk 4 tahun kot umur dia. Alhamdulillah sangat berjasa dan banyak bantu akak mencari rezeki.

Keje akak sebagai pemilik kedai buku online, memang banyak bergantung kepada handphone untuk promote dan urus order. Keje akak sebagai freelancer pun sama jugak. Akak menulis guna handphone juga. Ambik gambo, elok ke huduh ke semua guna handphone tu lah.

Untuk edit gambo or buat poster guna apps PicsArt dengan Photo Grid. Untuk menulis, install apps Google Keep, Words for Android. Invest untuk SD card yang besor storage nye.

Walaupun kecik tapi banyak sangat membantu. Semoga dipanjangkan umurnya untuk terus berkhidmat untuk akak.

Ehhh tetiba sentimental dengan handphone sendiri. Akak dah kenapaaaaa?


2.6.17

Menu Berbuka Ringkas



Alhamdulillah dah 7 hari berpuasa dah. Maka sudah 7 hari jugak kita dalam bulan Ramadan. Akak sekeluarga pun alhamdulillah ok je puasa ni. Kami berkonsep sederhana saja. Mana yang ada.

Berbuka so far, memang tak banyak menu. Selalu terus makanan berat je. Kuih takde sangat. Kiranya bila azan tu, berbuka buah kurma, minum air, terus makan.

Setakat ni tak ke pasar Ramadan lagi pun. Memang masak je kat rumah. Masak yang simple je pun.

Kadang-kadang share menu berbuka dengan BFF. Saja buat tambah idea dan share resipi.

Hampa pakat masak apa?

Ni menu akak setakat berpuasa 6 hari ni.

 Sawi goreng ikan malong kering, sambal cili padi tumis, kari drumet ayam

Mi goreng 

Roti tampal udang

Sambal tempe, masak lemak taugeh kucai, ikan sardin goreng, sambal taun

 Bubur nasi berempah

Mi kuah udang bajet

Hari ni tak tau lagi masak apa. Satgi pikiaq. 

Selamat berbuka no hampa hari ni hihi.