1.6.17
Nota Syukur 12: Ayah
Imej: Pinterest
Bulan puasa ni banyak gak teringat kat arwah ayah. Sekarang ni hidup dengan kenangan dia sajalah. Syukur. Ada juga kenangan yang tinggal walau tak banyak mana.
Ayah akak, orangnya simple saja. Tapi sangat pegang pada prinsip.
Lepas arwah mak tak ada, kami puasa raya ringkas sahaja. Tapi alhamdulillah tetap cukup. Bersahur biasa saja, apa yang ada. Nasi lah biasanya.
Berbuka, seingatnya akan ada teh O panas. Kurma. Murtabak. Nasi, tengok la lauk apa-apa.
Bila raya, ayah order ketupat kat mak njang. Kuih sepit kat mak ndak. Kadang kuih-kuih sedara bagi. Baju raya, pi la beli yang dah siap kat kedai. Akak memang jarang tempah. Mujur saiz jenis senang dapat.
Terawih ayah, mudah. Kadang dia Isyak kat rumah je. Pegi masjid bila dah separuh terawih. Takde dia nak rushing. He moved on his own pace. Steady. Tapi tetap hari-hari pegi insya Allah. Tu masa dia sihat.
Bila tak berapa sihat, kadang tu dia suka dengar live terawih dari Masjidil Haram. Dia biar je terpasang kat tv. Sedap tenang damai dengar terawih dari sana.
Di tahun-tahun akhir sebelum ayah meninggal, dia pernah cuba puasa dari Rejab hingga ke Syaaban. Sebab dia diabetic, dia cuba praktis dari awal. Masuk Ramadan dia dah steady. Alhamdulillah sihat dia puasa tahun tu. Kita pun belum tentu. Lagi dok pulun makan ada. Buat malu saja.
Satu lagi kenangan Raya, aktiviti ziarah kami memang agak full hari pertama. Kedua ketiga dah kurang sikit. Kalau dulu, lepas je solat raya, start lah tour. Semua adik beradik ayah akan ziarah. Itu dulu. Lepas tu baru kawan-kawan, sepupu ke apa ke. Seronok. Masa tulah kita kenal adik beradik. Tapi ni, dah takde sapa kecuali Paksu. Dua mak sedara dah dijemput Allah tahun ni. Tinggal sepupu sepapat sajalah.
Rindunya kat ayah. Rindu nak sembang dengan dia. Nak sembang topik apa pun boleh. Dia serba serbi boleh bagi pandangan. Orang banyak baca, bijak. Hang jangan nak kelentong dia noh. Dia tau belaka.
Cukuplah kot setakat tu. Sama macam mak, bab ayah ni pun bukan boleh cerita lebih sangat. Oklah. Nak basuh baju sat.
31.5.17
Nota Syukur 11: Anak itu Ujian
Imej: Daily Record
Pagi semalam, dalam akak dok terhangguk-hangguk dok mengedit, tetiba terdengar bunyi suara budak dok menjerit menangis kat depan rumah. Haih dah kenapa pulak ni.
Apa lagi akak pun intai la kot tingkap. Rupanya ada sebiji kereta berhenti tepi selekoh depan rumah ni, maknya dok tengah tenangkan anak dia yang menangis tu.
Aduhaiiiii akak is very the understand that situation. Dengan pagi-pagi kita mungkin kalut atau dah terlambat nak pegi keje, lepas tu anak mengamuk buat perangai, kita nak drive pun tak senang. Entah apa la yang jadi dalam keta kita tak tahu. Kot anak mengamuk tak mau dok dalam car seat ke, ganggu maknya drive ke.
Akak yang tengok situasi tu terus teringat anak sendiri.
Huhu memang budak-budak ni ada masa sungguh-sungguh uji kesabaran kita. Akak pun sama la kadang tu bersuara petir kilat jugak bila puting beliung amukan akak datang. Geram kot yang abang asyik dok lepuk adik. Pantang lepa. Tak masuk lagi bab berebut mainan.
Sungguh mak kena banyakkkkkkkk sangat sabar.
Insiden tu tak semena-mena buat akak cerah mata. Segar terus nak sambung edit. Haaaa
Apapun, kuat mesej yang Allah hantar pagi semalam tu. Nak bagi ingat. Kalau marah anak kadang tu bukan main, padahal kita yang banyak salah sebenarnya. Sungguh. Anak adalah ujian.
30.5.17
Permohonan Prasekolah 2018
Imej: Flickr Ruzaimy Ismail
Untuk kedua kalinya, we ols hantar borang permohonan anak untuk ke prasekolah tahun depan. Pertama kali, tahun lepas. Cuba mohon untuk pra 5 tahun tapi keputusan dukacita. Itu yang cuba tahun ni pulak.
Permohonan prasekolah untuk 2018 dah start apply online mula tahun ni. Bulan 3 lagi dah open. Tarikh tutup apply online 30 April. Tarikh tutup hantar borang ke sekolah 31 Mei. Awal kan. Kalau tak alert atau takde siapa inform, memang terlepas. Sama gak untuk permohonan Tahun 1. Lagi awal tutup. Huhu
Gambar pinjam. Bukan Prasekolah anak akak ni. Hehe
Jadinya we ols dah isi secara online. Then kena print borang tu. Lepas print, lekat gambar pasport anak. Sediakan dokumen yang perlu, sahkan dan submit ke sekolah pilihan berserta borang tadi.
Antara dokumen yang perlu: salinan IC ibu bapa, salinan surat beranak dan mykid anak, surat nikah ibu bapa dan slip gaji. Ingat, kena sahkan dulu tau.
We ols hari tu ofis sekolah mintak cikgu sorang ni sahkan sebab we ols bawak salinan dokumen je. Mana taknya kat borang tak mention suruh sahkan pun..
Then submit je borang sekali dengan dokumen semua. Tunggu jelah keputusannya sama ada diterima atau tak. Ikut kat borang, katanya keputusan boleh start check bulan 8. Entah ya entah tidak la tu. Kita try check nanti yedok.
Kalau dapat, pegi sekolah pakai baju pepel la anak bujang sorang tu. Kena bangun awal pagi. Kena pegi sekolah. No more sekolah ummi. Aduhhh tak boleh imagine cemana drama esok ni. Haha fefeeling dapat je kan. Tak taulah. Ada rezeki, ada. Kalau tak, cuba pi tadika lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)