27.5.17

Nostalgia Puasa

Teks: Zaila Hafni

Bulan puasa ni, tak sah kalau tak melintas momen-momen puasa dengan mak ayah. Masa kecik-kecik.

Antara momen puasa yang paling diingat, at least sampai la ni masih ada dalam kepala, makanan. Haha. Puasa dan makanan, berpisah tiada.

Seingatnya dulu, bulan puasa ni, ayah selalu stock up ikan kering, papadom, minyak sapi, telur masin. Buat makan soq. Soq tu sahur la, dalam bahasa cek.

Menu soq paling lejen, nasi panas + minyak sapi + telur. Aduhai masa tu kisah apa kolesterol, lemak tepu tak tepu - tak reti pikir pun. Yang ingat, sedap.

Papadom, selalu ayah beli yang kecik hat pat segi tu. Bukan yang bulat besar macam yang selalu ada kat kedai mamak. In fact, sampai la pun akak suka yang pat segi tu. Boleh tengok macam kat dalam gambar ni.

Kredit gambar papadom:
http://ellyinwonderland.blogspot.my/2015/06/buka-puasa-day-23-dan-4.html?m=1

Ikan kering, tak ingat la ikan apa. Bukan la makan selalu pun tapi selalunya ada kat rumah. Sampai sekarang pun memang standby. Akak makan nasi dengan ikan kering saja lagi bertambah. Bahaya oiii.

Tu antara menu sahur yang akak ingat. Tak banyak sangat memori pun. Tapi cukuplah dengan yang ada. Buat kenangan.

La ni kita pula yang cipta kenangan untuk anak-anak. Tak banyak sikit, kita cenderung nak buat perkara yang kita lalui dengan mak ayah kita dulu. Yelah, kita hidup dengan kenangan tu kan.

Oklah, selamat bersahur esok. Akak doakan diri akak dan semua yang membaca ni, terjaga dan sempat makan sahur. Tak kisahlah sahur apa.

Akak sahur overnight oat kot. Tapi entah bukan boleh harap, sekali nasi jugak peginya.

Dahlah. Tido. Jangan lupa niat posa sebulan!

26.5.17

Nota Syukur 9: Puasa

Teks: Zaila Hafni
Imej: Prayer Times Dubai

Insya Allah, jika dipanjangkan umur akan bertemu Ramadan esok. Kali ni Ramadan yang ke-35 dah.



Kali ni puasa memang suasana beza lah sebab kat tempat baru. Rasa-rasa macam meriah, sebab masjid dekat je ngan rumah. Dah tu, senarai program masjid sepanjang bulan puasa pun tengok kemain full. Happening betui!

Alhamdulillah dibagi peluang rasa suasana macam ni. Tazzabar jugak.

Semoga Ramadan tahun ni jadi yang lagi baik berbanding tahun-tahun lepas.

Akak nak bersederhana saja. Dan minta Allah bagi kekuatan dan tenaga nak harungi puasa sambi menyusu dan jaga tiga orang askar kat rumah ni. Haaaaaa

Selamat berpuasa ya.

Ahlan Wa Sahlan ya Ramadan!

23.5.17

Nota Syukur 8: Bukan Kuasa Kita

Teks: Zaila Hafni
Imej: Google


Walaupun kita mohon lain, tapi Allah bagi lain, itulah sebenarnya yang paling baik buat kita.

Mungkin ia nampak teruk atau buruk pada mulanya tapi itu jualah yang terbaik pada pandangan Allah. Betapa terbatasnya pandangan kita.

Mula-mula kita mungkin tak nampak atau tak boleh hadam, tapi bila dah boleh terima baru kita faham hikmahnya.

Kuasa Allah siapa pun takleh lawan kan.

Doa saya dulu, dah belajar tinggi, kerja pejabat dan membina karier.

Jadi suri rumah bukan pilihan.

Tapi Allah tak makbul doa yang tu, malah bertukar terus profesion saya.

Convert kepada full time house wife, mula bisnes kecil-kecilan, belajar menjual walaupun dulu tak pernah suka. Berada di rumah, jaga anak sendiri.

Bekerja di rumah yang saya bayangkan saya buat bila dah pencen, nampaknya Allah awalkan.

Begitulah aturan Allah.

Salam pagi Selasa, semoga hari ini semua indah saja.