20.4.17

Lawa Macam Nora

Teks: Zaila Hafni

Uii lepas dok viral pasal #krimkilo hari tu,  akak pun tumpang sama la search hashtag tu nak tengok apa keberhasilan dia.

Peh. Berlambak weh!

Takut pun ada. Gila senang nak jadi 'founder' produk. Pek krim-krim tu masuk bekas, tampal stiker, juai le. Yang akak baru tau, lipstick matte tu pun bulih jadi oi.

Yang jual bekas pun kemain lawa ha. Bekas yang nak krim tu la. Bukan seller nye haha.  Aduhai. Memang la orang mudah tertipah eh tertipu.

Sepanjang hidop akak ni, tak pernah try lagi skincare or kosmetik yang hmm beli secara online gini. Tak berani. Tak yakin pun ya. Dan akak bukan la orang yang nak sangat sangat muka ploles, putih gebu tanpa mengira produk yang diguna.

Tak banyak sikit memang la mau jugak muka lawa (yolah sapa yang nak muka huduh) tapi akak lebih percaya kepada konsep biar lambat asal selamat dan guna produk yang diyakini sajo. Contohnya produk yang dibeli di drugstore. Ni barang nak tepek kat muka oi. Elok muka cantik bersih berseri sekali punah ranah, di mana kan ku cari ganti?

Dan masalah paling besar dan bahaya, kandungan bahan terlarang. Dah serap masuk dalam kulit, ada dalam badan. Ngeri weh ngeri.

Mujur la akak ni jenis yang tak mudah tergoda dek muka ploles, licin putih bagai ni. Kalau tak parah jugak la kot.

Akak dari dulu memang guna cleanser je. Toner, moisturiser ikut suka hati. Mekap memang takde. Semata bedak kompak (hat murah je pun) dengan lipstick tu pun kekadang lip balm yang ada kaler je. Kahkah tengok betapa simple hidup muka akak.

Bukanlah bermakna tak sayang muka tapi entah. Takdan nak kelebet muka pun haih. La ni pun untung kalau cuci muka. Malas nau. Hahaha

Setakat yang akak penah guna - Safi, Simplysiti. Hat pelik-pelik tak pernah la.

Tapi akak perasan, muka nak bersih kurang jerawat ni, lagi elok dari dalam. Bukan semata asyik dok kelebet or tepek macam-macam krim.

Konsisten makan vitamin C. Kalau ada bajet lebih, ambik protein powder. Air putih kena minum banyak. Kombinasi ni pun dah cukup ok nak bagi hilang parut dan kurangkan penternakan jerawat. Tapi kena sabaq le. Kesannya makan bulan. Dan kena konsisten.

Apapun nak pilih produk untuk muka ni especially, cerewetkanlah diri sikit. Kulit muka ni sensitip. Kalau dah muka pecah nanti apa pun tak boleh. Huhuhu

Now akak teringin nak beli skincare hat mahai sikit. Mahai pun sebab dia ada landmark study dan kajian klinikal dan berlambak research yang dah dibuat. Tunggu akak kumpoi duit dulu. Beli dan try. Kalau ploles baru akak share. Kalau dak nan hado. Cuci muka dengan Safi Rania dulu ye. Kehkehkeh





13.4.17

Terrible Two is Coming

Teks: Zaila Hafni

Bujang nombor dua ni, sungguh-sungguh menguji dan mencabar kesabaran dan keimanan akak sebagai seorang mak yang cool dan tenang selama ni. Hari-hari ada saja benda yang dia explore yang membuatkan jantung akak nak gugur terhempas ke lantai dan mengundang suara halilintar dari mulut.

Sumber: Kidspot


Huhu kesian beliau. Sejak akhir-akhir ni, emosi akak sukar dikawal sikit.

Dia dalam fasa Terrible Two gitu kaedahnya. Perangai budak yang umur 2 tahun ke atas, memang normalnya begitu. Dia punya exploration, tantrum -- hang memang kena sabaq banyakkkkkk sangat.

Sumber: Google


Bila dia mood ok, memang comel sangatlah. Mai mood nak tido, nak nenen, mengamok dengan abang dia - Allahurobbi. Jerit sampai terasa gegendang telinga bergetar tertampar berpuluh kali ganda.

Dia punya clingy, hang nak berjalan pun payah dek dipeluk kaki kuat-kuat. Marah sangat, dia pi switch off standing fan (dia tau orang sangat annoyed sebab panas), dia cucuk-cucuk adik (hat ni memang mengundang suara petir akak) dan baling barang-barang.

Tapi dari sisi lain, he's actually very adorable, boleh dengar cakap, and quite independent.

Maybe because he caught up between the other two siblings, he feels that he's not getting enough attention and care from me.

I do care, of course. But to make him understand that his baby sister needs a bit more attention than him is not easy.

Takpelah. Walaupun dia punya keaktifan dan tenaga tu macam tak ter'handle' kadang-kadang, but I am glad knowing that all these things are normal.

Baca artikel ni kalau u ols ada anak umur 2 tahun. Ngeeee. Bertabahlah weh!

10.4.17

Bahaya Jadi Bookseller


Imej: Bookstr



"Buku baru ke ni?" pak encik tanya sambil tangan memangku buku Tarbiyatul Aulad Jilid 1.

"Hehe. A ah." jawab akak terkulat-kulat. Masa tu tengah menyusu anak.

Demi mengurangkan rasa bersalah akak, akak sambung lagi "Beli sebab buku ni cepat benor habih stoknya. Masa saya beli ni, tinggal 4 bijik je lagi"

Pak encik selak-selak buku lepas tu letak.

Tak lama lepas tu, pak encik masuk bilik. Tengok ada buku kuning hat bestseller tu -- How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk (aduh mengah betui nak sebut tajuk buku ni!), pak encik mengutarakan satu soalan lagi,

"Aiiii, beli jugak ni?"

"Ngeeeeee. Laku sangat la, cepat habis. Masa ada stok hari tu, beli la sebijik. Ni tengah reprint kali ketiga dah ni"

"Hmmm"

Alhamdulillah sebulan dua ni akak ada elaun lebih sikit, akak beli buku pakai duit sendiri je. Kalau tak kena kecek funding kat pak encik dan buku yang nak dibeli tu mesti ada alasan yang sangat kukuh kenapa perlu beli.

Ni, beratur buku tunggu nak dibaca dan dihabiskan.

Bahaya sungguh aih jadi book seller. Pantang buku restok, buku reprint, buku pre order, offer diskaun, free shipping - dia pun sama naik excited! Kahkah

Tu pak encik tak tau lagi tu sebijik lagi buku on the way. Huiii offer free shipping kot buku Brownies Paling Agung. Kesah apa walaupun akak takdak oven! Hahahaha punggahhhhhh

Kan dah kata, bahaya jadi bookseller. Hang dok submit order customer, hang terpengaruh sama. Hihihi