9.9.15

Cara Nak Tahu Kalau Anak Salah Urat/Demam Urat

Beberapa minggu lepas, banyak aktiviti luar. Berturut-turut.

Disebabkan anak-anak pun keluar masuk kereta aircond, kena panas terik kat luar... masing-masing pun tak berapa sihat minggu lepas.

Yang si abang nak hampir bengkak tonsil, yang adik dedar-dedar. Adik tu dengan demam uratnya dengan nak tumbuh giginya, dengan tak sabar nak meniarap hari-hari tu yang kejap panas kejap sejuk badan dia.

Tapi yang pasti memang demam atau salah urat sebab bahagian atas pinggang panas, bahagian bawah sejuk. Gitu lah simptom salah urat kat budak-budak.

Ini pun belajar daripada mak mertua masa anak sulung dulu la. Pernah sekali apsal kepala sampai pinggang je panas tapi kaki sejuk budak ni. Orang muda mana nak tahu. Lepas tu bawak pergi urut lah.

Kami sekeluarga ni memang dah biasa guna khidmat sorang wak urut kat Sepang. Wak ni pandai urut baby dan budak. Orang lepas bersalin pun dia urut. Jadi kami anak beranak memang selalu juga lah berurut dengan dia.

Masa anak sulung dulu, belum setahun umur dah 3 kali urut rasanya. Biasalah budak lelaki melasak. Adik dia pun sama lah ni. Baru mula nak meniarap, dengan badan sado pulak... kalau bukan salah urat dia dok golek-golek tu boleh jadi salah urat sebab salah dukung ke pegang dia ke. Kesian bila letak baring atas tilam meraung taknak. Lepas tu takde nak golek-golek. Sah la ni salah urat. Tidur pun tak nyenyak. Dan macam biasa simptomnya bahagian atas badan panas tapi bahagian kaki sejuk.

Tu yang lantas balik umah MIL ajak pegi urut. Alhamdulillah wak urut tu ada kat rumah. Sebabnya pegi tawakal je. Wak ni tak ada telefon. Orang lama kan.

Bila wak tu pegang je... betullah dia salah urat. Menjerit-jerit dia kena urut. Berair-air mata sepanjang kena urut tu. Tapi sebab nak bagi baik, akak pun tahan ajelah pujuk dia. Huhu.




Wak tu urut-urut kat bahu, belakang badan, tangan dengan minyak urut khas dia buat sendiri. Lepas dah kena urut tu, bagi dia menyusu. Lena terus. Lega sikit dah kot kan.

Alhamdulillah lepas tu he looks better. Dah nak senyum-senyum. Kalau tak, muka tu layu aje. Nak senyum pun tak lalu. Dan start balik dah golek-golek. Hehe.

Jadi, kalau kita rasa badan anak kita tu lain macam - atas panas, bawah sejuk tu mungkin salah urat. Demam urat la kot gitu kan. Cuba bawak pi urut mana tau ok. Insya Allah.

Update tahun 2021: Kami dah lama tak pegi mengurut dengan wak tu. Tak pastilah sama ada dia masih mengurut orang atau tak, sebab setahun dua ni dah agak uzur dan tak kuat sangat nak mengurut. 


28.8.15

Nasi Arab Mudah Masak



Minggu lepas, husband dan kawan-kawannya ada majlis makan-makan. Saje together gather.

Husband dah ditugaskan untuk siapkan main course, maka bertungkus-lumus jugaklah kami husband and wife siapkan makanan untuk 50 orang. Menu - Nasi Arab.

Tak pernah pun masak untuk orang makan seramai ni. Selalu masak runcit-runcit je jamu family dan kawan-kawan. Ni agak mencabar jugaklah kan. Tapi husband memang confident. Dia memang biasa masak kalau masa program company beliau... program camping ke, bbq ke. Dialah masterchefnye. Hehe

Nak masak nasi arab ni insya Allah ok. Sebab guna rempah segera. Beras pun dah ada siap. So tak payah nak risau tentang rasa. Insya Allah sedap!

Kami masak guna rempah Nasi Arab Al Bayt je senang. Dalam 10 kotak jugaklah sebab 50 orang kan. Sekotak anggaran 4-5 orang makan. Beras dah bagi, rempah semua pun dah ada dalam.

Maka bekerjasama lah husband dan wife siapkan menu. Husband tolong potong timun, tomato, bawang-bawang. Then siapkan salad arab siap-siap simpan dalam peti ais. Saya basuh ayam dan rebus. Sambil-sambil kejap entertain anak nak menyusu.

Seperiuk besar rebus ayam. Ikut resipi tak payah rebus, panggang je. Tapi kitorang nak jimat masa panggang...maklumlah ada 1 je oven tu pun pinjam mak mertua punya. Dan ada 1 microwave. Congak-congak lama sangat kalau nak panggang. Jadi kami rebus dulu ayam, panggang jugak lepas tu tapi tak lama sangat sebab ayam dah masak. Dan air rebusan guna buat sup, hidangan tepi (side dish). Resipi asal takde pun. Saja kitorang tambah buat kuah.

Nasi arab ni set dia: Nasi, ayam panggang, salad arab, sos harrah.

Orang melayu punya tekak mesti nak ada kuah. Hehe. Lauk berkuah yang sesuai macam sup ke dalca ke. Ok la tu.

Alhamdulillah mak abah ada periuk besar-besar, tumpang pinjam. Masak nasi pun senang je pakai tu. Sekejap aje dah siap :)

Syukur juga semua sempat siap, walaupun biasalah dengan selingan anak-anak. Kejap nak itu nak ini, nak tengok tu, nak nenen. Gilir-gilir la kitorang buat keje. Hehe.

Husband kata habis licin ada siap tapau. Alhamdulillah seronok dapat jamu orang makan.

Nasi arab ni senang je nak buatnya. Sukatannya semua dah bagi. Sedap pun sedap!



26.8.15

Sebab Ibu Bekerja yang Menyusu Perlu Makan Multivitamin


Jadi ibu yang bekerja dan menyusu tak dinafikan memang menuntut tenaga dan kekuatan yang tinggi. Nampak macam mudah kan menyusu ni tapi ibu menyusu sajalah yang faham keadaan yang cepat lapar, mengantuk lepas menyusu, susu perahan tak cukup atau terlalu letih dengan urusan kerja, rumah dan anak.

Tapi biasalah ibu-ibu ni selalu ada kuasa super. Hehe. Semua benda boleh buat padahal dalam hati kata tak larat.

Dua orang kawan saya amalkan vitamin  sejak mengandung hingga menyusu mengaku yang sangat penting ambil multivitamin. Selalunya bila dah balik kerja dah letih tapi banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan. Kalau anak sorang pun penat, bayangkan kalau anak lebih ramai. Habis urusan kerja, balik untuk urus rumah pulak. Banyak tenaga kena guna. Dan dengan umur yang makin bertambah, kudrat pun selalunya makin kurang. Kadang tu bila dah letih sangat, makan pun tak berapa selera.

Yang sorang ni, memang ambik multivitamin. Katanya bila makan multivitamin ni, bila balik kerja masih bertenaga nak urus baby yang baru 5 bulan. Dan masih menyusu badan.  Kalau tak cukup vitamin penting ni, tambah pulak pemakanan pun tak cukup, manalah nak datang tenaga ye tak.

Yang sorang lagi, baru nak cuba multivitamin ni.  Dia sebelum ni memang regular ambik tablet kalsium-magnesium Ostematrix, lepas tu top up dengan Vitamin C dan B Complex. Memang katanya beza kalau ambil dan tak ambil vitamin. Saya sendiri pun setuju. Lemau sangat menjelang petang kalau terskip vitamin pagi tu.

Kalau anda pun kategori ibu bekerja yang menyusu yang sering rasa penat, stres, asyik nak marah, terlalu letih dan tidak ambil apa-apa vitamin, sangat baik mula amalkan daripada sekarang. Kita nak jaga keluarga, kita kena pastikan kita sihat dan badan nak pakai lama, nak tengok anak membesar insya Allah jika dipanjangkan umur. Tak salah berusaha untuk dapat kesihatan yang lebih baik. Malahan kita dituntut menjaga tubuh badan kita sebaik mungkin.

Wallahua'lam.