24.9.14

Menjadi Orang yang Positif

Teks: Zaila Hafni
Imej: Carian Google


Kadang-kadang kita ni mudah benar percaya cakap orang. Terima apa yang orang bagitau kita tanpa kita siasat sendiri kebenarannya (atau lebih teruk jika cerita diputar belit pulak). Orang yang bercerita, boleh cerita apa saja, mulut dia kan. Tapi kita sebagai yang mendengar, kalau boleh, kalau boleh lah ya, jangan percaya bulat-bulat dulu sebelum menjatuh hukum atau membuat kesimpulan.

Kita sendiri tak tahu kisah sebenar. Sama ada yang bercerita bertindak mempertahankan diri sebelum versi lain keluar, atau untuk menunjuk hebat, atau untuk menutup kesalahan dengan menyalahkan orang lain. Atau sebenarnya berlaku salah faham komunikasi (misscommunication ahaks).

Kalau penting dan kritikal, melibatkan nyawa ke hukum ke, bolehlah seluruh dunia tahu dan ambik tahu. Kalau setakat sikit-sikit punya hal... biar yang berkenaan sajalah yang tahu dan perbaiki di masa depan (kalau yang sibuk ambik tahu jugak untuk perbaiki masa depan dia ok la, kalau ambik tahu untuk mengutuk, baik diam).

Kita sebenarnya boleh pilih nak jadi baik ke tak berapa baik. Bukannya masing-masing tak tahu tapi biasa lah manusia kan cepat lupa dan kadang-kadang tak sedar kita terpengaruh. Uish orang yang mudah terpengaruh dengan seseorang memang bahaya. Tapi kalau terpengaruh dengan orang baik, alhamdulillah. Ni kalau sebaliknya. Mintak simpang la no.

Kalau hidup kita sentiasa fikir negatif, memang negatiflah jadinya apa pun. Sebab kita dok fikir begitu.

Cuba tengok orang yang positif, kalau tak berjaya banyak pun, at least mesti dia berjaya sikit dalam hidup dia. Kalau tak pernah rasa hidup dengan positif, boleh berjinak-jinak baca buku motivasi atau positive thinking. Like pages orang-orang hebat dan berjaya, mesti diorang akan mention pasal being positive walaupun sekali.

Awal-awal nak berfikir positif mungkin susah bagi orang yang dah terbiasa dengan hidup dengan mida negatif dan orang-orang yang negatif tapi kalau tak cuba, memang sampai ke sudah la begitu tanpa ada apa-apa perubahan. Lepas tu jadi makin takut dan murung dan stres.

Saya dah cuba menjadi orang yang positif dan fikir perkara positif sahaja walaupun negatif yang datang depan mata. Dan saya suka perasaan menjadi orang positif. Alhamdulillah saya bertemu dengan pasangan begitu. See how your partner can transform your way of thinking and way of life. Dan kalau tak kuat bergerak sendiri, carilah kawan atau support group. Kalau usaha mencari, mesti Allah tunjukkan jalan.

Biarkan orang negatif dengan hidupnya. Kita tak rugi kalau tak bersama mereka. Kita rugi kalau kita membiarkan kita seperti mereka.


17.9.14

Khasiat Peria Katak untuk Pesakit Kencing Manis dan Darah Tinggi


Imej: Carian Google

Mengenali Peria Katak dan Khasiatnya

1. Macamana rupa peria katak?
Saiznya lebih kecil dan pendek berbanding peria biasa. Berwarna hijau macam ni. Jangan confuse dengan petola pulak tau. Petola and peria is totally different.


Kat pasar tani atau pasar malam selalu ada. Tak susah sangat nak mencarinya ni.

2. Apa yang bagus sangat peria katak ni?
Manfaat yang diketahui umum - menurunkan tekanan darah tinggi dan mengawal tahap glukosa pesakit kencing manis. Rasa peria ni kan pahit. Pahit kan ubat.

3. Apa lagi khasiat peria katak?
Saya baca di blog Dr Malinda, yang pernah buat kajian tesis tentang peria katak ni. Yang beliau kongsikan, peria katak ni:

- berkalori rendah, sesuai untuk yang ingin menurunkan berat badan
- tinggi fiber, mineral dan anti-oksidan
- mengandungi phyto-nutrient, polipeptida-P dan charatin untuk kawal gula dalam darah (bagus untuk pesakit diabetes)
- tinggi kandungan vitamin C, karotin, leutine dan zea-xanthin (anti-oksidan yang baik untuk anti-penuaan dan anti-kanser)
- membantu turunkan kolesterol
- mencegah jangkitan
- bantu atasi sembelit


4. Cara makan/minum peria katak?
- blend, minum jus (buang biji dahulu)
- blend, campur dengan jus epal hijau (untuk kurangkan pahit)
- rebus, minum air rebusan
- hiris nipis, dimakan mentah sebagai ulam
- hiris, kacau goreng (boleh tambah lobak merah dan dipecahkan telur)

Selamat mencuba!



16.9.14

Makanan yang Perlu Dielakkan Ketika Hamil



Disahkan hamil, dah pasti setiap pasangan teruja menerima rezeki yang Allah kurniakan, betul?

Ada yang sukar hamil walaupun setelah pelbagai usaha dilakukan. Masih belum rezeki. Berusaha lagi, mungkin Allah dah tetapkan rezeki, cuma lambat atau cepat disamping usaha yang berterusan.

Bila dah hamil, tengok ada 2 line kat UPT (Urine Pregnancy Test) memang tentu-tentu gembira sangat. Mula lah lepas tu datang kawan-kawan serangkainya - loya, pening, mual, kurang selera makan, cepat letih dan kurang bertenaga.

Simptom biasa ibu hamil di trimester pertama. Trimester pertama adalah tempoh dari bulan pertama hingga bulan ketiga; yang mana sangat kritikal dan perlu dijaga rapi. Ibu perlu berhati-hati kerana kandungan masih awal dan berhadapan pelbagai risiko. Jadi, penting sangat jaga kesihatan semasa tempoh ini.

Yang mencabarnya, ketika inilah anak dalam kandungan berkembang pesat dan memerlukan segala nutrien baik untuk perkembangan yang sihat dan kuat tetapi si ibu seringkali berperang dengan selera makan dan mood swing. Walaupun dalam keadaan kurang selera, ibu masih perlu makan untuk menyalurkan nutrien kepada anak. Cubalah untuk cari makanan yang boleh 'ditelan' walaupun kita kurang berselera. Dan perlu juga tangani mood kerana emosi ibu boleh mempengaruhi emosi anak juga.

Dengar macam susah, kan. Yang pernah alami, faham lah bagaimana kan. Tapi itulah pengorbanan ibu.

Ibu hamil kena usahakan untuk dapat segala nutrien tak kiralah dalam bentuk apa pun. Yang pasti, tidak membahayakan atau bagi mudarat. Dalam trimester pertama, jangan sebarangan makan.

Antara makanan yang perlu dielakkan:

* Makanan laut yang tinggi merkuri (swordfish, yu, king mackerel)
Perlu dielakkan kerana risiko kandungan merkuri yang tinggi. Tuna atau tuna dalam tin boleh dimakan, juga dalam kuantiti kecil/sederhana saja. Sama juga dengan makanan laut lain (udang, ikan pollock, ikan bilis, ikan salmon) masih boleh diambil dalam kuantiti sederhana. Makanan laut lain seperti kerang, saya cuba elak sebab faktor kebersihan. Sotong atau ketam pun boleh tetapi pastikan bersih dan dimasak sempurna (elok masak sendiri lah)

* Keju dari jenis brie, feta, blue
Melainkan ada tulis 'dipasteurkan' pada pek, tapi kalau was-was, tak payah makan lah kan. Keju jenis lain ada lagi :)

* Makanan rapu, jajan, makanan segera
Kerana kandungan perasa dan pewarna yang tinggi tidak baik untuk kesihatan ibu dan bayi

* Minuman berkafein
Boleh diambil dalam kadar minimum (contohnya tak lebih 2 cawan sehari) tetapi meninggalkan terus lebih baik sepanjang tempoh hamil

* Makanan sejuk dan berangin
Dalam trimester pertama, ibu kerap kembung/angin, jadi kurangkan makanan berunsur ini. Contohnya sayur tauge, kobis, kangkung dan legum (kacang panjang, buncis). Cempedak pun angin. Kalau nak makan cempedak goreng tu, agak-agak lah ya. Maklum la musim cempedak meriah skarang kan.

* Teh herba
Melainkan arahan doktor. Tapi macam ada juga teh herba untuk ibu hamil, cuma saya tak pasti lah boleh beli di mana.

* Alkohol
A big no. In fact masa keadaan sihat pun memang tak boleh minum kan. Harammmmm.

* Buah atau sayuran yang tidak dibasuh
Basuh bersih dulu sebelum makan. Kadang-kadang ada bakteria penyebab penyakit kat situ.

* Daging, makanan tenusu atau telur yang tidak dimasak
Boleh bagi keracunan makanan kalau ada bakteria penyebabnya. Anak yang dikandung boleh kena kesan kalau ibu keracunan makanan. Mintak simpang.

Berhati-hati pilih makanan ye. Tak jadi apa pun kalau tak makan ni. Kena sabar kejap ye. Berbaloi pantang makan ni. Ibu sihat, mak pun sihat.