13.7.14

Mengurangkan Demam, Selsema dan Batuk dengan Sumber Semula jadi

Dengan cuaca yang tak menentu dan dalam keadaan kita berpuasa ni, kadang kerap sangat kita rasa nak demam, selsema, batuk dan sakit tekak. Selain daripada perlu minum banyak air, perlu jugak ambil sayur dan buah. Tapi itulah kadang-kadang kita termiss makan ni sebab selalu tertumpu pada hidangan utama macam karbohidrat dan protein sahaja.

Kalau kerap selsema mungkin satu tanda kurang vitamin C. Vitamin C boleh dapat daripada buah-buahan macam kiwi, limau dan oren antaranya. Atau kalau tak sempat nak cari buah, pastikan ada stok tablet vitamin C. Selalunya tablet vitamin C jenis yang chewable. Jadi jangan risau untuk yang tak suka telan tablet ya!

Nutriferon adalah campuran minuman botanikal yang terdiri daripada biji labu dan plantago serta bunga honeysuckle dan safflower. Ekstrak botanikal ni dibangunkan oleh Dr Yasuhiko Kojima dengan penyelidikan lebih daripada 40 tahun. Didatangkan dalam bentuk granul, senang je bancuh dengan air. Ikhtiar untuk kurangkan simptom demam dan selsema, iaitu dengan meningkat sistem imun tubuh.

Bawang putih memang terkenal sebagai antibiotik semula jadi. Alternatif kepada bawang putih bakar, tablet Garlic Complex boleh diambil 2 biji yang sama khasiat dengan 2 ulas bawang putih. Berupaya bantu kurangkan sakit tekak dan tonsil bengkak juga. Insya Allah tonsil kecut. Kalau batuk berkahak pun elok ambil bawang putih juga.

Kadang-kadang kita dah naik bosan batuk dan selsema berpanjangan walaupun dah makan ubat dari klinik. Kurangkan ubat, boleh cuba penawar daripada sumber semula jadi yang lebih selamat dan insya Allah tiada kesan sampingan jika diambil mengikut dos yang disarankan.

Set tingkatkan sistem imun tubuh Shaklee:
• Nutriferon
• Chewable Vita C Plus
• Garlic Complex

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit.

===================================

Dapatkan produk dan ajukan pertanyaan tentang Shaklee melalui saya:
Hifzaila Hafni
SID Kota Kemuning, Shah Alam, Sepang
hifzaila.hafni@gmail.com
PM/Whatsapp 0194603094

2.6.14

Misi 5 Pagi: Jom Mulakan!

Saya memang berniat nak bangun awal dan boleh gerak awal ke tempat kerja tanpa sakit hati terkejar-kejar.

Bukan apa, bila dah lambat, akan jadi semakin lambat dan belum pun mula kerja, saya dah berpeluh-peluh dan penat. Lagi stres kalau tak sempat sarapan. Atau sarapan dalam keadaan kelam-kabut. Habis rosak satu hari saya.

Suami pun dah pesan, bangun awal, siap urusan awal sebelum si kecik saya tu bangun. Senang takde gangguan. Paling tidak, dia akan merengek nak susu bila nak Subuh. Dan memang betul, bangun awal sikit daripada biasa, banyak urusan boleh diselesaikan dan kita tak serabut.

Saya pernah ternampak di FB - Kelab 4.00 Pagi. Wow. Bangun seawal 4 pagi. Tapi, buat masa ni, saya boleh cuba masuk Kelab 5 Pagi dulu, dan saya ambil kesempatan bangun sahur sekali untuk ganti puasa. Dah berminggu-minggu buat cubaan nak puasa, tapi ada saja alasan dan halangan. Terbaru, batuk dan tonsil bengkak. Sayang tak dapat sehari pun puasa dalam bulan Rejab.

Misi terus di bulan Syaaban. Masih sempat dan perlu mula untuk sedia dengan Ramadan.

Push factor saya untuk bangun jam 5: Nak sahur. Saya tak boleh nak puasa tanpa sahur. Meskipun hanya minum air masak segelas. Dan pagi ini, alhamdulillah hari pertama Misi 5 Pagi (M5P) saya bersahur dengan roti, telur hancur, kurma badam, dan air masak 2 gelas. 

Tak lupa, multivitamin Vitalea 2 biji untuk maintain tenaga sepanjang puasa hari ini.

Itu pun plan asal nak terus masak nasi dan sup ayam siap-siap untuk berbuka nanti tapi tak sempat sebab sibuk snap gambar kuih raya nak update blog dan Whatsapp kawan-kawan nanti. Almaklum lah hari ni nak letak semua sampel kuih raya tu kat tempat kerja, kalau tak diambil gambar siap-siap, melepas la jawabnya. Hihi.

#sayajualkuihraya

Berbalik ke Kelab 5 Pagi, banyak faedah bangun awal ni, especially sebelum Subuh. Banyak kerja boleh buat semasa minda masih fresh. Tenaga masih tinggi. Banyak CEO dan big shot company besar yang non-Muslim pun bangun awal, apatah lagi kita Muslim yang amat dituntut bangun awal pagi untuk solat tahajjud. Insya Allah.

Selain nak bersedia untuk bulan puasa, saya nak latih diri biasakan dengan bangun 5 pagi walaupun selepas puasa-raya. Bisnes saya perlukan perancangan dan strategi. Dan saya perlu manfaatkan setiap masa yang saya ada dengan semaksimum mungkin. Saya juga tahu saya mampu, dan buang jauh-jauh sifat malas dan bagi alasan yang sangat merugikan itu.

Jom sama-sama dengan saya! 

#misi5pagi
#M5P