7.8.24

Menu Kurus: Ikan Kukus Kicap Halia


Antara menu feveret Akak, ikan kukus. Ikan apa-apa pun, Akak suka dikukus. Tapi yang paling sedap menuruut tekak Akak, ikan siakap. Sedap betoll

Ni ikan merah, Akak kukus dengan kicap halia je. Serai letak sikit nak hilangkan bau hanyir tu. 



Goreng sayur, brokoli, carrot, kacang buncis, fish cake. Brokoli dan carrot tu pun akak kukus dulu bagi lembut sikit. So masa goreng tu letak last dan masak sekejap saja. Lagi sedap.


Makan dengan nasi suku dan kurma. Ni masa berbuka puasa hari tu. Alhamdulillah.



Like dan Follow Facebook Journey of Something untuk lebih banyak menu kurus!

Best Juga Sarapan Santai di 7-Eleven

Sesekali sarapan dalam 7-E ni best juga cuma tahan ke tak tahan aircond jelah. Hari tu sajalah ubah angin sarapan kat luar. Lagipun sementara nak tunggu supermarket depan 7-E tu buka, sapedek la dulu.

Akak pilih sandwich dan susu coklat. 

Sandwich toast tuna mayo and cheese + susu coklat Farm Fresh.

Okeylah. Sarapan on the go. Dulu masa kerja, Akak suka sarapan camni sebab mudah dan cepat. Makan kat ofis je. Kadang dalam kereta je dah selesai. Haha





7-E pun dah letak meja untuk makan/minum. Cuma tulah, kecik je mejanya dan tak banyak. Ikut nasiblah. Pernah Akak nak masuk makan tapi fully occupied. Kalau makan pun, tak boleh lah nak berlama-lama. Dah selesai tu keluarla sebab customer lain pulak nak duduk kan.

Kadang ada yang order makanan panas-panas macam pastry ke air panas ke. Sesuai la duduk situ jap minum-minum sebelum gerak gi kerja.

Selain 7-E, Family Mart pun sama. Cuma itulah, dah habis makan, jalanlaa jangan melepak pulak, orang lain pun nak makan jugak. Hehe



Like dan Follow Facebook Journey of Something untuk lebih banyak update makan-makan.

6.8.24

Kerutub Ayam yang Jarang Terjadi


Akak jarang masak kerutub. Sejujurnya Akak tak reti pun masak, makan tau lah. Hehe

Tapi Akak suka cuba. Hari tu saja beli 1 peket rempah kerutub Tok Ma. Memang saja buat standby.

Akhirnya termasak jua bila tengok bahan-bahan semua ada.



Baru Akak tau kerutub ni masaknya tak payah tumis pun. Dah macam kari Bangla pun ada. Gaul ayam dengan rempah-rempah then biar je masak sampai pecah minyak. Punyalah senang.

Cuma mungkin santan Akak letak sikit sangat atau terlebih air jadi kuahnya macam pucat je. Atau tak cukup kerisik, entahlah.

Tapi not bad jugalah rasanya. Boleh cuba lagi lepas ni sebab senang!

Gandingkan dengan acar timun, air lada/sambal belacan fuhhh sedap weiiiii



Like dan Follow Facebook Journey of Something untuk macam-macam lagi kisah masak-masak!

Menu Sihat: Wrap Telur Hancur


Cara-cara buat wrap telur hancur.

Seimbang cukup dengan protein dan fiber.

Bahan-bahan:

Mini wrap whomeal (lebih kenyang). 
Panaskan kejap beberapa saat dalam microwave/ atas pan supaya lembut dan mudah lipat.


Telur. Tambah garam dan lada sulah sikit. Goreng hancur.
Daun salad. Romaine atau iceberg lebih sedap.
Carrot. Hiris halus.


Pilihan rendah lemak, Kewpie Half Mayo. 
Sebenarnya sesuai untuk kanak-kanak tapi dewasa pun boleh maaa


Letak daun salad, carrot, telur. Picit mayo. Balut atau lipat dua.
Kalau suka sos, boleh picit sekali. Kalau tak, cecah kemudian je.


Siap. Sesuai sebagai sarapan atau lunch.



Like dan Follow Facebook Journey of Something untuk lebih banyak menu sihat.


5.8.24

Laksa Timun Ke Ni?

Akak memang hantu laksa. Kalau nampak laksa kat gerai tu, biasanya memang akan order atau beli. 

Hari tu stop by kat lori jual rojak. Dia jual laksa juga. Tapi memula tu Akak tengok bekas laksanya ada mi laksa dengan limau kasturi je. Aik takkan condiments semua takde? 

Laksa bodo je ke niii?

Tapi Akak ambik juga sebab lapar dan nak cuba.

Rupanya konsep dia - bahan-bahan dimasukkan fresh bila customer nak beli.

Telur rebus potong sebelah, timun baru sagat atas laksa, bawang pun baru hiris terus letak atas laksa tu. Cili Akak cakap dia tak payah sebab anak-anak nak makan. So Akak letak cili sendiri kat rumah.

Tapi korang tengok la timun dia ni... panjang-panjang nau, dan pada akak macam banyak sangat. Boleh letak seadanya je buat ghaso ghaso jadilah...



laksa


Dari segi rasa, okeylah cuma tak mencapai tahap kemasaman yang Akak biasa untuk laksa. Tapi bebudak nak makan, memang sesuai. Tak pedas.

Walaupun tak menepati piawaian Akak, tetap Akak suka effort dia jaga kualiti dan kesegaran laksa ni sebab condiment yang diletak kemudian. Berbanding dah packing siap-siap, telur cepat rosak, timun boleh buat basi. So yang tu Akak suka.

Lokasi? Rahsialah. Hehe



Like dan Follow Facebook Journey of Something

Sup Pak Choi Tofu: Cepat, Sedap, Senang Masak Guna Mini Multi Cooker

Sup simple macam ni memang Akak selalu buat. Sebabnya, cepat dan sedap. Lagipun Akak guna bahan yang memang ada dalam fridge je. Nak habiskan pak choi tu. Sebenarnya hari tu Akak beli dalam 3-4 ikat pak choi kat pasar tani. Leraikan satu-satu then simpan dalam bekas, tak basuh dulu. Nak masak baru basuh. Tahan lama juga. Ada la daun yang besar-besar tu dah kuning, itu Akak buanglah. Yang tinggal ni yang muda-muda, sedap dan manis.



Tofu goreng tu hari tu beli sebeban yang frozen. Beli kat kedai frozen borong. Biasa orang niaga guna buat tauhu bakar cecah kuah rojak tu. Akak humban ajelah dalam sup ni ha buat tambah protein. Lepas tu pecahkan telur sebiji.

Tak tumis apa pun. Akak masak guna multi-cooker mini Faber ni aje. 

Multi-cooker


Masukkan air, ON. Dia ada 2 butang laras api sederhana (I) dan kuat (II). Akak nak didih cepat, so pusing kat II. Memang kejap je dah didih ni. Bila air dah start panas tu Akak masukkan pes bawang putih Cik Suri (senang gila ada benda ni) dan tofu goreng yang dah dipotong empat. 

Akak biarkan je mendidih jap. Lepas tu Akak pusing ke I bila dah menggelegak. Masuk telur dan batang pak choi. Tambah garam, lada sulah, perencah Hilal. Then last sekali masuk daun pak choi, daun sup, bawang goreng. OFF api. Dah boleh hidang.

Cepat gila siap. Rasanya tak sampai 10 minit pun. Akak loveeee periuk comey niiii!

Memang sangat handy, paling sesuai kalau nak bawa travel. Nak masak air pon boleh. Nak masak megi pun boleh. Nak masak apa-apa yang simple pun boleh. Nak panaskan makanan/minuman pun boleh. 

Kadang-kadang bukan apa, kettle kat hotel atau homestay mungkin 'kureng' tahap kebersihan ke apa ke, jadi yang ni dahlah ringan, function sangat.

Sesuailah kalau kita nak masak dalam kuantiti sikit. Nak kukus pun boleh, sesambil masak sup kat dalam periuk tu. Cuma nak masak nasi kurang sesuai sebab api dia agak kuat. Tapi kalau bubur okeylah. Kena benda berkuah sesuai periuk ni.

Kapasiti dia 1 L je. Isi air antara paras Min ke Max je tau. Kalau tak membuak air, melimpah pulak.

Bolehlah korang beli satu. Sangat membantu kalau nak travel, camping (kena ada karenlah), gas habis. Hehe

Pilih multi-cooker yang berkenan di hati: https://s.shopee.com.my/7AJjmtnFfo