Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2024

Aktiviti Cuti Sekolah: English Worksheet by Teacher Fiera and Miss Ash

Kalau nak anak-anak seronok buat latihan English, boleh cuba worksheet yang dibuat oleh Teacher Fiera dan Miss Ash. Contoh soalan oleh Teacher Fiera. Contoh latihan oleh Miss Ash. Kat sekolah anak-anak Akak pun guna latihan daripada cikgu berdua ni juga kadang-kadang. Pernah dulu memang buku kerja tu beli yang Teacher Fiera punya.  Akak sendiri pun suka guna sebab jelas, menarik dan anak mudah faham. Tulisannya cukup besar, grafiknya pun sesuai dengan anak-anak. Latihannya pun anak mudah nak faham, ruang jawapan pun cukup besar nak menulis. Selain tu, silibus memang ikut buku teks, jadi anak-anak patut biasa je belajar sama macam kat sekolah. Akak download versi pdf yang percuma saja. Tapi kalau nak latihan yang lebih banyak dan komprehensif boleh je beli buku cikgu-cikgu ni. Boleh tengok info di website Teacher Fiera dan Miss Ash . Boleh join channel atau media sosial diorang untuk tahu perkembangan, nak beli buku atau nak guna mana-mana bahan bantuan mengajar untuk English. Nak ...

Aktiviti Cuti Sekolah: Kem Muslim Superb

Nasib baiklah kem untuk anak-anak dibuat pada minggu pertama cuti sekolah. Jadi tak adalah diorang malas-malas sangat sebab belum nak vibe cuti tu kan. 4 hari anak hadir ke Kem Muslim Superb ni, tempatnya di Sekolah Rendah Islam Integrasi Az- Zikri, Puchong Permai. Tempatnya selesa, ustaz dan ustazahnya okey, yuran kem pun alhamdulillah berpatutan untuk 4 hari. Seronok anak-anak kata. Banyak input, ilmu baharu, kawan-kawan baharu, kemahiran baharu. Balik je macam-macam cerita. Alhamdulillah, ada juga pengisian bermanfaat dalam cuti ni. Belajar masak menu yang simple (kek batik, cornflakes madu, lempeng), pengurusan jenazah, asas memanah, solat Dhuha, asas akhlak, bengkel jawi. Sebenarnya tempat kem ni, sekolah rendah islam integrasi. Baru je buka.  Kalau nak hantar anak ke sekolah yang ajar silibus KPM dan JAIS sekaligus, bolehlah hantar ke sini. Tapi buat masa ni untuk Tahun 1 dan 2 je dulu.  Senang kat sini sebab sekolahnya dekat dengan kedai (Mr DIY, 99 Speedmart, 7-Eleven,...

Aktiviti Cuti Sekolah: Jadual Harian Semasa Cuti

Anak-anak dah selesai Kem Muslim Superb selama 4 hari minggu pertama cuti sekolah. Jadi, minggu kedua ni, Akak kena plan sendirilah apa yang diorang nak kena buat di rumah. Memang dah lama husband kata buatkan jadual untuk anak-anak, kalau tidak memang ke laut lah masing-masing mengadap game dan Youtube saja *sigh* Akak ada juga save jadual kawan-kawan lain yang diorang buat untuk anak-anak diorang, so Akak adalah idea sikit. Buka Canva, pilih template 'kids schedule' yang paling berkenan. Zup zap masukkan semua yang Akak nak anak buat, print. Ha settle. Anak-anak pun hairan macam mana cantik sangat jadual diorang ni siap ada nama masing-masing. Haha the power of Canva kan. Apa susah... Akak print colour, then tampal depan  pintu bilik. Diorang tak tentu hala nak buat apa, akak suruh refer jadual, senang. Sebenarnya panduan untuk Akak sendiri juga. Kadang-kadnag Akak pun ralit dengan kerja sendiri, anak-anak terkontang-kanting last sekali cuti sekolah habis macam tu je.  Ini c...

Bosan Kayuh Basikal Senaman (Indoor Bike)? Cuba Tip Ini

Akak ada satu indoor bike. Beli masa zaman PKP, dengan harapan besar supaya masyarakat kat rumah ni rajin-rajin bersenam biarpun tak boleh keluar rumah dan beriadah. Husband beli bike yang agak mampu miliklah masa tu, terpengaruh dengan adik sebenarnya. Haha Berguna juga cuma sekarang ni agak dipandang sepi dan kadang-kadang lupa dia indoor bike sebab menyamar jadi tempat gantung baju!  Gambar hiasan. Model bike akak lebih kurang macam nilah. Sempoi je. Waktu beli tu rasanya tak lebih RM300 kat Shopee. Walau bagaimana jarang guna sekalipun, nak let go dia agak berat hati. Benda dah ada kan. Masih elok lagi pun. Cuma nak konsisten guna tu agak mencabar sebab cepat boring wei. Kayuh-kayuh kat situ jugak ha (eleh... kalau treadmill pun samalah kan?) Sebenarnya indoor bike ni boleh jadi tool yang sangat berguna kalau nak kurus. Cuma kena pandai cari cara untuk jadikan indoor cycling ni menarik. Tip-tip ni yang akak pernah guna: 1. Sambil kayuh, sambil pasang video Youtube daripada poin...

Ada Masalah Kereta, Tak Tahu Punca, Boleh Check di Bengkel FZ Automobile, Tempat Menunggu Pun Selesa!

Kadang-kadang kereta ni misteri juga. Dah tukar macam-macam komponen pun, ada masanya tak kena juga. Biasalah kereta kan complicated sikit, banyak benda bersangkut-paut. Dah bawa ke bengkel pun kadang-kadang berulang lagi masalah yang sama. Satu bengkel kereta yang akak boleh recommend, FZ Automobile di Puchong. Pekerja-pekerjanya semua mesra, kita cakap je apa masalah kereta, diorang akan cuba sampai selesai. Itu satu. Satu lagi, tempat menunggu untuk pelanggan pun selesa. Bengkel pun bersih. Ownernya Melayu. Pekerja semua pun yang akak nampak setakat ni semua Melayu juga. Sementara nak tunggu kereta tengah baiki, boleh minum kopi dulu. Percuma. Ada mesin kopi Aristo. Air kotak pun ada. Gula-gula, limau mandarin pun ada kat meja sebelah lagi akak lupa nak ambik gambar. Biliknya takde aircond, tapi sejuk sebab kipas kecik yang power tu. Brand Mugen. Speed Medium pun kuat juga anginnya. Dan bilik tu dipasang juga ventilating fan, so taklah berbahang panas sangat. Ada sofa dan kerusi bol...

Tip Goreng Bihun Supaya Tak Hancur

Selalu kalau ada tetamu, menu kat rumah mak mentua mesti mi goreng. Bukan apa, senang. Dan kebanyakan orang pun makan je mi. Jadi boleh kata setiap kali ada tetamu yang tetiba call kata nak sampai, memang itulah menu pilihan. Hari tu, ada mak-mak sedara nak datang. Mula-mula tu kitorang decide nak goreng mi juga. Tapi last-last akak cakap kat husband, buat bihun gorenglah pulak. Tukar selera. Jadi akak tolong masakkan bihun goreng putih aka bihun goreng Singapore.  Husband tolong gorengkan drumet ayam dan jejari ayam. Bihun goreng putih ni akak selalu masak juga dulu kalau tetamu datang. Sebab akak suka bihun dan pada akak bihun macam ni, orang tua dan budak-budak pun boleh makan selain bahan dia mudah je. Cuma tricknya tu kena pastikan bihun tak hancur. Kalau tak, jadi lembik dan tak sedap. Tip tak nak bihun hancur masa goreng: Rendam bihun kering dalam air paip je. Cukup asal dah lembut sikit dan dah tukar warna putih. Kalau kering, warna putih kan? Ha lepas tu toskan.  Kala...

Menu Sihat: Roti Telur Goyang

Antara sarapan sihat yang akak suka, roti wholemeal dengan telur. Sayur tengoklah apa yang ada di rumah, biasanya paling kurang timun. Kadang-kadang daun salad.  Telur goyang suku masak ni pun senang yakmat nak buatnya. Guna bekas kuning tu. Tinggal tuang air mendidih je, tunggu. Ni agaknya air betul-betul baru mendidih, telur kuning dia well done wei. Haha Roti wholemeal akak ambik sekeping je. Alaskan dengan timun, tomato, pecahkan telur suku masak kat atas. Tabur black pepper. Siap. Terpantas boleh makan. Gini pun kenyang lama, alhamdulillah. Sebab wholemeal kan, ada sayur pulak. Telur tu kalau tambah 1 biji lagi lagi nyamannnn hahaha

Ini Baru Sarap! - Nurul Sate Batang Pinang, Kampung Tengah, Puchong

Kalau korang suka makanan Johor, boleh cuba kat Nurul Sate Batang Pinang ni. Banyak bethol menu dia sampai taktau nak pilih apa. Tapi terpaksa juga pilih kan sebab lapar. Hehe Ini set kacang pool. Memang feveret akak ni. Dulu-dulu susah nak cari. Sampai belajar buat sendirilah. Sekarang.... merata ada. Order jelaaa  Kuah kacang pool tu sedap ada daging dan kacang kasar-kasar. Jadi bila kita cicah roti tu rasa puas makan. Ni dia punya killer. Sate ayam dan daging. Pun puas makan sebab isi dia cukup rasa dan perapan, sejuk pun masih sedap (akak tapau). Kuah dia pun ok, tak pedas sangat cuma akak lagi suka kuah sate yang pekat sikit, baru cicah sate, kuahnya berpalut dan melekat. Timun dan bawang tak berapa fresh masa ni, mungkin baru defrost ke apa ke tak tau le.  Lontong kering sambal paru. Boleh pilih rendang daging atau sambal sotong juga. Tak berapa minat menu ni. Saja nak cuba. Akak lagi suka lontong kuah je kot. Haha. Laksa Johor pun ada...

Labu Siam Tumis Udang Kering

Sepanjang lebih 40 tahun hidup ni, inilah pertama kali akak masak labu siam. Itupun masa beli, tak tahu pun apa bendanya, ingatkan macam labu air ke lobak putih ke sebab nak masukkan dalam kuah dal sayur. End up lepas dah Google macam tak sesuai nak masuk dalam kari dal. Jadi akak buat sup je, sedap rupanyaaaa Anak akak pun cakap sedap. So next akak pi kedai Acheh akak beli lagi sebab nak cuba buat tumis pulak. Aduhhh memang sedap jugaaaa Gitulah kan, kena berani mencuba dan rasa sendiri baru tahu.   Ini ha labu siam tumis udang kering. Buat ratah je pun boleh. Makan dengan nasi pun boleh. Hari tu akak makan dengan kari ayam.  Labu siam ni, sebelum masak, rendam dulu dalam air garam untuk buang lendir dan getah dia tu. Masak pun takde lah lama sangat. Baru sedap crunchy gitu. Akak cari resipi kat Cookpad. Banyak rupanya cara nak masaknya tapi yang paling sedap dibuat sup atau tumis ginilah.  Khasiatnya korang boleh baca kat sini:  Manfaat Labu Siam Korang suka tak la...

Taman Rekreasi Putra Heights

Nak bawa anak-anak riadah ni, paling best pi taman rekreasi. Taman-taman sekarang dah banyak yang sediakan trek yang selamat, equipment macam kat gimnasium, ada taman yang terjaga elok jadi kita nak bawa anak pun rasa selesa. Kat Taman Rekreasi Putra Heights ni, cantik pun ya sebab dia naik ke bukit sikit. Jadi view dia agak saujana mata memandang. Sebelahnya Masjid Putra Heights. Kat sini, kemudahan macam court ni basketball, futsal ada cuma kurang terjaga. Tiang gol berkarat, court pun tak diselenggara ada yang pecah, berlumut dan licin. Tapi masih boleh guna secara runcit-runcit. Tapi laluan pejalan kaki dan pokok-pokok, taman permainan ok je. Selalu nampak ada pekerja dok buat pembersihan dan maintenance. Toilet pun ada. Parking pun agak mudah (kalau weekdays), kalau weekends agak penuh. Ada beberapa hari anak-anak direhatkan dari sekolah, jadi akak heret diorang buat aktiviti luar. Seronok lah depa dapat release tenaga. Lagipun tak ramai orang, dapat guna court senang hati, parkin...

Snek Zaman Sekolah - Sate Ikan Motor

Hari tu, ada motor jual sate ikan ni melintas. Ahh terus akak pi borong sate ikan ni buat makan dengan anak-anak. Masa sekolah dulu, baru 10 ke 20 sen secucuk. Ada seringgit boleh makan 5-10 cucuk. Heaven gila! Yang akak beli ni, 3 cucuk seringgit. Okeylah. Nak buat sendiri malas kan. Tapi penah beli yang frozen, ok juga. Tinggal bakar je boleh makan panas-panas. Korang yang area Puchong Prima boleh cuba sate ikan dan lokching kat brader motor ni, dia meniaga depan OTK. Petang-petang gitu dia adalah. Hmm akak tak ingat berapa cucuk akak belasah. Kemain kau mengimbau snek zaman kecik-kecik kan.

Mengaji di Rumah

Anak-anak akan belajar mengaji Muqaddam dan Quran dengan ustaz seminggu sekali. Sebelum ni, seminggu 3 kali, tapi sebab anak nombor 1 akak ada tuisyen online malam yang clash dengan jadual mengaji, jadi seminggu sekali sajalah. Lain hari, diorang mengaji dengan akak kat rumah, biasanya lepas solat Maghrib. Selalu, akak kena jerit juga "Mai mengaji lekaihhhhhh!" Tapi malam ni, akak sebenarnya dah terlewat sikit solat Maghrib, ingatkan takpelah skip mengaji malam ni. Sekali elok akak habis solat, anak-anak dah sibuk nak mengaji berebut siapa dulu. Diorang dah macam automatik lepas Maghrib kena mengaji. Kadang tu sanggup mengaji kat rumah sebab tak nak mengaji dengan ustaz. Ala.. ustaz garang dan tegas sikit... ustaz kat kampung. Tapi akak suka sebab cara ustaz tu mengajar anak-anak ingat. Agaknya teknik dia mengulang banyak kali, jadi ingatan tu lama dalam otak. Banyak juga improvement, sebab tu tak berhentikan, cuma kelas berkurang ajelah. Mengaji kat rumah ni, sempoi-sempoi a...