Takziah kepada semua anggota keluarga mangsa yang terlibat dalam kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru pagi tadi.
Sememangnya kebakaran yang berlaku di Wad Kritikal (ICU) kat hospital terbabit meninggalkan kesan yang mendalam bagi semua petugas kesihatan khususnya dan rakyat Malaysia amnya.
Gambar: beritaharian.com.my |
Teringat lagi kunjungan saya ke Johor Bahru, sekitar tahun 2012, beberapa bulan selepas kahwin. Kira honey moon lah gitu. Saya teman suami ke UTM, untuk ambil transkrip ijazah. Alang-alang ke sana, kami bercuti terus lah.
Bandar JB memang sangat asing bagi saya. Saya tak pernah pun ke sana, itu lah pertama kali. Seronok jugalah, suami bawak je jalan-jalan ke tempat yang dia biasa pegi masa study dulu. Lebih kurang macam Penang juga pada pendapat saya dari segi kesibukan bandar tulah.
Kami menginap di Thistle Hotel, berhadapan HSA. Bangunan HSA memang lain sebab dindingnya merah, dari jauh pun nampak. Saya dari tingkap hotel tu dapat lihat yang HSA lebih kurang macam hospital-hospital lama yang lain, agak terhad tempat parking dan ruang hospital pun agak kecik. Macam Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Hospital Pulau Pinang (HPP), Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sekali pandang pun, memang nampak betapa lamanya HSA ni.
Gambar: thistle.com |
Bila baca sejarah ringkas HSA di The Vocket, rupanya Wad ICU HSA adalah yang pertama di Malaysia. Memang lama sungguh.
Baca artikel tu kat SINI.
Kebakaran yang jadi tu, tak pastilah saya puncanya apa, tapi saya respect kat semua anggota Bomba dan Penyelamat, kakitangan HSA dan semua yang terlibat dalam operasi menyelamat tadi. Bukan senang nak selamatkan pesakit-pesakit dengan nak kena angkut sekali katil, ventilator, dan lain-lain equipment. Nurse pun ada yang tercedera parah, khabarnya.
Semoga diberi kekuatan kepada semua mereka yang diuji. Kita hanya mampu doakan dari jauh.
Salam Zalia..
ReplyDeleteSedih sungguh dgn kejadian kebakaran tersebut. Hanya mampu berdoa semoga keluarga yg terlibat tabah dgn ujian iru.
Salam Zalia..
ReplyDeleteSedih sungguh dgn kejadian kebakaran tersebut. Hanya mampu berdoa semoga keluarga yg terlibat tabah dgn ujian iru.
Waalaikumsalam Kak Yon. Semoga mereka yang terlibat diberi kekuatan untuk hadapi dugaan ni.
DeleteInnalillahwainnailaihiraajiun..
ReplyDeleteSemoga ahli keluarga mangsa tabah diuji...
DeleteSemoga ahli keluarga mangsa tabah diuji...
Delete