Skip to main content

Posts

Kenangan Kangkung

Dua, tiga tahun lepas Akak rajin juga berkebun. Masa tu tengah rajin dan pokok pun banyak menjadi, alhamdulillah.  Merasa jugalah hasil kebun koridor sendiri - daun kari, daun limau purut, selasih, cili. Paling seronok tanam kangkung, sebab sayur feveret hehe Semai guna keratan batang je. Lama jugak nak dapat gini. Akak noob haha Kurus-kurus daun tirus je ni ha. Jadilah buat ghaso ghaso Kangkung pun sekarang, boleh tahan juga harganya. Bukan sayur ekonomi dah sekarang ni. Kadang seikat pun dah 3-4 ringgit. Tapi itulah, kebun koridor Akak dah lama berkubur, sebab hilang semangat lepas pasu-pasu dicemari tinja haiwan peliharaan jiran :( Habis mati pokok. Tanah pun jadi tak elok dah. Buang je semua. Sedihhhhh Nak dapat balik rentak berkebun tu, lambat sikitlah. Tapi insya-Allah Akak cuba lagi sebab seronok tengok pokok-pokok ni (kalau dia tumbuh eloklah) hehe Dalam kenangan jelah kangkung ni ha. Sempatlah harvest sekali, kangkung pun comey je, jadilah :D

Sesi Fisioterapi di URTC (USIM-PNB Rehabilitation & Therapy Centre), Nilai, Negeri Sembilan

Akak dok lenguh-lenguh lengan dan kaki, kadang-kadang tu ada rasa semut-semut dan tak selesa. Nak pergi berurut tapi nak cuba fisio dululah takut ada underlying problems ke apa ke. Buat appointment kat URTC, alhamdulillah ada slot kosong masa yang Akak nak pergi tu. Pusat fisio USIM ni baru lagi buka. Katanya start bulan 9, dan fully operate bulan 12 hari tu. Setakat ni hanya ada sorang therapist dan sorang physiotherapist (sorang lelaki/sorang perempuan kalau tak salah). Akak saja cuba sebab biasa bawa mak follow up check up klinik pakar sini. Lega dapat tahu apa benda masalahnya walaupun sengal-sengal tu masih rasa lagi dek kena urut kat tempat yang memang sakit kan. Urat bersimpul, saraf tersepit katanya. Itu yang menjalar-jalar ke bahagian badan yang berdekatan dan rasa cepat lenguh dan berat. Kalau nak menulis atau menaip lama, lagilah kalau masak (goreng bihun/nasi) mak ai lenguh gila lepas tu. Ni lepas fisio, lega sikit cuma kat part kena tekan tu masih rasa lagilah senaknya :D ...

Review Filem: Architecture of Love (Indonesia)

Review Filem: Architecture of Love (Indonesia) Tertarik nak tonton sebab Rangga. Watak River Jusuf ni pun ala² Rangga jugak pun tapi last² dia macam bijak la sikit. Haha. Heroinnya Putri Marino (Raia). Filem ni adaptasi novel - tajuk yang sama, ditulis oleh Ika Natassa (2016). Dua² hero dan heroin lari jauh ke US merawat luka. Masing² cari ilham di tempat yang jauh dari punca luka derita, dengan harapan dapat lupakan atau sekurang²nya dapat semangat baru. Sorang arkitek, jalan² kota sambil buat sketches. Sorang penulis novel, berusaha untuk atasi writers block untuk selesaikan manuskrip terbaru. Kadang² bukan pasal tempat sahaja bagi ilham. Orang yang kita jumpa pun boleh jadi ilham jugak. Dalam filem ni bukan setakat dapat tau sejarah bangunan di New York, tapi jugak macam mana nak tangani emosi bila kehilangan orang tersayang tiba², apabila cinta ditolak, macam mana nak mula hubungan baru, macam mana nak hormat perasaan orang lain. Ceritanya best cuma part intim tu lah agak tak kena ...

Review Drama: While You Are Sleeping (Korea)

Review Drama: While We Were Sleeping (Korea) Apa perasaan kita kalau ada kelebihan (atau keburukan?) untuk nampak perkara yang berlaku pada masa depan? Stres sebenarnya memikirkan - antara nak bertindak untuk mengelak musibah yang dipertonton dalam mimpi tu atau biarkan saja. Tapi dalam drama ni, happy endinglah. Bila mana insiden kemalangan, pembunuhan dapat dielak sebelum berlaku. Kisah pasal seorang wartawan (Nam Hong-ju) dan prosecutor (Jeong Jae-chan) dan anggota polis (Han U-tak) yang selalu mimpi benda yang melibatkan satu sama lain dan orang yang terdekat dengan mereka. Kita dapat belajar macam mana wartawan jenayah lapor berita - sama ada ikut bos, pendapat awam atau pendapat peribadi. Betapa powerful berita yang wartawan atau stesen tv laporkan tak kiralah betul atau salah yang akan mempengaruhi pendapat orang awam. Prosecutor kadang² kena kerja lebih daripada biasa bila melibatkan kes rumit dan berprofil tinggi. Juga lawyer (Lee Yu-beom) yang licik, pandai ambik kesempatan d...

Kisah Peguam Wanita Zaman Joseon: The Tale of Lady Ok

Hari tu terpengaruh baca di group K-Drama yang kata drama The Tale of Lady Ok ni harus tonton. Sebagai orang yang mudah terpengaruh, Akak pun start tengok dan tak perasan rupanya drama ni ongoing, bukan dah complete the whole episode. Akak ni dahler jenis tak tahan sabar hehe. Kitonyo suko tengok bersambung-sambung marathon! Tapi sebab dah best, sabar je lah tunggu episod baru setiap Sabtu dan Ahad. Setakat ni dah separuh ditayangkan dan betul... memang BEST GILA! Kredit poster: Wikipedia Akak memang suka cerita Korea yang latar Joseon (zaman dulu-dulu) macam ni. Tapi yang lagi menarik drama ni banyak nau plot twist, memang tak jangka langsung. Itu yang membuatkan kita tertunggu-tunggu next episode tu! Kisahnya, Goo-deok, seorang hamba perempuan dalam sebuah keluarga yang taklah ternama sangat tapi berlagak nak mampuiiiiii. Anak perempuan tuan rumah tu punyalah eksyen, bongkak, dibuatnya Goo-deok macam tak ada nilai langsung. Hamba itulah yang buat segala-gala benda untuk dia, diperint...

Resipi Sihat: Ayam Kukus Simple Guna Steamer Rice Cooker Je

Dari segi rupa tu, tak berapa nak win sangatlah. Hambar je sebab cili padi hijau dah hilang warna. Daun ketumbar takde, cili merah Akak malas nak potong kehkeh Tapi oklah rasanya, bolehlah dengan tekak akak. Sendiri buat nak makan kan. Alkisah, semalam gas habis. Tak sempat nak pegi beli tong gas lagi, jadi kita manfaatkan gajet dapur yang ada to the max lah. Akak guna rice cooker yang ada ada steam tray (dulang kukus). Sambil masak nasi, boleh siap lauk sekali. Macam mana? Dalam periuk nasi, masak nasi macam biasa. Kat atas periuk tu, letaklah steam tray. Lepas tu Akak letak mangkuk besi yang diisi dengan ayam perap. Tutup periuk. Sekali jalan siap nasi dan ayam kukus simple. Periuk jenis ni bagusnya takde kita nak guna banyak periuk. Bertambah senang lagi-lagi waktu takde gas macam Akak ni. Periuk silver dan pink tu, penutup besi. Periuk putih tu penutup kaca. Pilih betul-betul nak yang mana sebelum beli tau. Ada juga periuk nasi yang jenis steamer tu letak kat atas, macam ni. Ok ber...

Resipi Sihat: Ayam Bakar Juicy Guna Air Fryer

Inilah dia menu malas tapi nak makan sedap! Ayam bakar mayonis inspirasi Khairulaming yang meletop tu. Memang habis simple dah menu ni. Bahan-bahan pun boleh kira dengan jari je. 4 bahan je korang: Ayam Mayonis Kewpie Roasted Sesame Sos tiram Serbuk lada hitam Cara masak: Bakar dalam air fryer sampai masak, ikutlah setting af masing-masing. Akak masak 200'C, 15 min + 10 min + 10 min + 5 min. Akak dok balik-balikkan ayam tu sebab ingat tak masak padahal sebenarnya ayam tu dah masak dan juicy gilaaaa Tip paling sedap kan, korang kena guna part chicken chop (paha yang dah dibuang tulang) ataupun whole leg tau. Sebab bahagian ni isi dia lembut. Diperap pulak dengan mayonis yang dah ada rasa bijan tu, ngam sangaat tak payah tambah perasa lain dah. Mayo perasa lain, Akak tak sure rasa macamana tapi yang pasti memang paling kebaboom Roasted Sesame lah. Letak lebih sikit pun takpa, ayam tu taklah terlalu kering masa kita bakar. Yang lebih tu jadi kuah. Nak perap siap-siap simpan dalam pet...