Skip to main content

Posts

Berdamai dengan Kekecewaan

Anak balik sekolah, mulut muncung sedepa. Muka pun tak ada senyum dah. Bad mood sungguh ni. Akak cuma fikir penat sangat agaknya hari ni sekolah dan puasa panas terik macam ni. So akak tak de tanya apa-apa. Salah tanya karang, meletup pulak member kan. Tapi akak rasa mestiada benda yang dia bengang sangat kat sekolah sampai sebegini sekali riak mukanya. Tapi Akak biar je sampai dia sendiri yang buka mulut. Betul macam yang disangka, ada benda yang jadi kat sekolah tadi yang sangat mengecewakan hati. Dia rasa sedih sangat dan tak sangka. Akak dengar jelah dulu dan cakap slow slow bagi dia settle perasaan dia dulu tapi at the same time selit tazkirah la. Budak baru nak masuk remaja, salah cakap kang lain yang difahamnya. Tapi kita explain la pelan pelan bagi dia faham. Antaranya macam mana dia kena terima yang tak semua yang dia nak, akan dapat. Dia juga kena terima, yang tak semua yang dia dapat, akan terus jadi milik dia. Kalau Allah nak tarik balik, dia terpaksa terima juga dengan hat...

Nasi Campur Restoran Mariah, PJS

Hari tu masa balik dari KL, nak singgah lunch tempat-tempat hot semua payah nak parking. Maklumlah lunch hour. Kitonyo pun nak sibuk menyelit jugaaa hehe Pusing punya pusing, cari punya cari, last last dah masuk highway terus on the way balik dah. Macam frustlah sikitkan tapi tiba-tiba kat highway, suami kata exit jelah kat PJS, ada je kedai makan sedap. Dulu Akak keja area PJS tu, jadi adalah a few kedai makan yang memang dah biasa. Saja kona, tengok-tengok dah lain dah rupa area situ tapi kedai makan yang dok biasa tapau dulu tu masih ada. Salah satunya Restoran Mariah ni. Kedai mamak yang selalu akak tapau sarapan. Suami akak paling suka rendang daging. Masa kami sampai tu agak lewat dah tapi lauk-lauk ada lagi lah. Akak dan suami makan nasi campur. Anak-anak order megi goreng, memang itulah dia kalau ke kedai mamak. Ishhhh Akak ambik lauk ayam goreng, sayur campur, peria goreng telur, kuah kari dengan bendi. Suami akak ambik rendang daging dan ayam goreng (tiada dalam gambar). Dulu...

Sambal Sushi King - Pedas, Sedap, Penuh Rasa, Harus Cuba!

Korangggggggg... Kalau makan di Sushi King, tolonglah order sambal ni. Sedap wehhhhh!   Kitonyo peminat pedas, wojiblah makan susyi pun nak cecah sambal. Hehe Mula-mula wonder jugalah, sambal kat Sushi King ni sambal macam mana eh? Orang Jepun makan sambal meh? Tapi sebab ini SK di Malaysia ye, terpaksa masukkan dalam menu kot ye hiiii Sambalnya macam cili goreng garing, macam chilli oil gitu. Tapi boleh tahan pedas ye, so sedap! Akak tak pasti sangat tu udang geragau atau ikan bilis yang jenis halus tu. Tapi flavourful dan balance rasa cili dengan bawang putih tu. Kalau order main menu macam rice bowl ke, memang ngam la nak tambah ni sebab kalau kari Jepun tu kan plain rasanya (menurut tekak menantu Jawa). Boleh topup dengan sambal ni. Kalau korang ke SK, jangan lupa order ni sekali tau. Side dish - sambal. Agaknya kalau dibuat packaging cantik-cantik, jual ni bagus juga. Heheee *mengharap* Recommended! 

Menu Diet Tersedap Sepanjang Zaman: Singgang Ikan Kembung

Akak kalau rasa kurang selera makan, nak masak cepat - inilah dia menu yang paaaaling akak suka. Singgang! Paling suka singgang ikan. Dah lah senang masak, sedap, sihat pulak tu. Sejak ikut resipi singgang Khairulaming, memang akak love sangat menu ni. Kalau tak, sebelum ni akak buat asam pedas utara (asam rebus) atau pindang je. Tapi singgang ni lagiiii senang dan tahap nak menghirup kuah tu lagi next level! Haha bahaya betol, macam mana nak diet? Jenis masakan rebus gini, akak suka guna ikan yang isi pejal sikit so tak mudah hancur. Ikan mabong ke, selar yang besar sikit. Paling biasa orang guna tuna atau tongkol. Memang sedap teruk. Kadang tu nak cepat, akak tambah je sayur terus dalam tu. Bendi ke terung ke tomato ke.  Cecah pulak dengan sambal belacan ke budu. Ya Allah, jenuh nak tahan tangan nak cedok nasi tambah! Kekekee Ni kalau buat sahur pun sedap gila. Hirup kuah singgang panas-panas.  Akak suka yang masam sikit, tak terlalu pedas. Ishh kecur air liur pulak.

Baja Kulit Telur dan Kulit Bawang

Korang rajin berkebun tak? Akak taklah rajin sangat tapi ada lah sikit pokok yang selalu guna untuk masak - daun karapole (kari), daun limau purut, daun pandan, daun kunyit. Sebagai pengguna telur yang tegar, memang banyaklah kulit telur terbuang. Akak terbaca yang kulit telur bagus sangat dibuat baja pokok. Jadi setiap kali akak pecahkan telur, akak akan asingkan dan keringkan. Bila dah banyak, akak blend halus, simpan dalam bekas. Bila nak guna, cedok dan tabur je dalam pasu.  Sebelum ni, malas blend. Akak hancur-hancurkan je tapi itulah nutriennya lambatlah masuk ke tanah tu. Orang kata blend halus sampai jadi serbuk lagi mudah resap. So akak pun blendlah. Hati-hati blend tau sebab dia jadi berhabuk, terbatuk-batuk u ols. Kulit telur ni kaya kalsium. Jadi baik sangat untuk pertumbuhan pokok yang sihat dan kuat. Boleh baca khasiat kulit telur untuk pokok di SINI .  Kulit bawang pun katanya bagus juga dibuat baja. Tapi akak selalu lupa nak ...

Tukar Duit Syiling di Putrajaya

Duit syiling yang ada banyak dalam tabung atau terkumpul tu, rugi kalau disimpan macam tu je. Biasanya kita pun tak angkut banyak duit syiling kalau pegi kedai kan? Bawa balik banyak lagi syiling ada lah... Hari tu kami ke Putrajaya nak depositkan sikit duit syiling yang lama tersimpan dalam balang. Tabung pun tak cukup dah. Lama sangat dah, boleh tahan beratnya. Mula-mula ke Tabung Haji, sebab suami dapat info dari bank lain, katanya di TH, penukaran boleh buat setiap hari bekerja. Ada bank, kita kena datang hari tertentu saja. Jadi, kalau ada akaun TH, boleh pegi sana dan maklumkan pada pegawai tu kita nak tukar duit syiling.  Nanti kita kena isi borang dan tunggu je. Limit satu pelanggan tak silap RM500 saja. Jadi, kalau duit syiling ada banyak sangat lebih daripada amaun tu, kena datang semula hari lain. TH buat macam tu supaya pelanggan seterusnya ada peluang nak tukar/simpan.  Yang penting kena ada akaun TH tau. Kalau tak ada, boleh buka akaun baharu. Sebab nanti duit sy...

Aktiviti Cuti Sekolah: English Worksheet by Teacher Fiera and Miss Ash

Kalau nak anak-anak seronok buat latihan English, boleh cuba worksheet yang dibuat oleh Teacher Fiera dan Miss Ash. Contoh soalan oleh Teacher Fiera. Contoh latihan oleh Miss Ash. Kat sekolah anak-anak Akak pun guna latihan daripada cikgu berdua ni juga kadang-kadang. Pernah dulu memang buku kerja tu beli yang Teacher Fiera punya.  Akak sendiri pun suka guna sebab jelas, menarik dan anak mudah faham. Tulisannya cukup besar, grafiknya pun sesuai dengan anak-anak. Latihannya pun anak mudah nak faham, ruang jawapan pun cukup besar nak menulis. Selain tu, silibus memang ikut buku teks, jadi anak-anak patut biasa je belajar sama macam kat sekolah. Akak download versi pdf yang percuma saja. Tapi kalau nak latihan yang lebih banyak dan komprehensif boleh je beli buku cikgu-cikgu ni. Boleh tengok info di website Teacher Fiera dan Miss Ash . Boleh join channel atau media sosial diorang untuk tahu perkembangan, nak beli buku atau nak guna mana-mana bahan bantuan mengajar untuk English. Nak ...