Skip to main content

Posts

Big Why Nak Kurus

Selama ni, bukan akak tak pernah turunkan berat badan, malah pernah berjaya atas inisiatif sendiri, buat sendiri aje. Ikut coach pun ada, berjaya juga. Tapi malangnya dek nafsu makan yang sukar dikawal, lagi-lagi hasben sukalah bawak balik makanan sedap-sedap membantutkan akak untuk terus berdiet sihat. Haish lemah semangat betuilah. Sampailah satu ketika kesihatan akak diuji sikit, asbab tu akak kena monitor tekanan darah (BP) hari-hari, hasilnya BP agak agak tinggi. Sejak tulah akak insaf sikit dan jaga makan, mula balik bersenam.  Mula-mula tu susah jugak nak start rutin camni tapi bila teringat BP tu, jadi paksa diri untuk buat juga walaupun sikit-sikit sehari. Beria-ia sangat pun karang jemm pula badan terkejut.  Jadi slow-slow, one step at a time. Akak juga mula amalkan DASH Diet (Dietary Approach to Stop Hypertension). Untuk kurangkan berat badan dan turunkan tekanan darah sekali. Dia sama je macam diet seimbang yang biasa, cuma dikurangkan pengambilan karbo, lebihkan s...

Oh My Venus

 Akak tertarik nak tengok K-drama ni sebab nak tengok cara kuruskan badan. Ahaks. Almaklum akak tengah nak mengurus ni, jadi ambik inspirasi sikitlah. Well, memang best dan banyak juga panduan yang boleh diikut. Antara tip yang akak ingat: 1. Postur kena betul dan duduk/berdiri tengak seolah-olah ada orang tolak dahi rapat ke dinding. Untuk elak sakit leher gitulah. 2. Buat stretches sebelum tidur. 3. Jaga makan dan portion, eat clean. Wajib. 4. Kena exercise. 5. Kalau gemuk disebabkan sesuatu penyakit, kena ambil ubat yang perlu. Macam cliche je kan? Well, mana ada jalan senang nak kurus dek non. Konsepnya kurang kalori diambil, susutlah badan. Apapun jalan cerita ni menarik jugaklah. Dapat info pasal penyakit osteosarcoma (penyakit kanser tulang), hypothyroid. Konflik keluarga yang agak complicated tapi ending dia agak tak disangka. Jadi akak enjoy jugaklah. Pelakon dia pun best, hero dia So Ji-sub, heroin dia Shin Min-ah. Yang nak motivasi kurus tu, silalah layan drama ni okey!

Pengajaran Daripada K-Drama Vincenzo

Terhibur betul la tengok mafia yang kung kang kung kang bergaduh dengan villain tapi masih cool, steady dan segak dengan hanya minor injuries je. Dah la tu dia sorang lawan dengan segerombolan gangster. In the end masih kekal bergaya dan hensem. Haha only in dramas! Akak baru habis tengok Vincenzo.  Drama Korea dengan unsur Itali sikit. Alkisahnya orang Korea yang dah jadi warganegara Itali, balik ke Korea atas urusan yang bukan kaleng-kaleng. Dia pulak masa kat Korea keja apa, lawyer mafia. Pehh. Sepanjang kat Korea, dah macam macam pulak insiden berlaku yang menyebabkan dia terpaksa tinggal lebih lama disertai insiden yang luar jangka. Apa yang akak boleh simpulkan, melalui cerita ni: 1. Ada masanya kita terpaksa bersikap fleksibel. Mengikut situasi dan orang di sekeliling. Kalau berlaku perkara yang tak dijangka, terpaksa fikir alternatif lain untuk atasi masalah dengan cepat.  2. Jangan percaya seseorang 100%. Lagi-lagi kalau orang yang ada kepakaran atau kepentingan....

Aktif Di Rumah Semasa Pandemik

Lega pagi ni dapat juga gegarkan lemak badan dalam 24 minit. Nak bagi cukup 30 minit pun tak larat dah sebab lapar! Haha Sejak ada indoor bike dan trampolin di rumah ni, tak ada alasanlah untuk tak bersenam. Biarpun yang ringkas janji buat sesuatu untuk keluarkan peluh. Ikutkan hati, pagi ni malas juga. Tapi semangat pula bila tengok husband dah menjejeh-jejeh peluh dok berkayuh. Ish tak boleh jadi ni. Mana aci dia kurus sorang-sorang kan? On Spotify, lompat kat trampolin. Lepas tu sambung kayuh basikal lepas tu cool down, ok cukup lah untuk hari ni. Memang jemu, lemau tak dapat ke taman. Brisk walking, bawa anak-anak ambil udara segar... tapi begitulah. Terpaksalah akur dengan situasi yang tak mengizinkan sekarang. Jadi kita buatlah apa yang termampu walaupun hanya di rumah.

Pendidikan Seni Visual Tahun 3, Potato Stamp untuk Teknik Capan

Pendidikan Seni Visual Tahun 3. Topik Teknik Capan. Gigihlah akak buat 'stamp' untuk kelas anak. Guna apa yang ada sajalah. Kisahnya, cikgu seninya bagitahu suruh bawak kentang, batang pisang atau apa apa je bahan yang sesuai untuk buat capan. Ukir terus kalau boleh. Blur jugak akak mulanya. Tapi lepas dah Google baru ada akal sikit. Mudah aje rupanya. Kentang, akak belah dua lepas tu ukir bentuk bintang dan daun. Batang sawi akak potong belah bawah, boleh buat cap bentuk bunga. Sebenarnya nak lagi senang ukir kentang tu, guna cookie cutter je. Tekap cutter, rapikan bentuk. Tapi dah takde, so ukir sendiri jelah. Bentuk yang mudah jelah pun. Nak dapat banyak idea lagi, kat Youtube banyak. Search je 'potato stamp'. 

Birthday Party Princess LOL Tema Pink

Sabtu lepas buat sambutan kecil-kecilan majlis hari jadi anak sedara. Cantik tak deco backdrop? Haaa bukan, bukan akak buat. Akak tak bertangan seni kreatif. Ni hasil sentuhan husband akak yang suka deko-deko. Diambiknya tikar mak (yang hijau tu) lepas tu lekatkan pinggan kertas dan belon. Siap ambik bunga ros hiasan mak letak kat tengah-tengah belon. Jaki je mak tengok bunga dia jadi mangsa! Haha Selalu tengok husband deko ni, idea dia spontan je. Guna je apa peralatan dan bahan hiasan yang ada. Tambah guna benda-benda yang ada dalam rumah je.  Okeylah kan gini. Simple je janji ada la backdrop nak buat bergambar. Menu semalam: Cinnamon rolls Swirly Bites Spaghetti carbonara Oden Kepak ayam madu Kek birthday tema Baby Shark Sate ayam dan daging Izzie Fizzy Kitchen Soda herbs Air bandung Durian crepe Alhamdulillah. Jadilah dapat celebrate kecik-kecik, kumpul adik beradik je sebab baru boleh rentas daerah. Rindu lama tak jumpa. Sambut hari jadi ni kira syarat je. Sebenarn...

Cinnamon Rolls Lembut, Sedap by Swirly Bites Sepang

Akak tak biasa makan cinnamon rolls, in fact tak minat sangat pun. Tapi semalam masa nak celebrate birthday anak sedara, husband tengok kat Foodpanda, satu kedai jual cinnamon rolls yang gambarnya sangatlah menyelerakan. Akak on je. Husband order 1 set original flavour dan 1 set combo (mix flavours - ada 3 jenis topping tapi akak tak ingat namanya). 1 set ada 6 ketul. Tengok gambar pun melelehkan... rasanya apatah lagi. Memang recommended! Pastri dia lembut, topping dia tak over dan tak terlalu manis. Makan seketul pun kenyang sebab sebesar penumbuk ha. Husband order kat Foodpanda, so orang area Nilai/Sepang bolehlah cuba kalau nak rasa. Nama kedai: Swirly Bites