Skip to main content

Posts

Birthday Party Princess LOL Tema Pink

Sabtu lepas buat sambutan kecil-kecilan majlis hari jadi anak sedara. Cantik tak deco backdrop? Haaa bukan, bukan akak buat. Akak tak bertangan seni kreatif. Ni hasil sentuhan husband akak yang suka deko-deko. Diambiknya tikar mak (yang hijau tu) lepas tu lekatkan pinggan kertas dan belon. Siap ambik bunga ros hiasan mak letak kat tengah-tengah belon. Jaki je mak tengok bunga dia jadi mangsa! Haha Selalu tengok husband deko ni, idea dia spontan je. Guna je apa peralatan dan bahan hiasan yang ada. Tambah guna benda-benda yang ada dalam rumah je.  Okeylah kan gini. Simple je janji ada la backdrop nak buat bergambar. Menu semalam: Cinnamon rolls Swirly Bites Spaghetti carbonara Oden Kepak ayam madu Kek birthday tema Baby Shark Sate ayam dan daging Izzie Fizzy Kitchen Soda herbs Air bandung Durian crepe Alhamdulillah. Jadilah dapat celebrate kecik-kecik, kumpul adik beradik je sebab baru boleh rentas daerah. Rindu lama tak jumpa. Sambut hari jadi ni kira syarat je. Sebenarn...

Cinnamon Rolls Lembut, Sedap by Swirly Bites Sepang

Akak tak biasa makan cinnamon rolls, in fact tak minat sangat pun. Tapi semalam masa nak celebrate birthday anak sedara, husband tengok kat Foodpanda, satu kedai jual cinnamon rolls yang gambarnya sangatlah menyelerakan. Akak on je. Husband order 1 set original flavour dan 1 set combo (mix flavours - ada 3 jenis topping tapi akak tak ingat namanya). 1 set ada 6 ketul. Tengok gambar pun melelehkan... rasanya apatah lagi. Memang recommended! Pastri dia lembut, topping dia tak over dan tak terlalu manis. Makan seketul pun kenyang sebab sebesar penumbuk ha. Husband order kat Foodpanda, so orang area Nilai/Sepang bolehlah cuba kalau nak rasa. Nama kedai: Swirly Bites

Buat Rawatan Gigi di Klinik Pergigian Zara Puchong

Anak mengadu ada benjol di gusi. Alamak, apa pulak ni? Katanya tak sakit pun tapi kita yang tengok ni seram pulak, mana tahu kot apa yang serius kan. Walaupun dia kata tak sakit, masih boleh makan dengan baik dan takde demam... abahnya tetap decide bawak ke klinik. Alhamdulillah memang keputusan yang tepat sebab bila dokter check, rupanya gusi bernanah, gigi dah rosak dan ada jangkitan. Dokter kata, mungkin masa kecik dulu pernah terjatuh ke apa ke yang menyebabkan gigi dia rosak tapi kami laki bini tak sedar sebab anak takde cakap apa-apa sakit pun. Cuma memang notice la gigi depan dia tu macam terserpih sikit.  Ingatkan takde apa-apa, rupanya boleh bagi kesan pada kesihatan gigi anak selepas beberapa tahun. Rawatan awal yang dokter bagi, makan ubat tahan sakit dan bagi surut bengkak dulu. Lepas tu baru boleh cabut.  Gigi tu kot mana pun memang kena cabut tapi dalam keadaan gusi bengkak, tak bolehlah. So kena tunggu dulu, dah okey baru datang balik.  After one week git...

2021 Is Here

Sambut tahun baru 2021 kat rumah adik. Dijamunya kita dengan roti sorai (orang KL panggil roti jala) dan gulai ikan. Aduhai! Sayang sekali akak sakit mulut. Ulser dalam mulut yang menyebabkan selera makan akak terbantut. Banyak memandang je daripada makan. Jamah sikit rasa-rasa, adalah. Kami adik beradik kalau berkumpul, memang biasa ada gulai ikan. Baik kat rumah akak ataupun kat rumah adik/abang. Maklumlah masing-masing peminat gulai, lagi-lagi kalau ikan ploktan aka mayong. Tenggiri ke temenung ke (kembung) pun sedap. Sepanjang kat rumah adik tu, tak ke mana pun. Anak-anak je dibawak ke taman berdekatan. Jadilah ambik angin sikit, lama sungguh terperap dalam rumah. Mati kutu dibuatnya. Alhamdulillah diberikan ruang dan masa berkumpul walaupun tak cukup korum. Abang sekeluarga tak dapat join sebab ada family day kak ipar.  Selamat Tahun Baru 2021!

Tiga Bulan di Tahun 2020

Kalut dengan pelbagai urusan sejak awal tahun, akak tak perasan dah lama tak menulis kat sini. Dah masuk ke bulan ketiga dah pun dalam tahun kereta terbang ni dengan macam-macam berita yang kita terpaksa hadap dan terima. Covid-19, politik semasa negara... dugaan dugaan... Akak serabut juga lately tapi cuba untuk bertenang juga. Walaupun banyak kerja dok tak siap tapi dok tenangkan diri. Masih lagi pun dok adjust diri dengan schedule tahun ni. Makin mencabar membesarkan anak yang dah mula pandai memberontak, pandai memerhati, banyak soalan dalam kepala depa yang kita perlu layan dan jawab dengan berhemah gitu. Siaplah kau dengan jawapan yang bernas lagi bijak yaaaa... Tahun ni juga menyaksikan banyak kali lawatan ke hospital sebab anak tak sihat. Abahnya ke hospital terus, senang semua facility ada. In case kena check darah, nebuliser, x-ray, test untuk denggi/influenza ke apa. So far alhamdulillah. Dipermudahkan. Ingat tahun ni nak mengaktif juga media sosial. Tapi macam tak berapa ke...

Sarapan Sate Sedap di Pasar Awam Seksyen 6 Shah Alam

Membeli barang dapur basah yang segar dengan harga berpatutan tak ada tempat lain yang jadi pilihan akak melainkan pasar awam.  Pasar tani pun akak suka, tapi sesekali pegi jugak pasar awam. Yang biasa pegi kat Seksyen 6.  Bersih. Segar. Selesa. Selalu pegi beli barang je tapi semalam pegi sarapan kat sana sekali. Husband beli sate.  Wah! Tak sangka ada sarapan sate kat sini.  Kami pernah sampai ke Serdang nak cuba Sate 7 Pagi tapi dek ramai sangat orang, kami patah balik dengan kekecewaan. Huhu Akhirnya berrezeki kat Pasar Awam Seksyen 6 ni. Kami sarapan nasi lemak sotong, ayam goreng rempah, sambal kerang, lontong. Sate tu bungkus bawak balik. Sate ayam dengan sate kambing. Balik rumah excited jugak nak cuba sebab tak menahan dok bau sedap sate ni, aroma dia boleh tahan. Isi sate besar-besar. Perapan dia pehhh sangat. Allahuuuuu.... sedap sungguhlah! Sate ayam, kambing dengan kuah kacang lhamdulillah. Puas makan, sesuai dengan harganya RM1.50 secucuk. M...

Teh Hijau Sedap untuk Kurus

Akak mula ambil teh hijau sejak zaman dulu kala lagi, zaman nak kurus sebab nak kahwin. Masa tu tak banyak pilihan sangat seingat akak. Ada Boh Teh Hijau tapi rasa dia ya Allah, tak shedap! Masa tu ada jugak kawan ofis dok minum. Dia guna Premium Green Tea NaturCare under Tupperware brand. Akak pernah cuba, better daripada Boh. Jadi akak pun mula lah minum teh hijau sejak tu. Tapi taklah konsisten pun. Sebab mindset dok kata teh o boh gula tu juga yang sedap kan. Nak tukar rasa ke teh hijau yang tiada kemanisan tu ambil masa sikitlah. Lama lepas tu berhenti. Hinggalah setahun dua ni berjinak kembali bila ada kesedaran kenapa orang yang nak turunkan berat badan ambil teh hijau. Ini teh hijau yang original tau. Pure green tea. Atau yang flavoured sikit pun bolehlah macam campur jasmine, lemon, mint, earl grey. Yang teh kurus tu.... hmm akak tak berapa nak recommend. Sebab teh hijau selalu dikaitkan dengan kurus, yang akak petik daripada laman web Medical News Tod...