Skip to main content

Posts

2021 Is Here

Sambut tahun baru 2021 kat rumah adik. Dijamunya kita dengan roti sorai (orang KL panggil roti jala) dan gulai ikan. Aduhai! Sayang sekali akak sakit mulut. Ulser dalam mulut yang menyebabkan selera makan akak terbantut. Banyak memandang je daripada makan. Jamah sikit rasa-rasa, adalah. Kami adik beradik kalau berkumpul, memang biasa ada gulai ikan. Baik kat rumah akak ataupun kat rumah adik/abang. Maklumlah masing-masing peminat gulai, lagi-lagi kalau ikan ploktan aka mayong. Tenggiri ke temenung ke (kembung) pun sedap. Sepanjang kat rumah adik tu, tak ke mana pun. Anak-anak je dibawak ke taman berdekatan. Jadilah ambik angin sikit, lama sungguh terperap dalam rumah. Mati kutu dibuatnya. Alhamdulillah diberikan ruang dan masa berkumpul walaupun tak cukup korum. Abang sekeluarga tak dapat join sebab ada family day kak ipar.  Selamat Tahun Baru 2021!

Tiga Bulan di Tahun 2020

Kalut dengan pelbagai urusan sejak awal tahun, akak tak perasan dah lama tak menulis kat sini. Dah masuk ke bulan ketiga dah pun dalam tahun kereta terbang ni dengan macam-macam berita yang kita terpaksa hadap dan terima. Covid-19, politik semasa negara... dugaan dugaan... Akak serabut juga lately tapi cuba untuk bertenang juga. Walaupun banyak kerja dok tak siap tapi dok tenangkan diri. Masih lagi pun dok adjust diri dengan schedule tahun ni. Makin mencabar membesarkan anak yang dah mula pandai memberontak, pandai memerhati, banyak soalan dalam kepala depa yang kita perlu layan dan jawab dengan berhemah gitu. Siaplah kau dengan jawapan yang bernas lagi bijak yaaaa... Tahun ni juga menyaksikan banyak kali lawatan ke hospital sebab anak tak sihat. Abahnya ke hospital terus, senang semua facility ada. In case kena check darah, nebuliser, x-ray, test untuk denggi/influenza ke apa. So far alhamdulillah. Dipermudahkan. Ingat tahun ni nak mengaktif juga media sosial. Tapi macam tak berapa ke...

Sarapan Sate Sedap di Pasar Awam Seksyen 6 Shah Alam

Membeli barang dapur basah yang segar dengan harga berpatutan tak ada tempat lain yang jadi pilihan akak melainkan pasar awam.  Pasar tani pun akak suka, tapi sesekali pegi jugak pasar awam. Yang biasa pegi kat Seksyen 6.  Bersih. Segar. Selesa. Selalu pegi beli barang je tapi semalam pegi sarapan kat sana sekali. Husband beli sate.  Wah! Tak sangka ada sarapan sate kat sini.  Kami pernah sampai ke Serdang nak cuba Sate 7 Pagi tapi dek ramai sangat orang, kami patah balik dengan kekecewaan. Huhu Akhirnya berrezeki kat Pasar Awam Seksyen 6 ni. Kami sarapan nasi lemak sotong, ayam goreng rempah, sambal kerang, lontong. Sate tu bungkus bawak balik. Sate ayam dengan sate kambing. Balik rumah excited jugak nak cuba sebab tak menahan dok bau sedap sate ni, aroma dia boleh tahan. Isi sate besar-besar. Perapan dia pehhh sangat. Allahuuuuu.... sedap sungguhlah! Sate ayam, kambing dengan kuah kacang lhamdulillah. Puas makan, sesuai dengan harganya RM1.50 secucuk. M...

Teh Hijau Sedap untuk Kurus

Akak mula ambil teh hijau sejak zaman dulu kala lagi, zaman nak kurus sebab nak kahwin. Masa tu tak banyak pilihan sangat seingat akak. Ada Boh Teh Hijau tapi rasa dia ya Allah, tak shedap! Masa tu ada jugak kawan ofis dok minum. Dia guna Premium Green Tea NaturCare under Tupperware brand. Akak pernah cuba, better daripada Boh. Jadi akak pun mula lah minum teh hijau sejak tu. Tapi taklah konsisten pun. Sebab mindset dok kata teh o boh gula tu juga yang sedap kan. Nak tukar rasa ke teh hijau yang tiada kemanisan tu ambil masa sikitlah. Lama lepas tu berhenti. Hinggalah setahun dua ni berjinak kembali bila ada kesedaran kenapa orang yang nak turunkan berat badan ambil teh hijau. Ini teh hijau yang original tau. Pure green tea. Atau yang flavoured sikit pun bolehlah macam campur jasmine, lemon, mint, earl grey. Yang teh kurus tu.... hmm akak tak berapa nak recommend. Sebab teh hijau selalu dikaitkan dengan kurus, yang akak petik daripada laman web Medical News Tod...

Ejen Ali The Movie, Review Seorang Mak

Sebelum cuti sekolah lagi, anak-anak dah sibuk tanya bila 28 November. Masing-masing sibuk nak tengok Ejen Ali The Movie (EATM), tak sabar nak tengok wayang. Dalam kesibukan abahnya pun terpaksa mengalah sekejap bawa anak-anak ke pawagam. Nasib baik dekat, dalam 20 minit saja GSC dari rumah. Tiket dah beli sehari sebelumnya, itu pun banyak seat dah penuh. Dapatlah juga seat sebelah tepi, okey juga. Harga tiket untuk kami lima beranak, RM50+. Tiket pun tak payah print, nak masuk hanya tunjuk e-ticket dan scan QR code saja. Tak mengharap apa sangat pun daripada movie ni sebab tak tengok trailer sangat. Dengar OST, memang sedaplah cuma takde klip-klip sedutan jadi tak tahu nak expect apa. Anak-anak nak tengok, kita layankan sajalah. Tetapi... tetapi... Kepuasan mengatasi jangkaan. Kagum pun ya. Terhibur dan terharu, dua-dua rasa ada. Terhibur dengan scene Mamak Maju, I bet most of the audience were! Terharu bila part Ali berkomunikasi dengan mamanya, Aliya, yang sudah ti...

Kaedah Wardina Didik Anak Solat 5 Waktu Sejak Kecil

Sumber FB. Catatan tahun 2013 kalau tak silap akak. Keluar di memories FB. Akak share sini untuk panduan akak dan korang sekali. KAEDAH WARDINA SAFIYYAH DIDIK ANAK SOLAT 5 WAKTU Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda… I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la… tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:- 1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat 2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an ...

Work Out Asas Di Rumah, 15 Minit Sahaja

Seminggu dua ni start balik work out routine macam yang akak belajar masa personal coaching dulu (baca: tahun lepas). Coach akak mulakan dengan yang basic aje. Tapi ni akak dah modify sikit. Korang yang baru nak mula boleh cuba rutin ni. Mula-mula mungkin rasa berat sikit kalau dah lama tak exercise tapi after a while, insya Allah okey kalau konsisten buat at least 3 kali seminggu. Warm up Skipping without rope 10x Jumping jack 10x Butt kick 10x Wall push up 10x Crunches 10x Leg raise 10x Russian twist 10x Plank 20 sec Ulang 2-3 set Kalau rasa pening, nak pitam sila berhenti. Kalau larat setakat 1 set, memadai. Next session tambahkan. Coach akak pesan jangan paksa kalau tak mampu. Tapi cuba untuk ulang set dan tambah rep sikit-sikit sampai badan mampu terima. As for makan, akak bolehlah kembali sikit ke suku suku separuh. Akak ni cabaran terbesar nasik, nasik, nasik! Then snacking petang. Aduh but I guess I am progressing cuma a bit slow sebab kesukaran mengawal napesu. H...