Skip to main content

Posts

Sardine Roll untuk Jamuan Raya Sekolah Anak

Sardine roll untuk juadah jamuan raya kat sekolah anak hari ni. Tak sediakan kuih raya pun, mainstream sangat. Heh. Itupun mula mula niat nak suruh dia bawak kerepek je tapi dia buat muka tak paham. Hmmm. Semalam kemain plan nak buat kek lah, puding rotilah, sandwic telur lah, nah nin dia sekali semua tak jadi. Konon nak cuba kek bakar guna kuali leper je. Tapi tak berkeyakinan tinggi juga sebab pertama kali. Puding roti pernah buat tapi taklah menjadi sangat dulu. Hek. Sandwic telur kunun kunun nak prep semalam siap, pagi ni tinggal nak sapu atas roti je tapi malas pulak. Lagipun nak handling susah. Nak alas sandwic tu paper cup tak cukup. Maka sardine roll menjadi pilihan. Mula jam 5 pagi, siap sejam kemudian. Tumis bawang putih dengan bawang besar sikit, masukkan ikan sardin tanpa kuah tomato. Akak saja tak masukkan sebab tak nak intinya berair nanti. Lenyek-lenyek ikan sardin biar sebati dengan bebawang. Bubuh la garam dan lada sulah sikit. Biar sejuk ...

Bila Pemakanan Sihat Nak Kembali ke Pangkal Jalan?

Sejak puasa sampai ke musim puasa enam ni, akak nampaknya belum cukup keinsafan kembali ke pangkal jalan dalam menjaga diet akak. Mula puasa hari tu, melepek sebab tak berapa sihat. Mujur jugak top up dengan suplemen kot tak lagi flat. Makin ke hujung puasa, alhamdulillah okey. Mai ke raya memang okey la buleh makan siang. Haha tapi dok monitor berat still 69-70 kg. Jangan lebih daripada tu sudah. Ni makin menjadi diet kembali ke zaman jahiliah yang tak ikut time, tak ikut portion. Lagi kalau mai angin sedap masak yang minyak berlinang. Hadowwww. Resipi Rizalman sedap tauuuuu. Haip jangan salahkan menu orang. Yang hang pi balun makan banyak buat apa! Hohoho Maka misi ke 60 kg belum berhasil. Kita buat misi 65 kg dulu. Sat nak pi baca balik buku Cabaran Kurus Langsing 21 Hari tu. Boring-boring tengok buku lain pulak. Sajian Sihat Lazat Chef Sue Arukin. Anti-Aging buku ITBM. Hoh!

Pia, Drama Ramadan Meruntun Jiwa

Kau anak yatim piatu. Hidup berdua dengan adik yang OKU. Kahwin dengan jejaka yang suka kau dari kecil. Mula-mula janji nak jaga adik sama-sama, rupanya slow slow suami dok atur adik duduk di rumah jagaan. Kau nak pilih suami atau adik? Aduhai. Akak mulanya malas nak layan drama ni. Alah mesti kisah biasalah, orang OKU dipinggirkan ke entahnya kan. Tapiiiii.... Drama PIA ni tersangkut pulak tengok. Setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam di TV3. Kalau diikutkan mungkin macam jalan cerita yang biasa kita tengok. Anak yatim piatu, mak bapak sedara jaga selepas mak ayah meninggal. Sepupu tak suka. Ada pulak adik yang kurang sihat mental, kerap sawan. Kakaklah yang menjaga dari kecil sampai besar. Kakaklah segala-galanya. Sampailah si kakak bertemu jodoh. Jodohnya pun bukan orang lain, kawan diorang sejak kecil juga, yang sedia maklum keadaan adiknya. Yang boleh terima seadanya mereka berdua yang dah tak ada siapa-siapa. Kahwinlah mereka tapi tanpa restu ke...

Tanah Aina Cafè Shah Alam

Dua hari sebelum puasa, kami berpeluang sarapan di Tanah Aina Cafe, Shah Alam. Saja ambil angin cuba tempat baharu. Tak pernah sampai ke sini. Lokasinya hampir dengan Stesen KTM Batu Tiga Shah Alam, tepi Lebuh Raya Persekutuan. Masa kami sampai tu, belum ada pun orang, nasi lemak pun belum siap masak lagi! Punya awal kan. Mungkin kami ni pelanggan pertama kot. Stafnya masih mengemas dan sapu di koridor. Order ala carte tengok menu. Kami order roti canai, burger daging, chicken chop, western breakfast, mi kari, Turkish coffee dan green tea. Menariknya bersama air tu dibagi sekali sekeping biskut. Biskut coklat kacang gajus sedap gila! Sampai hasben beli setin biskut tu, mujur ada jual.  Pandaikan promosi gitu. Biskut tu namanya Afgan cookies ye, in case teringin nak rasa. Makanan semua memang sedap.  Environment pun selesa dan cantik. Harga standard macam hotel sikitlah. Portion pun besar. Tapi dari segi rasa memang sedap dan puas makan. ...

Follow-up dengan Dr Khoo Phaik Choo di SJMC

Hari ni, berpagian keluar sebab ada follow up dengan dokter di SJMC, rentetan kes anak kena rotavirus infection tu. Mula-mula pi ke kaunter refund dulu untuk ambik balik deposit. Around 9.30 am, naik ke level 6, untuk register dan ambik giliran. Kaunter start buka jam 9.00 am. Cer teka kami dapat no berapa? 14! Tu dia orang no 1 agaknya pukul berapa sampai kat kaunter... huhu. Dokter hanya akan masuk klinik jam 11.00 am. Jadi based on no kami, nurse yang incharge tu kata boleh datang balik around 1 pm. Tu diaaaaa.... Mati kutu jugak nak pi mana. Ronda di bawah, lepak di kafe to kill time. Anak-anak lah cepat bosan, jenuh nak control bila depa dah mula jemu nak duduk setempat. Naik semula ke level 6, ramai jugak yang menunggu. Kami sampai around 12 something, baru org ke-6. Bertabahlah. Betullah baca review orang yang nak jumpa Dr Khoo ni kena datang awal dan kalau lambat memang kena tunggu agak lama. Macam kat KK jugak dah ni. Jumpa dokter sekejap saja...

Pengalaman Masuk Wad di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) Part 2

Bersambung kisah berkampung di SJMC. Ok, anak akak kemudian disahkan kena jangkitan rotavirus selepas dibuat ujian ke atas sampel najis. Macamana diorang ambik sampel? Haa pampers anak kena simpan jangan ditongsampahkan dulu. Kalau anak berak, nanti nurse akan kikis sikit najis tu dengan menggunakan spatula kecik yang bersambung dengan penutup botol sampel. Sikit saja diperlukan. Dan ujian untuk sahkan rotavirus tu pun biasanya dalam 2-3 jam dah selesai. Ujian ni dibuat sebab nak confirm sama ada anak cirit-birit biasa atau tak. Bila confirm rotavirus, kena berjaga-jaga lebih sikit sebab mudah berjangkit. Macamana boleh berjangkit? Kalau kongsi toilet dan cuci tak bersih, kuman tu boleh kena orang lain melalui situ. Tangan pun kena cuci selalu. Cuci dengan air sabun atau paling kurang dengan hand sanitiser. Setiap kali keluar bilik air, balik super market. Sebelum dan selepas makan pun kena cuci betul-betul celah jari semua. Ok berbalik kepada kehidupan di wad, alhamdulillah okey....

Pengalaman Masuk Wad di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) Part 1

Rentetan kisah anak-anak akak cirit-birit dan muntah sampai letih lesu, akhirnya akak dan hasben decide untuk refer hospital. Kesian, makan minum semua tak jalan. Muntah lagi dan lagi. Tenaga pun dah tak ada. Dokter klinik pun dah bagi surat refer hospital in case anak dok muntah, cirit non stop. Kena ingat ya, anak kecik yang muntah, cirit-birit ni mudah dehydrate. Dehydrate ni kurang air dalam badan. Bila dehydrate teruk, boleh affect otak kalau tak salah akak. Sebab tu kena cepat bawak ke hospital untuk rawatan. Kami ke Columbia Asia Bandar Puteri Puchong tapi wadnya dah penuh. Terus call ejen insurans, dia cuba tanya SJMC kalau ada wad kosong. Alhamdulillah masih ada katil untuk 2 ketul kesayangan akak ni. Ya 2 adik beradik ni berjemaah muntah cirit semua. Uwaaaa! SJMC yang akak selalu nampak dari tepi highway je. Sekali masuk dalam tu dia cantik betul. Macam hotel pun ada. Orang sakit pun jadi cepat sihat gitu. Bahagian kecemasan dan wad terletak di 2 bangunan berbeza yang d...