Skip to main content

Follow-up dengan Dr Khoo Phaik Choo di SJMC

Hari ni, berpagian keluar sebab ada follow up dengan dokter di SJMC, rentetan kes anak kena rotavirus infection tu.

Mula-mula pi ke kaunter refund dulu untuk ambik balik deposit. Around 9.30 am, naik ke level 6, untuk register dan ambik giliran. Kaunter start buka jam 9.00 am.

Cer teka kami dapat no berapa?
14!

Tu dia orang no 1 agaknya pukul berapa sampai kat kaunter... huhu.

Dokter hanya akan masuk klinik jam 11.00 am. Jadi based on no kami, nurse yang incharge tu kata boleh datang balik around 1 pm. Tu diaaaaa....

Mati kutu jugak nak pi mana. Ronda di bawah, lepak di kafe to kill time. Anak-anak lah cepat bosan, jenuh nak control bila depa dah mula jemu nak duduk setempat.

Naik semula ke level 6, ramai jugak yang menunggu. Kami sampai around 12 something, baru org ke-6. Bertabahlah.

Betullah baca review orang yang nak jumpa Dr Khoo ni kena datang awal dan kalau lambat memang kena tunggu agak lama. Macam kat KK jugak dah ni.

Jumpa dokter sekejap saja tapi gitulah dia pun nak kena cater ramai lagi patient.

We are advised to get additional jabs for the kids. Can make appointment if we are willing to get them extra vaccines. Anti-flu vaccine I guess. As usual lepas tu dapat vitamin C sorang sebijik. Dokter prescribe ubat cacing sorang sebotol.

Bill untuk sorang around RM100+. Tak apalah janji anak sihat, alhamdulillah. Kos tu nanti boleh claim ke insurans.

The kids are now rotavirus free. Just to make sure now, they eat well and wash their hands frequently.

Thanks Dr Khoo and team.


Dr Khoo Phaik Choo
Ramsay Sime Darby - SJMC


From SJMC's website on Dr Khoo 

Procedure Focus:
  • Allergy management, Developmental milestone screening and assessment
  • General paediatrics diagnosis and management
Condition Treated:
Allergic diseases, Childhood diseases, Developmental disorders

Comments

Popular Post

Resipi Sambal Tumis Tanpa Guna Cili Giling atau Cili Kisar

Pernah tak rasa nak makan sambal tumis tapi takde stok cili giling atau tak sempat nak blend cili kering kat dapur? Saya pernah. Tapi kes saya sebenarnya cari cili giling siap kat kedai tapi tak ada. Jadi dapatlah idea lain. Nak jugak masak sambal sebab masa tu dah janji dengan husband. Pusing punya pusing 1 Speedmart tu tak ada satu pun cili giling. Macamana ni...saya dah tak kuasa nak pi kedai lain. Tup tup ternampak serbuk cili. Agaknya boleh guna ni kot. Tengok kat belakang peket ada resipi sambal tumis ikan bilis.   Gambar hiasan Boleh ke ni? Rembat ajelah dulu. Nak cuba. Mana tau sedap ke. Maka balik rumah saya cuba masak. Tak yakin mulanya. Mesti tak sedap ni. Hah punya lah negatif. Saya ikut aje resipi macam yang dicadangkan. Sampailah akhirnya...eh. Nampak ok macam sambal biasa. Rasa pun sedap jugak. Yay! Berjaya buat sambal tumis akhirnya. Dan boleh je masak sambal tumis tak payah guna cili giling atau cili kisar. Haaa. Apakah lagi alasan yang membuatkan kita tak p...

Scan Baby di Klinik Ajwa Shah Alam

Di Shah Alam ni, banyak juga klinik yang ada servis scan baby atau check up pregnancy.  Akak check up biasa kat Klinik Kesihatan gomen, kat Klinik Desa dekat dengan rumah ni. Tapi sebab KD takde scanner, maka akak kena pegi GP (general practitioner) atau klinik swasta untuk scan baby. Oh, klinik gomen kalau yang bertaraf klinik kesihatan ade je scanner. Cuma nak kena set appointment awal dan selalunya ramaiiii. Maka terpaksa lah husband akak melaburkan sikit duit consultation dan scan baby tiap-tiap bulan kat GP. Akak memang kena scan baby each month sebab akak ada GDM. Kena monitor growth baby, takut besar sangat atau kecik sangat. Setakat ni alhamdulillah. Growth dan berat nampak ok, selari dengan umur dalam kandungan. Mak dia je naik berat sikit. Heh. Sebelum ni, akak biasa pegi Klinik Sofia kat Seksyen 23. Rujuk entri pos kat SINI . Tapi sebab ada satu hari tu, akak pegi Klinik Sofia tapi doktor yang in charge tu tak buat scan. Alamak, klinik mana pulak akak ...

Cara Nak Tahu Kalau Anak Salah Urat/Demam Urat

Beberapa minggu lepas, banyak aktiviti luar. Berturut-turut. Disebabkan anak-anak pun keluar masuk kereta aircond, kena panas terik kat luar... masing-masing pun tak berapa sihat minggu lepas. Yang si abang nak hampir bengkak tonsil, yang adik dedar-dedar. Adik tu dengan demam uratnya dengan nak tumbuh giginya, dengan tak sabar nak meniarap hari-hari tu yang kejap panas kejap sejuk badan dia. Tapi yang pasti memang demam atau salah urat sebab bahagian atas pinggang panas, bahagian bawah sejuk. Gitu lah simptom salah urat kat budak-budak. Ini pun belajar daripada mak mertua masa anak sulung dulu la. Pernah sekali apsal kepala sampai pinggang je panas tapi kaki sejuk budak ni. Orang muda mana nak tahu. Lepas tu bawak pergi urut lah. Kami sekeluarga ni memang dah biasa guna khidmat sorang wak urut kat Sepang. Wak ni pandai urut baby dan budak. Orang lepas bersalin pun dia urut. Jadi kami anak beranak memang selalu juga lah berurut dengan dia. Masa anak sulung dulu, belum setahun umu...