Skip to main content

Posts

Resolusi Kurus

Akhirnya tiba Oktober. Lagi 3 bulan nak habis dah tahun 2018. Apa resolusi korang yang dah tercapai atau hampir tercapai? Kadang fikir balik rasa cepat betul dah 9 bulan berlalu, apa sajalah yang kita dah buat ye dak? Macam orang lain jugak, akak pun masukkan resolusi kurus dalam azam 2018. Tapi sepanjang tahun sejak Januari sampailah lepas raya tak insof juga. Ada percubaan tapi asyik terkandas je. Maka bukan main badan mengembang dengan jayanya.  Di saat akak dah tak muat pakai seluar kegemaran akak, baju yang selama ni selesa makin ketat sendat padat, akak dah rasa... Sudah! I can continue being like this. I want to get back my previous healthy weight, I want to fit in my old nice comfortable clothes. And most importantly I want to get rid of this belly fat. Ya ampun... silap hari bulan memang orang ingat akak pregnant padahal penuh lemak je! Starting last September, akak minta kawan akak yang ada buat personal coaching for fitness untuk train akak. Akak sign up for 1 month je, ...

Singa Lapar

Anak-anak dah tido semuanya. Baru terasa tenang, aman, nyaman, damai malam ini. Dingin pulak tu, tengah hujan. Alhamdulillah. Tadinya, dengan hiruk pikuk depa berlari sana sini. Kejap kejap nak makan. Kejap kejap kejar kejar.  Mainan bersepah-sepah. Baju tersusun tinggi yang akak lipat nak masukkan ke rak baju, roboh. Ambik plastik tepi pintu depa koyak-koyakkan dan tinggal. Kejap kejap nak minum air. Nak susu. Berebut botol air. Abang ketuk kepala adik, adik balas. Adik cucuk mata abang, abang nangis. Akak suapkan makan, diluek-luek. Nak makan sendiri. Buka peti ais, sebiji sebiji anggur diambik lepas tu bergolek atas lantai. Nampak cheese, nak cheese pulak. Akak memang dah serabut gila. Lepas susun semua baju, akak tutup lampu, terus baring atas katil. Depa diam kejap abahnya bagi tengok telepon. Tak lama dengaq dah sora meraung-raung nak tepon. Tu tandanya abah dah ambik balik dan off henpon la tu.  Akak bangun dan angkat depa masuk bilik. 10 minit diam terus. Dah memang me...

Mamee Monster Biskidz Sedap

Anak akak terpengaruh dengan iklan Ejen Ali yang sedap mengunyah Mamee Monster Biskidz. Hari tu cari di 99 Speedmart tak ada. Mujur jumpa di Tesco. Terubat kecewa dia. Laju masing-masing makan. Zup zap habis 8 mini packs. Biskut ni memang sedap pun. Nipis dan rangup. Kena handle with care sikitlah sebab senang hancur. Yang anak makan ni perisa susu. Ada juga perisa coklat. Cubalah. Mak budak pun suka ni. Ngeeee.

Susu yang Rasa 'Lembu' Sangat

Semalam akak saja nak try breakfast cornflakes dengan susu, dah lama tak makan. Bubuhlah sesenduk cornflakes ke dalam mangkuk, lalu tuang susu segar dalam 3/4 cawan gitu. Sudukan ke mulut. Adalah dalam dua suap, lepas tu dok terfikir-fikir nak habiskan ke tidak. Apsal susu ni rasa pelik. Rasa terlalu 'lembu'. Haa gitu. Sumber: ohbulan Senang citer macam susu lembu fresh baru perah gitu lah. Huish kembang tekak akak tak boleh nak telan. Berlalu sahajalah semangkuk cornflakes tu. Anak bujang pun takleh telan, tak sedap katanya. Anak bujang nombor 2, boleh minum tapi tak habis, dia pun rasa pelik. Akak bagitau kat hasben, pelik rasa susu ni. Dia kata, okey je. Okey je? Huhhhhh dia boleh telan la tu. Dan dia pun kata memang ginilah rasa susu fresh ni. Aaaaaa fine. Nampaknya susu tu biaq hasben akak je lah habiskan. We ols tak sanggup wei. Jadi semalam agak tunggang langgang breakfast akak, dan tahu tak effect dia memang sepanjang hari. Well, without power breakf...

Power Breakfast

Pagi ni, akak korek balik buku panduan pemakanan diabetes akak yang dapat masa mengandung dulu. Bukan apa akak nak revise balik cara dan portion makan yang betul, bukan sekadar suku suku separuh je.  Dalam pamflet panduan tu, agak lengkap dan mudah faham untuk akak ikut. Ada keterangan sukatan yang betul dan saiz hidangan yang sesuai untuk orang diabetes tapi yang takde diabetes pun boleh je ikut. Akak tak kata akak ada diabetes tapi risau tu ada juga sebab chances nak dapat memang agak tinggi since masa mengandung tiga orang ni, memang akak ada GDM (gestational diabetes mellitus). Dok rasa letih lesu sangat ni risau jugaklah kot gula darah tinggi ka lagu mana. Berat badan pun naik ni. Hari tu check BP pun agak tinggi 132/90. Jadi elok sangatlah makan dengan cara yang betul bukan ikut nafsu je. Huhu walaupun susah tapi terpaksalah. Sarapan tadi, roti bakar dua keping, sikit garlic spread, keju cheddar sekeping, daun salad sehelai, telur hancur dua biji, kacang panggang. Air, teh hi...

Kurus dan Sihat

Nak turunkan berat badan sikit, masa puasa hari tu nampaknya kurang menjadi. Lagi masa raya memang jangan harap. Akak dah masuk fasa eh nyampah tengok imej sendiri kat cermin, dek kerana lelemak terbonjol sana sini dan its quite annoying sebab baju dan seluar makin mengecil (eh) dan kena beli yang one size bigger. Aduhhhh Sebelum ni takde full body mirror, jadi syok sendiri lah dok ingat badan okey padahal... Sumber: merdeka.com Maka dengan itu, walaupun klise, nak turunkan berat dan fit, kena lah jaga makan especially with the portion, types of food (less oily, fried foods), and most importantly no late night dinner. Buat masa ni, masih juga fail but I try every day. Huhu Exercise pun termasuk eh untuk percepatkan berat turun and to be fit. So far akak hanya mampu terima aerobik, akak follow Teacherobik. Lain-lain akak rasa boring. Kahkah I did my aerobics routine every morning, before the three kenits wake up. Dapat at least 30 minutes, peluh-peluh semua keluar, ...

Kerepek Pisang Mak Cik Gayah

Kerepek pisang yang dibuat sendiri oleh emak kepada kawan serumah, Kak Midi, memang feveret akak. Akak tak tahulah memang pisang dia jenis sedap ke, cara goreng dia ke yang membuatkan kerepek tu marvellous ke atau entahlah apa benda yang membuatkan kerepek tu yummylicious sangat sampai akak teringat-ingat. Yang pasti setelah bertahun-tahun tak dapat rasa kerepek Mak Cik Gayah, tahun ni masa gi hantar kuih raya kat Kak Midi, dapatlah kerepek tu dalam 2 balang. Yay sangat rasa hehe Gitulah kan. Walaupun hanya kerepek, tetap mampu menggembirakan akak. Sebalang tu berdesup sekejap je habis punya ralit makan. Semoga Allah murahkan rezeki Kak Midi dan keluarganya. Semoga akak diberikan rezeki untuk rasa kerepek pisang Mak Cik Gayah lagi.