Skip to main content

Posts

Zizie Ezette Dapat Twin!

Imej: Instagram Zizie Ezette December babies! Baru tengok Fizo update Mawar dah selamat bersalin, Zizie Ezette pun menyusul dengan twin! Sheikh Muszaphar-Dr Halina pun baru dapat twin hari tu. Wahh meriah! Tengok mak-mak selebriti post-bersalin ni, lawa kemain. Akak dulu rasanya kemain selebet. Kahkahkah Penat meneran tak habis lagi kau. Apapun tumpang happy dengan mereka yang dapat baby baru tahun ni dan tahun depan. Rezeki :)

Sambut Hari Jadi Anak

Semalam, meraikan birthday anak sedara dan anak-anak akak sekali, kat rumah mak. Aunties diorang la ni yang arrange, kita follow je. Hehe Biasa, sambut birthday cara kami sederhana saja tapi yang penting semua dapat berkumpul sekali dan makan sama-sama. Selalu buat di rumah aje sebab dengan ada anak-anak kecik ni masing-masing lebih selesa. Kalau masa akak kecik dulu, mak akan masak laksa dan jemput kawan-kawan mai rumah. Itu sajalah sambutannya. Jamu orang makan. Hehe Semalam kami berstimbot. Senang dan sedap makan ramai-ramai. Abah mentua belikan durian. Adik ipar belikan kek birthday. Adik ipar sorang lagi belikan bahan-bahan stimbot. Abang ipar belikan KFC. Birthday semalam meraikan 3 orang - anak sedara sorang dan anak akak 2 orang. Maka syoklah anak-anak dapat hadiah. Dapat beg sekolah dengan kaler, pencil case. Dapat baju baru. Alhamdulillah alhamdulillah. Kita sebenarnya bukanlah nak sambut birthday tu yang utama. Keutamaannya kumpul adik-beradik, anak-anak jumpa sepupu...

Sumbangan Pembinaan Bangunan Sekolah Menengah Islam Puchong

Foto: FB Sekolah Menengah Islam Puchong (Official) Ini adalah entri rayuan sumbangan ikhlas untuk pembinaan bangunan Sekolah Menengah Islam Puchong yang kini masih lagi di peringkat awal. SMIP beralamat di Jalan Jurutera, Kg Seri Aman, Puchong, Selangor. Jika ingin menyumbang, boleh salurkan kepada salah satu akaun bank di bawah. ================================= TERKINI!! Sekitar perkembangan Projek Pembinaan Bangunan Baru SMIP. 18 Disember 2017 Rayuan Sumbangan Ikhlas ke akaun: Bank Islam : 1206 5010 0443 60 Sekolah Menengah Islam Puchong Maybank : 5627 7721 1141 SMIP AL QAMAR RESOURCES " Teruskan menyumbang.. Semoga Allah memberkati para penyumbang & penderma sekalian " Terima kasih. **Sekolah ni dah siap dah pembinaannya dan pelajar dapat belajar dengan selesa. Kalau nak hantar anak belajar di sini, sangat dialu-alukan.

Anak ke Tadika dah Minggu Depan!

Di timeline FB, penuhlah dengan perkongsian mak ayah dengan perbelanjaan anak nak masuk sekolah. Dari keperluan sekolah macam beg, kasut, baju hinggalah ke buku dan yuran. Bukan sikit-sikit belanja untuk seorang anak, berganda kalau anak ramai. Harga sebuah pendidikan untuk anak-anak, generasi pewaris bangsa. Kami yang baru nak daftar anak ke tadika pun dah mula rasa. Itupun umur 6 tahun baru kami masukkan ke tadika. Alhamdulillah juga dapat tadika yang yurannya masih dikategorikan mampu untuk kami. Cuma masa daftar ni jelah, bayaran untuk buku, uniform dan lain-lain. Pengalaman pertama agak mengujakan jugaklah. Dah kena siapkan uniform tadika, tampal lencana, beli beg sekolah dan alat tulis. Setakat ni tengok anak ok aje, minta-minta nanti dah start tadika tu pun dia ok la jugak. Minggu depan akak dah jadi mak yang ada anak sekolah dah. Hehe. Geng la dengan mak-mak yang kena iron baju uniform anak. Haha. Cuma tak payah nak perang kejut anak bangun pagi sebab dia tadika sesi p...

Anak Masuk Sekolah

Dah tiba ke minggu akhir cuti sekolah, mak ayah pun dah start busy uruskan anak kembali ke sekolah. Beli buku, siapkan pakaian, kelengkapan sekolah dan macam-macam lagi. Akak pun tetiba tak terkecuali. Akak hampir lupa anak akak pun nak masuk sekolah. Sekolah tadika. Hahaha Dah daftar dan dah dapat baju uniform tadika dah. Warna hijau. Hehe. Besor sikit almaklumlah anak bujang akak tu selim melim orangnya. Tapi oklah tu. Tinggal nak siapkan barang-barang sekolah sikit. Beg, kasut, alat tulis. Anak akak masuk tadika first time umur 6 tahun. Macam ummi abah dia la. Masa umur 4-5 tahun dia sekolah ummi je. Hihi Harap-harap urusan pertadikaan dia berjalan lancar. Nampak setakat ni, dia excited nak pi tadika. Jangan sampai nanti depan pagar tadika dia buat drama udah le! Mak-mak semua dah siap ke barang sekolah anak? Ke minggu nak shopping?

Nasi Lemak Bungkus

Pagi bersarapan dengan nasi lemak dah memang tak asing dah bagi rakyat Malaysia ni. Akak pun tak terkecuali. Sekarang ni, akak suka nasi lemak bungkus kecil-kecil. Kalau dapat yang dibungkus dengan daun pisang tu memang paling akak suka. Bau dia sedap, harummmmm. Satu masalah nasi lemak bungkus kecil ni, lauk dia selalu tak cukup. Haha. Tak cukup dalam erti kata tekak akak. Pernah jumpa, nasi lemak yang saiz memang kecil, agaknya saiz penumbuk anak akak je hehe, sambal kosong, ikan bilis kacang ada satu sudu teh, telur dadar sekeping nipis. RM1.20 ke RM1.50 dah tak ingat. Ada juga yang complete nasi lemak secawan, sambal, ikan bilis goreng, kacang, telur rebus separuh, timun - harga up sikit RM1.80. Yang lebih kurang camni tapi harga RM1.50 pun ada. Ada juga jenis nasi lemak dengan sambal bilis bawang, telur goreng. Pun boleh je. Macam-macam versi. Yang pasti, penjual nasi lemak pun nak kena fikir kos juga. Santan, kacang, ikan bilis, telur boleh tahan juga harganya. Nak nasi ...

Reda Sakit Pinggang dengan Panaflex

Encik husband sakit-sakit pinggang minggu lepas. Akak, memang sejak beranak pinak sakit pinggang sokmo dah. Hehe. Kurang kalsium dan penuaan mungkin juga ye. Encik husband dok angkat-angkat barang berat semenjak dua menjak ni, kadang tidur atas lantai dengan toto nipis, berasa jugaklah sengal lenguh tak sedap pinggang. Akak dah memang tau dah. Kalau keputusan pil kalsium, lepas tu kurang minum susu, memang senang sakit pinggang. Jadinya nak bagi reda sakit pinggang tu, encik suami beli Panaflex. Macam koyok gaklah. Pelekat berangin nak bagi lega sakit pinggang. Dia pakai sekeping sebelum tidur. Esoknya alhamdulillah kurang sakit dah katanya. Akak pun cuba jugak semalam sebab sengal sungguh rasa pinggang ni. Sebaik saja pelekat tu melekat kat belakang pinggang tu, berdesup berangin terasa aduhh leganya! Dia macam kita sapu minyak panas jugaklah tapi yang ni rasa berangin tu sampai ke esok pun ada lagi. Sedap betul perasaan dia. Haha. Kalau koyok macam sekejap je dah hilang rasa be...