Skip to main content

Posts

Cuti Sekolah

Akhirnya tiba jua ke penghujung tahun, cuti sekolah panjang yang dirindukan budak sekolah. Akak? Takdelah beza sangat pun. Anak belum sekolah. Tumpang aura je. Dulu cuti sekolah macam ni, akak selalu teringin nak pi kem. Apa-apa kem. Kem motivasi ke, kem masuk hutan ke. Tapi ayah bukan minat sangat nak hantar anak pi kem macam tu, maka akak bercuti di rumah saje. Bagi orang yang kerja, syoklah jalan lengang. Pagi-pagi tak kalut and rushing sangat. Kurang jem.

Fattzura Tunang

Haa. Puas hati kan rakyat Malaysia sekalian pasal status Fattah-Fazura. Ekekeke Baru bertunang ye u ols. Bakal menikah. Akak tak tengok pun press conference nye. Kalut kat dapo tadi ha. Update dari adik beradik dengan Fesbuk je. Apapun doakan baik-baik saja untuk depa dua. Semoga jodoh berpanjangan!

Fattah-Fazura Nikah

Kemain kecoh media hiburan, blog-blog dok update kata Fattzura dah menikah. Siap ada pengakuan daripada abang Fazura yang mengaku jadi wali adik dia menikah. Wah. Kalau betul, tahniah. Berbahagialah. Kalau gimik, hmm hampas je. Hahaha Ok jugaklah Fattah ngan Fazura pun. Kalau dah jodoh. Yedok. Mari kita tunggu depa punya press conference.

Hari Anugerah Cemerlang

Oh jadinya sekarang ni, Hari Anugerah Cemerlang sekolah, kalau yang tak dapat apa-apa anugerah tak payah pergi sekolah ye? Maksudnya, murid yang dapat anugerah dan mak bapak dia ajelah ye yang kena hadir? Yang dapat surat jemputan lah kan. Hmmm. Kenapa akak rasa agak errr... kenapa tak diraikan dengan seluruh sekolah? Jadinya yang 'tak berapa pandai' ni, nak mai ke tak mai sekolah ikut suka lah ye. Akak tak tahu rasionalnya dibuat begini jadi akak tak boleh la nak komen. Kot sekolah ada sebab tersendiri. Cuma masa akak sekolah dulu, seingatnya semua murid mai sekolah. Tapi yang dapat anugerah tu beratur la nak terima. Yang tak dapat, berlegar-legar membuang masa dengan kawan-kawan. Kahkahkah. Takde pulak cikgu kata, yang tak dapat surat tak payah datang. In fact mak bapak tak dapat surat apa pun rasanya. Anak-anak je yang bagitahu. Ke akak dah hilang ingatan bab ni? Hahahaha. Murid yang cemerlang diraikan di sekolah dengan cikgu-cikgu dan kawan-kawan aje. Balik rumah tu...

Cara Hilangkan Kesan Kain Terbakar pada Seterika

Pengalaman pertama akak nak hilangkan kain terbakar kat seterika, dan berjaya lalu nak dikongsi dengan satu dunia. Padahal petua ambik kat Youtube je. Hahaha! Takpa takpa takpa. Akak tetap nak kongsi demi kesenangan orang yang memerlukan. Gitu. Kisahnya, akak iron baju cik abang dengan lapik alas kain pelekat je kat bawah. Bawah tu karpet. Tadi masa nak simpan iron, boleh la iron tu tertempek atas karpet, maka dengan panas-panas lagi tu, setepek la karpet kat seluruh permukaan iron gi tu ha. Panik jugak akak sebentar. Cemana ni? Lantas akak google. Banyak je petua! Hahahaha Akak guna kaedah paling senang. Bahan yang perlu: Seterika yang kotor tadi Garam kasar segenggam tangan masing-masing Surat khabar Cara: 1. On kan seterika. Medium heat dah la. 2. Bentangkan surat khabar atas ironing board. Kalau nak buat atas lantai, alas kain dulu baru letak surat khabar. 3. Taburkan garam kasar. Perhatian, guna garam kasar tau sebab lebih mudah nak tanggalkan kotoran tu. Aga...

Pray for Penang

Terkejut dapat berita Penang banjir. Kat kampung akak pulak tu. Tak pernahnya kampung akak tu naik ayaq. Ni kira bencana terburuk dalam tempoh 27 tahun ka depa kata. Memang teruk betui. Kat pulau ngan seberang sama ja teruk. Habih pokok tercabut, feri buleh tersadai, kereta motor habih tenggelam, tanah runtuh. Sampai kerajaan Penang kena mintak tolong askar la mai bantu. Katanya hujan lebat non stop for few hours. Lepas tu masalah perparitan lagi. Mana la tak banjir. Rumah sedara mara akak kira banyak gak lah yang affected. Kesian depa. Nak kemas balik, bersihkan rumah lepas banjir bukan senang oo. Harap pakat bertabah. Dugaan hujung tahun. Baca lagi tentang banjir besar Pulau Pinang di SINI.

Tak Sempurna Tak Apa

Ada orang perlukan pertolongan tapi tak suka ditolong sebab tak sempurna seperti yang dilakukan sendiri. Ada orang tak mampu nak buat sesuatu tapi rasa dia mampu kesudahannya penat sendiri lepas tu mengungkit kerja yang dibuat. Ada orang yang tak perlu pun buat sesuatu kerja tu tapi masih tetap buat dan tak sub pun kerja tu pada orang yang sepatutnya. Dan dia terus-terusan buat sambil merungut. Orang yang sepatutnya take over kerja tu tak tahu pun yang dia sepatutnya uruskan sendiri kerja tu. Ada pulak orang yang tak yakin dengan kerja atau bantuan orang lain. Yang ini, hang penat atau hang merungut, orang tak tau nak komen. Orang nak tolong, tak bagi. Dah tolong, tak kena pula. Begitulah. Kadang-kadang ada orang ada masalah. Tapi dia tak sedar dia bermasalah. Dia anggap tu bukan masalah tapi pada orang lain, ya. Terlalu mahu kesempurnaan, atau langsung tak hairan nak sempurna walaupun sebahagian pun masalah juga. Berdepan individu begini, banyaklah bertabah dan bersabar. Meman...