Skip to main content

Posts

Habis Pantang

Alhamdulillah, habis pantang sudah. Walaupun rasa macam sebelum 44 hari tu dah tak pantang sangat tapi akhirnya survive jugalah. Hehe. Misi kali ni nak berpantang dengan sempurna kurang tercapai jugak. Tough jugaklah bila pantang sendiri ni. Dengan anak dah tiga, memang kelam kelibut hang jadinya! Apapun, alhamdulillah setakat hampir 2 bulan ni baby sihat walafiat. Mudah-mudahan berterusan begitulah. Menyusu pun ok, siap berebut dengan abang. Abang nangis, dia pun sama nangis. Bila dia nangis pun, abangnya pun sama naik. Memang naik jugaklah stres ummi haaaa. Lagi 2 hari dah nak 2017. Moh la kita berazam baru belaka. Kihkihkih

Cerita Pantang Hari ke 38

Aman dan tenangnya rasa bila tiga-tiga askar dah lena. Sebelum tu kemain nak pecah rumah dah gayanya dengan perangai sorang-sorang. Masing-masing buat perangai bila dah ngantuk. Yang sulung tadi nangis-nangis dok kira 1 sampai 10 sebab tu syarat abah dia nak bagi tengok video Ultraman. Dia kira tak betul, dia pulak yang marah-marah. Padahal bukan tak reti tapi agaknya dah lama tak monitor, dia lupa. Hakak pun kalut dengan baby tak sempat nak cara ke situ. Dan lama tak pasang video education. Balik-balik Upin Ipin ngan Oddbods je. Huhuhu. Yang nombor 2, panjat sana sini, rabat katil nak usik adik baby dia tido. Abang dia baring, dia sibuk tarik baju, tarik rambut. Hangin la orang tu dah la mood tak baik sebab gagal kira 1 sampai 10 tadi. Yang ni punya ligat sampai tahap kena wrestling dengan dia ni. Tu lah aktiviti dia sebelum tido. Alih-alih penat, mai cari nenen. Mujur adik baby dah tido. Boleh la dia nenen ngan aman. Yang nombor 3, biasa pukul 9 lebih dia lelap dah sampaiiiii la...

Mak Borek Anak Rintik

Mulut ni! Kadang senang sangat keluar perkataan-perkataan marah kat anak-anak. Masa ada anak sorang dulu, masih boleh kawal. Sesungguhnya kawal amarah, kawal emosi. Sebolehnya tak tunjuk semua tu depan anak. Maklumlah anak kan mesin fotostat, boleh copy semua kata dan perbuatan kita. Sangat berjaga-jaga. Masuk anak yang kedua, makin menipis dah kesabaran dan kawalan emosi tapi dalam fasa terkawal jugak lagi. Tahan je mulut kalau nak terkeluar apa-apa. Masuk yang ketiga ni memang hampir tak boleh nak kawal. Dengan 2 orang anak yang membesar ni, macam-macam kerenah, perangai dan amukan, rasa tak boleh nak kawal kesabaran. Dari mak yang cool jadi mak yang garang. Mak yang senyap kepada yang banyak leter. Ohai, mak beranak tiga sudah berubah karakter. Mula-mula tak perasan juga sampailah yang sulung copy ayat kita bila cakap dengan adiknya. Cara dia bercakap pun macam kita (part marah). Aduhai. Baru lah nak terkena batang hidung sendiri. Kan anak dah copy. Betullah, besar sunggu...

Rumah Sihat vs Anak Sihat

Rumah sihat - rumah yang kemas, bersih, tersusun. Maksudnya bila-bila masa saja boleh terima tetamu ni. Anak sihat - boleh main, aktif, nak makan minum dan 'sepahkan barang'. Istilah rumah sihat tu sebagai kiasan saja ya. Saya cuma nak buat perbandingan antara rumah yang berkemas rapi dan bersih dengan anak-anak yang aktif dan lasak. Faham ke? Ok macam ni. Situasi 1 Rumah kita dah kemas, dah susun semua barang in place, dah bersih dari ruang tamu sampai ke dapur. Lega dan sejukkkk je mata memandang keadaan macam tu kan. Tak semak perut, tak semak mata. Tapi anak kita macam-macam kita larang. Banyak sangat peraturannya. "Jangan panjat meja tu!" "Jangan sepahkan buku. Ummi dah susun" "Sapa suruh sepahkan mainan ni, kan ummi dah simpan dalam bakul" Tu antara ayat-ayat saya kat rumah. Yelah kita dah penat mengemas semua, sekelip mata je pemandangan berubah jadi huru-hara. Hati mak mana yang tak sakit, betul tak? Tapi, kita tak sedar yang b...

Cerita Suri Rumah di Penghujung 2016

Sebagaimana rasa cepatnya berlalu tahun lepas, tahun 2016 juga saya rasa perkara yang sama. Tahun lepas, bersalin dan menyusu. Rupanya tahun ni berulang lagi - mengandung dan bersalin. Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Memang kalut jugak. Baru nak biasa dengan rutin mak anak dua, tetiba kena ubah lagi jadi rutin mak anak tiga. Memang serius penat, dan bila rasa penat gila tu selalu teringat kat mak-mak yang beranak ramai dan rapat-rapat. Lagu manalah depa manage keluarga ye? Saya yang ada tiga ni pun rasa tak termampu, macamana lah yang ada 5, 6, 7 dan ramai lagi tuuu. Sebenarnya boleh saja. Mak-mak ni selalu ada kekuatan luar biasa yang entah mana datangnya. Selain kekuatan tubuh, kekuatan suara pun sama naik jugak. Mana taknya dengan kerenah yang macam-macam tu, saya ni daripada yang boleh kontrol cool sampai tak menahan nak berleter dan suara naik jugaklah. Adui jadi mak singa hari-hari! Tapi macamana pun tak dapat menandingi kepuasan jadi suri rumah, jadi mak yang berada di...

Tenaga Ibu Berpantang

Alhamdulillah hari ini dah hari ke 19, ada lagi baki 25 hari nak kena teruskan pantang. Errr.. kadang-kadang dalam haru biru uruskan rutin baru sebagai mak anak tiga, hampir lupa dah kita ni masih lagi dalam tempoh pantang. Beza banding masa pantang anak sulung dulu, masa tu luka jahit besar. Nak gerak agak payah dan sakit. Lama jugak nak baik luka tu. Yang kedua ketiga ni alhamdulillah luka sikit saja, cepat baik dan hmm memang rasa sihat cepatlah, walaupun pada hakikatnya pantang tetap kena pantang jugak. Tapi itulah, masalahnya bila rasa cepat sihat ni, kita jugak rasa mampu nak buat macam-macam a.k.a kerja rumah dan kerja yang biasa kita buat. Sebenarnya nak kena orang bantu dan kena rehat dan rawat diri (sebenarnya) tapi dengan tuntutan urusan rumah tangga yang lain, memang tak dapat tak, gagahkan jualah buat. Ikut betul-betul, ibu pantang tak boleh angkat barang berat, tak boleh berendam air (mandi lama, basuh pinggan banyak, basuh baju beria) - itu yang paling utama lah. Se...

Berpantang Tak Berapa Tenang

Bila kau sepatutnya fokus pada baby baru, tapi hidup tak tenang dek perlu juga fokus pada anak-anak yang lebih besar yang tahap melasak diorang tu boleh menyebabkan keluar suara harimau - cuba cakap macamana kau nak berpantang tenang?! Ok, ok. Bagi canlah maktang ni buat luahan perasaan sikit. Hoho. Anak sulung, alhamdulillah boleh bawak diri dan boleh dikawal. Boleh juga nak minta tolong yang simple. Anak no dua, lasak kemain. Umur tengah explore everything. Umur memanjat kerusi meja. Umur sepahkan barang. Umur yang mana dia akan buat benda yang kita kata jangan. Saya memang lose temper juga dengan kerenah anak no dua ni tapi mengenangkan umur dia ni memang perangai budak macam tu, kalau kat rumah saya ni, boleh la saya kontrol. Ni kat rumah orang walaupun rumah atok wan dia tetap bukan rumah sendiri kan. Merata ceruk dia masuk main, segala almari nak buka, ketuk almari kaca. Mau tak gugur jantung saya. Dah lah kalau dia dok melasak tu saya tengah menyusu adik baby tu, apa yang s...