Skip to main content

Posts

Campak Keladi atau Alergi?

2 hari ni, tak senang duduk anak bujang yang nombor 2 tu. Serba tak kena. Tido malam terjaga selang 2 jam. Kadang tu susu pun tak mau. Makan pun sikit-sikit aje. Minum air pun sama. Nak menggantung atau nak orang dok dengan dia je. Kalau ngan abah, nak berdukung aje. Memang pelik la. Kitorang buat kesimpulan dia nak tumbuh gigi lagi sebab drooling. Dan nampak macam ada gigi bawah nak keluar. So kitorang suspect dia tak selesa sebab gigi lah. Maka bagilah gripe water. Berkesan la jugak sikit. Dia boleh lena tapi lepas tu clingy and crancky balik. Tak boleh tinggal. Cepat mengamuk asyik nak marah. Selalu tak macam tu. Sampailah petang semalam, eh apa bintik-bintik merah kat perut ni? Then naik lagi bintik kat kaki, sampai ke tangan. Muka takde. Budak ni ruam ke campak ke... tu yang asyik nak mengamuk je. Gatal-gatal agaknya tapi tidakla menggaru sangat. Panas pun tak. Alhamdulillah part tu. Kebetulan mak mentua datang rumah semalam, katanya ni CAMPAK KELADI. Oh pulak. Sudah kalau...

Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina

Nak hargai pasangan, boleh saja buat surprise besar-besaran malahan grand sekalipun kalau mampu. Nak tunjuk sayang kat pasangan, nak bagi hadiah apa sekalipun, bagilah kalau memang ada duit pun. Nak buktikan punya sayang yang amat kat pasangan sebab terima diri masa tak ada apa-apa sampai berada-ada, pun boleh sebagai tanda terima kasih sangat-sangat terima kita seadanya. Tetapi... biarlah pasangan tu yang HALAL untuk kita. Selagi belum halal, apa yang dibuat bukan mengundang pahala tapi sebaliknya. Nak sweet kencing manis pun, masa in a relationship ni sweetnya mana nak sama kalau dah kahwin. Orang bukan nak menghalang atau pertikai tindakan si boifren nak tunjukkan punya sayang to the moon and back kat gelfrennya tapi perkara macam tu boleh bagi contoh yang tak baik kat golongan seusia mereka. Dah tu bertentangan amalan agama pula kalau dah sampai tahap sentuh-sentuhan. Bulan puasa pulak ni, adik kakok... Dan, nak upload apa sekalipun kat media sosial pun bolehhhhhh. Masing-masi...

Kak Hassanah dan Budak Mat Salleh

Sehari dua ini viral kisah #kakhassanah yang berjaya tenangkan sorang budak 'mat salleh' yang meragam kuat dalam flight dengan berselawat di ubun-ubun budak tu. Lepas tu muncul pula parents budak tersebut yang claim tak berlaku pun insiden seperti yang Kak Hassanah ni cerita. Semua ni kat FB lah. Saya bila terbaca posting Kak Hassanah tu, insof jugaklah sebab kadang anak menangis, tak teringat jugak nak buat macam gitu. Kiranya dari satu segi, apa yang nak dikongsi tentang kebaikan selawat tu memang bagus. Tetapi bila dicampur aduk pulak dengan fakta yang tak berapa nak betul, dah tentu la kita sebagai readers ni akan fikir Kak Hassanah tu buat posting yang mereka-reka cerita dan menipu. Yang pentingnya mengaitkan dengan agama. Tu yang orang pertikaikan. Kalau tak didedahkan flight no dan details perjalanan tu rasanya tak jadi masalah pun. Kalau tak silap, memang siap up gambar family 'mat salleh' tu sekali masa posting tu. Tak ke dah mengundang macam-macam perseps...

My Story Cafe Kota Kemuning Shah Alam

Dah lama teringin nak singgah cafe ni. Selalu lalu aje, tak tersinggah. Semalam ada rezeki singgah makan, mujur buka lagi. Kitorang sampai dalam pukul 9.15 malam gitu, takut gak tutup pukul 10 ke, kot makanan dah habis. Tapi tengok kat pintu masuknye tulis OPEN, dan kat dalam kafe pun tengok meriah je dengan customer, so kitorang masuk ajelah. Bila tanya kat kaunter, katanya tutup pukul 11 malam. Sesampai depan pintu masuk, disapa oleh agaknya tuan kedai, jemput kitorang masuk. Oh, kafe ni tokey dia melayu. Milik bumiputera 100%. Kitorang masuk dan duduk. Anak dah nampak ada sudut mainan, terus terpa ke sana je lah. Dengan ada budak-budak lain lagi kat situ, seronok dia main. Cara nak place order kat sini, lepas kita duduk, waiter akan datang bagi menu. Then kita pilih la nak menu apa. Lepas tu pegi kat kaunter, order dan terus bayar. Ala senang cerita macam kita makan kat restoran fast food. Dah bayar, balik ke meja dan tunggu order sampai. Menu yang kitorang order: - Mexicana F...

Hargai Mak Selagi Ada

Memang tajuk clichè, tapi itulah hakikatnya yang kadang-kadang anak terlepas pandang. Mak ni, makin berumur makin sensitif. Makin tersentuh jiwa, makin cepat terasa. Benda kecik pada anak, tapi besar pada mak. Bila dah masuk umur-umur emas ni, mak selalunya nak anak ambik berat je. Duit tu, pandai-pandailah hulur sendiri. Mak memang payah nak mintak walaupun dia perlu. Atau dia jadi tawar hati nak minta walau seringgit dua setelah lalui pengalaman pahit mintak duit kat anak tapi dapat jawapan yang kecewa. Mak ni, kalau tak bercakap, dia rasa sesak dada, pendam. Kalau bercakap, serba salah pulak. Banyak dilema jadi mak ni kan, dek nak jaga hati anak-anak. Tapi... adakah anak-anak jaga hati mak? Saya juga mak. Bezanya anak-anak saya kecik lagi. Masih clingy dengan saya, perlukan saya sepanjang masa. Mak-mak ni kalau rasa anak tak perlukan dia, memang sedih ya amat. Atau hanya cari mak masa nak mintak tolong je - boleh mengundang rasa kecik hati... Hati mak yang menginjak umur tua n...

Program CSV di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang

Pagi ni, bangun awal masing-masing sebab nak ikut husband punya program company, CSV di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. Program macam CSR jugaklah, khidmat masyarakat. Husband excited nak bawak anak-anak sebab ada special appearance oleh Ultraman. Anak yang sulung tu memang peminat tegar, tu yang dia sendiri pun sanggup bangun awal nak ikut. Saya pun taklah tahu menahu sangat pasal program ni, saya pun join husband je. Tapi setakat pengetahuan saya, program ni kiranya inisiatif pihak swasta untuk bantu agensi kerajaan dalam kes ni, bantu hospital kerajaan. Diorang pilih wad kanak-kanak. Biasa lah kan, budak-budak sakit, kalau dapat happykan diorang pun dah cukup best. Yang saya perhatikan dan berdasarkan apa yang diborak dengan husband, pihak company bantu hospital dengan deco bilik permainan dan beri sumbangan permainan/buku kepada wad kanak-kanak tu. Selain tu, ada jugak sumbangan barangan (sponsorship). Dan kedatangan Ultraman tu sebagai menceriakan kanak-kanak. Itu...

Review Makan: Arang Ikan Bakar

Tengah hari tadi, langsung ke Arang Ikan Bakar, kedai makan yang diusahakan oleh kawan kitorang (kawan akak dan suami) setelah sekian lama nak pegi tapi tak pegi-pegi. Sebelum ni ada plan dengan best friend nak pegi tapi ada saja hal yang menghalang dan tertangguh-tangguh tu yang tak sampai-sampai. Tadi dengan spontannya kona pi guna Waze je. Alahai Waze pun nak kata beng*** masa mula tu ingat dah salah tempat dah. Rupanya betul. Haha kedainya ke belakang sikit, tak nampak dari jalan besar. Masa kitorang sampai, tak ramai sangat orang lagi, jadi senang nak parking dan nak makan pun senang dan selesa. Cari meja yang dekat dengan kipas, nasib baik tak terbang tudung. Hahahaha. Lokasi kedai berhampiran Seksyen 7. Dekat dengan area Pharmaniaga dan Tamco. Kalau yang familiar dengan area ni, haa kedai ni dekat dengan bengkel-bengkel kereta yang ada lori-lori kecik jual cendol dan laksa petang-petang tu. Haa area kedai yang bertentangan tu lah. Deret belakang. Kedai lot tepi. Refer alamat ...