12.1.25

Sesi Fisioterapi di URTC (USIM-PNB Rehabilitation & Therapy Centre), Nilai, Negeri Sembilan

Akak dok lenguh-lenguh lengan dan kaki, kadang-kadang tu ada rasa semut-semut dan tak selesa. Nak pergi berurut tapi nak cuba fisio dululah takut ada underlying problems ke apa ke.




Buat appointment kat URTC, alhamdulillah ada slot kosong masa yang Akak nak pergi tu.

Pusat fisio USIM ni baru lagi buka. Katanya start bulan 9, dan fully operate bulan 12 hari tu. Setakat ni hanya ada sorang therapist dan sorang physiotherapist (sorang lelaki/sorang perempuan kalau tak salah). Akak saja cuba sebab biasa bawa mak follow up check up klinik pakar sini.

Lega dapat tahu apa benda masalahnya walaupun sengal-sengal tu masih rasa lagi dek kena urut kat tempat yang memang sakit kan. Urat bersimpul, saraf tersepit katanya. Itu yang menjalar-jalar ke bahagian badan yang berdekatan dan rasa cepat lenguh dan berat.

Kalau nak menulis atau menaip lama, lagilah kalau masak (goreng bihun/nasi) mak ai lenguh gila lepas tu. Ni lepas fisio, lega sikit cuma kat part kena tekan tu masih rasa lagilah senaknya :D

1 sesi dalam 45 min - 1 jam. Lepas dah selesai, physioteraphist Sara (yang attend Akak) ajar few stretching workouts untuk improve otot yang keras tu. 

Sebenarnya Akak ni kurang stretching, jadi otot dan saraf agak keras (stiff) dan kurang fleksibel. Itu yang salah gerak sikit mulalah sengal, terpeleot dan sakit.

Dia nasihatkan buat stretching kerap sikit untuk tambah muscle flexibility.

Hari tu lepas dah urut, Sara buat ultrasound therapy sekali untuk kurangkan inflammation. Kalau nak buat dry needling pun ada. Method lain pun ada, depend on kita punya condition.

Kat sini, kalau nak buat terapi lain pun boleh. Dan ada pakej jugak, 3 sesi, 6 sesi dan 10 sesi kot (Akak tak ingat). Pilih pakej, harga rawatan untuk 1 sesi jadi murah sikit lah.

Occupational therapy, speech, auditory services - boleh set appointment je.


Untuk fisioterapi, ada servis-servis ni jugak. 
  • Musculoskeletal
  • Neurology
  • Sports Injury
  • Electrotherapy
  • Women's Health
  • Dry Needling
  • Post-operation
  • Cardiac Rehab
Kalau nak cuba mana-mana servis, boleh je ke pusat terapi ni:

USIM-PNB Rehabilitation & Therapy Centre (URTC)
Lot 190, Jalan Nilai Square 5,
Nilai Square Commercial Centre,
71800 Nilai, Negeri Sembilan

Waktu operasi: 
Isnin-Jumaat (8.30 am - 5.30 pm)
Sabtu (by appointment)

Instagram : @urtcofficial
TikTok: @usimhealthcare



11.1.25

Review Filem: Architecture of Love (Indonesia)

Review Filem: Architecture of Love (Indonesia)




Tertarik nak tonton sebab Rangga. Watak River Jusuf ni pun ala² Rangga jugak pun tapi last² dia macam bijak la sikit. Haha. Heroinnya Putri Marino (Raia).

Filem ni adaptasi novel - tajuk yang sama, ditulis oleh Ika Natassa (2016).

Dua² hero dan heroin lari jauh ke US merawat luka. Masing² cari ilham di tempat yang jauh dari punca luka derita, dengan harapan dapat lupakan atau sekurang²nya dapat semangat baru.

Sorang arkitek, jalan² kota sambil buat sketches. Sorang penulis novel, berusaha untuk atasi writers block untuk selesaikan manuskrip terbaru.

Kadang² bukan pasal tempat sahaja bagi ilham. Orang yang kita jumpa pun boleh jadi ilham jugak.

Dalam filem ni bukan setakat dapat tau sejarah bangunan di New York, tapi jugak macam mana nak tangani emosi bila kehilangan orang tersayang tiba², apabila cinta ditolak, macam mana nak mula hubungan baru, macam mana nak hormat perasaan orang lain.

Ceritanya best cuma part intim tu lah agak tak kena pada Akak, sebab dalam filem ni tunjuk keluarga River tu Muslim (ada scene solat berjemaah) tapi River dengan heroin tu ada scene yang tak sesuai la pulak.

Part berhubungan tu nampak ada kematangan sikit sebab masing-masing pernah berkahwin dan berpisah. Pernah sayang, pernah kecewa, pernah terluka. Salahkan diri, rasa bersalah. Tapi itulah, kadang-kadang ditakdirkan berhubungan lagi tapi lebih hati-hati untuk jaga perasaan masing-masing. Apapun, kalau dah jodoh tak ke mana. Pusing-pusing bertemu juga.

Yang generasi Apa Ada dengan Cinta, bolehlah layan Rangga versi matang sikit dalam filem ni.

Apapun Akak suka watak Raia. Cool, steady, sempoi.

Boleh tengok kat Netflix.


Review Drama: While You Are Sleeping (Korea)



Review Drama: While We Were Sleeping (Korea)

Apa perasaan kita kalau ada kelebihan (atau keburukan?) untuk nampak perkara yang berlaku pada masa depan?

Stres sebenarnya memikirkan - antara nak bertindak untuk mengelak musibah yang dipertonton dalam mimpi tu atau biarkan saja. Tapi dalam drama ni, happy endinglah. Bila mana insiden kemalangan, pembunuhan dapat dielak sebelum berlaku.

Kisah pasal seorang wartawan (Nam Hong-ju) dan prosecutor (Jeong Jae-chan) dan anggota polis (Han U-tak) yang selalu mimpi benda yang melibatkan satu sama lain dan orang yang terdekat dengan mereka.

Kita dapat belajar macam mana wartawan jenayah lapor berita - sama ada ikut bos, pendapat awam atau pendapat peribadi. Betapa powerful berita yang wartawan atau stesen tv laporkan tak kiralah betul atau salah yang akan mempengaruhi pendapat orang awam.

Prosecutor kadang² kena kerja lebih daripada biasa bila melibatkan kes rumit dan berprofil tinggi.

Juga lawyer (Lee Yu-beom) yang licik, pandai ambik kesempatan dan mementingkan diri. Kalau lawyer sendiri korup, siapa yang akan percaya? Dan kesudahannya perangai terkutuk tu menjerat diri sendiri. Begitu jugak orang yang jahat tapi nak dibuktikan betul akan cari lawyer yang perangai macam dia jugak.

Akak enjoy cerita ni, tengok di Netflix.

Selain kata² memujuk hati dan merawat jiwa setelah kehilangan orang tersayang. Juga bila orang yang terdekat/tersayang cedera mental dan emosi - macam mana nak provide support dan menenangkan.

Drama Korea kan banyak fokus untuk kesihatan mental dan sokongan emosi. Jadi penonton pun dapat juga belajar macam mana nak react kalau berada dalam situasi yang sama.

Rating: 4.5/5


10.1.25

Kisah Peguam Wanita Zaman Joseon: The Tale of Lady Ok

Hari tu terpengaruh baca di group K-Drama yang kata drama The Tale of Lady Ok ni harus tonton.

Sebagai orang yang mudah terpengaruh, Akak pun start tengok dan tak perasan rupanya drama ni ongoing, bukan dah complete the whole episode. Akak ni dahler jenis tak tahan sabar hehe. Kitonyo suko tengok bersambung-sambung marathon!

Tapi sebab dah best, sabar je lah tunggu episod baru setiap Sabtu dan Ahad.

Setakat ni dah separuh ditayangkan dan betul... memang BEST GILA!



Kredit poster: Wikipedia


Akak memang suka cerita Korea yang latar Joseon (zaman dulu-dulu) macam ni. Tapi yang lagi menarik drama ni banyak nau plot twist, memang tak jangka langsung. Itu yang membuatkan kita tertunggu-tunggu next episode tu!

Kisahnya, Goo-deok, seorang hamba perempuan dalam sebuah keluarga yang taklah ternama sangat tapi berlagak nak mampuiiiiii. Anak perempuan tuan rumah tu punyalah eksyen, bongkak, dibuatnya Goo-deok macam tak ada nilai langsung. Hamba itulah yang buat segala-gala benda untuk dia, diperintah-perintah aje. Tapi Goo-deok ni cerdik budaknya. Cuma itulah dah takdirnya dia dan ayah dia jadi hamba kat keluarga tu jadi terpaksalah ikut je apa yang disuruh.

Dalam masa yang sama, Goo-deok cari jalan untuk kumpul duit. Dia nak lari dengan ayah dia, keluar dari rumah tu, supaya dapat hidup bebas dan tak dihina sesuka hati oleh tuan rumah tu. Sambil-sambil dia jual kacang (dia menyamar pakai baju lelaki) dia terjumpa seorang anak orang bangsawan, Seong Seo-in. Udah bersembang-sembang, si Seo-in tu terjatuh hati dengan dia pulak walaupun tahu dia tu hamba. Lepas tu nak jadi cerita, rupanya Seo-in dijodohkan dengan anak perempuan tuan rumah Goo-deok kerja tu. Alamak...

Tapi last last tak jadi kawin pun sebab Seo-in tu mengaku dia suka orang lain dan tak mau pun kawin. Benganglah anak perempuan tu ha dan tuduh Goo-deok puncanya sebab terkantoi Goo-deok ada kat bilik belakang rumah Seo-in, padahal tak ada apa-apa pun, depa jumpa atas urusan lain sebab Goo-deok tahu diorang pun tak sekufu kalau nak berkawan-kawan. 

Akhirnya Goo-deok tu berjaya lari dengan ayah dia dan jenuh menyorok daripada orang-orang tuan rumah tu. Sampailah ke pelosok mana entah, depa tumpang tidur kat inn. Dia bangun pagi dia tengok ayah dia dah tak ada. Mulalah dia hidup sendiri. Tuan inn tu bagi kerja kat situ.

Satu hari ada satu rombongan singgah kat inn tu. Ada sorang perempuan nama Ok Tae-young baik orangnya, minat sangat nak berkawan dengan Goo-deok. Pada malam sebelum Ok Tae-young nak berangkat balik, inn tu diserang dan terbakar.

Ok Tae-young mati dan mula dari situlah Goo-deok guna identiti Ok-Tae-young. Dia pun tak nak tapi ada banyak hal yang menyebabkan dia terpaksa teruskan menyamar jadi Lady Ok. 





Lady Ok adalah seorang legal advocate (macam peguam). Jadi tau ler punya banyak orang yang tak puas hati dengan dia sebab dia tegakkan kebenaran dan membela orang yang benar.

Paling kesian, dia terpaksa kawin dengan orang yang bermuka sama dengan Seong Seo-in (yang suka dia dulu tu) tapi malangnya Soong Yun-gyeom (suami dia) menghilangkan diri selepas diburu. Tinggallah dia jaga adik ipar yang masih kecil selepas bapa mentua dia mati.

Kadang-kadang, orang yang buat baik ni orang jahat sentiasa dendam. Ada saja orang jahat cari jalan nak jatuhkan, nak malukan dan buat khianat. Dan...

kalau kita berniat baik dan tolong orang tanpa kira kasta, kebaikan tu akan kembali kat kita juga masa kita susah. Itulah yang berlaku masa Goo-deok kena aniaya. Orang-orang susah dan hamba yang dia tolong semua tolong dia balik.

Dan satu lagi, hamba ke tuan ke, kita tak ada hak nak hina orang sesuka hati. Kena ada hormat walaupun tu orang suruhan ke apa ke. Ni buat hamba tu macam binatang je. 

Cerita ni memperkasa wanita (Lady Ok) yang memang hati kering dan kental lawan je sesiapa yangg buat pasal dengan dia. Janji dia ada bukti. Dan dia pun pandai berhujah sebab dia tahu banyak undang-undang dan hukuman. 

Korang kalau nak tengok, ada di Netflix dan Viu. 



19.11.24

Resipi Sihat: Ayam Kukus Simple Guna Steamer Rice Cooker Je

Dari segi rupa tu, tak berapa nak win sangatlah. Hambar je sebab cili padi hijau dah hilang warna. Daun ketumbar takde, cili merah Akak malas nak potong kehkeh




Tapi oklah rasanya, bolehlah dengan tekak akak. Sendiri buat nak makan kan.

Alkisah, semalam gas habis. Tak sempat nak pegi beli tong gas lagi, jadi kita manfaatkan gajet dapur yang ada to the max lah.

Akak guna rice cooker yang ada ada steam tray (dulang kukus). Sambil masak nasi, boleh siap lauk sekali. Macam mana?

Dalam periuk nasi, masak nasi macam biasa. Kat atas periuk tu, letaklah steam tray. Lepas tu Akak letak mangkuk besi yang diisi dengan ayam perap. Tutup periuk. Sekali jalan siap nasi dan ayam kukus simple.

Periuk jenis ni bagusnya takde kita nak guna banyak periuk. Bertambah senang lagi-lagi waktu takde gas macam Akak ni.


Periuk silver dan pink tu, penutup besi. Periuk putih tu penutup kaca. Pilih betul-betul nak yang mana sebelum beli tau.

Ada juga periuk nasi yang jenis steamer tu letak kat atas, macam ni.

Ok berbalik kepada ayam kukus simple --

Ayam tu akak perap kejap dengan sos tiram, serbuk bawang putih, hirisan halia, garam secubit, cili padi hiris, serai sebatang diketuk. 

Letak air juga sikitttt je buat kuah. Akak titiskan sikit minyak bijan jugak bagi wangi.

Dah masuk beras, letak steamer, letak ayam, tutup. Tekan On. Biar masak jelah. Selesai!

Yayyy berjaya buat menu sihat. Sedap betul makan panas-panas dengan nasi. Sejenis kalau tak makan nasi rasa macam 'tak makan' - tetaplah nasi juga walau hanya sesenduk hehe

Ada lebihan lauk, akak buat lauk sahur esoknya. Alhamdulillah.




Like dan Follow Facebook Kak Zek

Resipi Sihat: Ayam Bakar Juicy Guna Air Fryer


Inilah dia menu malas tapi nak makan sedap!



Ayam bakar mayonis inspirasi Khairulaming yang meletop tu.
Memang habis simple dah menu ni. Bahan-bahan pun boleh kira dengan jari je.

4 bahan je korang:
Ayam
Mayonis Kewpie Roasted Sesame
Sos tiram
Serbuk lada hitam

Cara masak:
Bakar dalam air fryer sampai masak, ikutlah setting af masing-masing. Akak masak 200'C, 15 min + 10 min + 10 min + 5 min.
Akak dok balik-balikkan ayam tu sebab ingat tak masak 😄 padahal sebenarnya ayam tu dah masak dan juicy gilaaaa
Tip paling sedap kan, korang kena guna part chicken chop (paha yang dah dibuang tulang) ataupun whole leg tau. Sebab bahagian ni isi dia lembut. Diperap pulak dengan mayonis yang dah ada rasa bijan tu, ngam sangaat tak payah tambah perasa lain dah.

Mayo perasa lain, Akak tak sure rasa macamana tapi yang pasti memang paling kebaboom Roasted Sesame lah. Letak lebih sikit pun takpa, ayam tu taklah terlalu kering masa kita bakar. Yang lebih tu jadi kuah.

Nak perap siap-siap simpan dalam peti sejuk pun boleh. Nak masak, defrost je. Nak botol kecik ke, botol besar ke, dalam peket ke (kalau buat banyak atau meniaga), BOLEH TENGOK SINI.

Ini kan, makan dia ni je pun dah kenyang.

Akak tak buat sos apa-apa pun. Itu jelah. Kalau nak sos bolehlah sos lada hitam ke sos cili ke.
Laku anak-anak makan. Dengan daun salad, tomato ceri semua habis licin!

Kalau yang nak diet pun boleh cuba ni.
Alhamdulillah.




Like dan Follow >> Facebook Kak Zek

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Bekal Mak Tak Rajin

Teks & Foto : Kak Zek

"Kau bawa bekal apa hari ni? Tengokkkk!" Tanya kawan anak nombor 1.
"Mak kau chef ye? Semua bekal kau sedaplah." Tanya kawan anak nombor 2.



Sejak anak komplen kantin sekolah jual makanan sikit tapi mahal, ada hari beli burger tapi dapatnya roti bun aje, nasi/ayam basi atau berbau -- maka akak akan usahakan juga sediakan bekal biarpun terpaling simple asal ada.
Paling kurang akak pernah bekalkan nuget sorang 4 ketul je sebab itu je yang sempat dan ada kat dapur.
Bukan apa, kesian. Masa rehat mesti lapar gila.

Akak taklah rajin sangat jugak nak siapkan bekal diorang pagi-pagi ni, tapi gagahkan jugalah mana yang terdaya.
Sorang anak tu, memilih nak beli kat kantin. Pun antara punca akak semangat buat bekal juga. Asyik-asyik dia beli roti sosej, burger, nuget. Kalau habis, memang tak beli apa-apa. Mi goreng atau kuetiau adalah sesekali dia beli. Dia sebenarnya tak suka sesak-sesak kat kantin. Itu yang dia ambik je apa yang dia nampak depan mata. Kadang bagi duit pun dia tak beli apa-apa sebab dia kata tak selera. Dia minum air je katanya.

Masa balik sekolah, memang perut kosonglah masuk angin. Dah lapar sangat, makan banyak kadang-kadang muntah balik. Itu yang Akak selit juga apa-apa walaupun biskut. Biar beralas sikit perutnya.
Akak buat bekal tak cantik-cantik pun. Tak kuasa dek kelam kabut pagi-pagi. Haha. Boleh snap gambar pun dah kira bagus dah!

Mak-mak yang rajin buat bento, hias cantik-cantik memang Akak kagumlah effort diorang. Akak serius tak mampu sebab rasa renyah haha.
Kadang-kadang malam tu lagi anak dah tanya esok bekal apa. Kadang akak pulak tanya diorang nak apa. Kadang tu ah korang bawak jelah apa yang ada.

Ada lebih, kongsi dengan kawan-kawan. Diorang kata kawan suka nak menumpang sama. Biasalah, ada yang maknya tak sempat nak siapkan bekal pun, ada yang nak singgah beli pun mungkin tak sempat juga. Belanja kat kantin sekolahlah, mudah. Tapi gitulah, bila tengok bekal kawan, terliur juga nak rasa. Jadi Akak memang biasa letak lebih, boleh makan sama-sama.
Gitulah. Harapan Akak, anak-anak kenyang, cukup zat, sihat bertenaga, mudah belajar. Insya-Allah.


Like dan Follow Facebook >> Kak Zek

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Zaman sekarang ni, kalau nak buat bisnes memang sedikit mencabar...
Persaingan terlalu sengit.

Nak buat dropship, untung kecil sangat. Lepas tu terpaksa pula bersaing dengan dropship-dropship lain yang turut jual produk yang sama!

Nak jadi founder, macam best juga! Boleh buat produk sendiri yang unik dan kurang pesaing. Tapi... kena ada modal besar pula!

Kalaulah boleh buat produk sendiri yang unik dengan kos serta modal yang rendah.. kan best!

Sebenarnya.. memang ada pun!

Ini dia satu bisnes yang rare, yang tak banyak lagi persaingan!

Modal untuk start, rendah je, kurang dari RM500!

Paling best, boleh juga mulakan dari rumah secara part-time!

Nak tahu lebih lanjut tentang bisnes sabun?

Boleh tengok infonya >> DI SINI <<




Bye 2025, Hai 2026!

Syukur direzekikan jumpa lagi tahun baharu, Allah bagi peluang untuk jadi lebih baik dan baiki diri. Kredit: FB Introvert Hari pertama tahun...

Popular Post