30.7.24

Review KDrama : The Whirlwind (2024)

Sepanjang tengok drama ni, kalau tak tahan mulut, rasa nak maki mencar** je.

Geram wei!

Orang yang kita nampak baik, imej baik, cakap baik depan masyarakat, di sebaliknya tersimpan hati yang sangat busuk dan hitammmmmmm

Asal hidup ko terlepas, lantaklah dengan apa cara sekalipun, peras dan guna segala kuasa dan duit yang ko ada - JANJI TAK DIHUKUM.

Drama The Whirlwind ni, nak kata perebutan kuasa boleh juga la kot. Antara Presiden dengan PM. Sorang (yang lelaki, Presiden) dengan visi nak bersihkan politik Korea yang tercemar dengan macam-macam isu dan konflik sampai bunuh-bunuh. Sorang lagi (yang perempuan, PM) cuba sedaya upaya lindung konglomerat yang dok bagi duit dan sembunyikan kegiatan jahat dia dan suami sampai suami dia bunuh diri sebab tak sanggup nak hadap dah.

Presiden, Park Dong-ho, berusaha sungguh-sungguh jadi Presiden sebab dia nak kuasa. Dengan kuasa tertinggi tu dia mampu kawal orang-orang bawahan yang korup. Tapi sangat tak senang ye. Mujur ada orang kanan dia yang cerdik, percaya dan support perjuangan dia. In fact, dia nak dapat kuasa tu pun main kotor juga, mengancam nyawa dia juga tapi lepas cuba cara elok tak pernah menjadi.

Masa Park jadi PM, dia cuba bunuh Presiden, Jang Il-jun sebab Presiden nampaknya dah tersasar daripada matlamat asal depa nak kuasa - NAK BANTERAS RASUAH. Dia cuba hapuskan Presiden Jang, tapi end up tak mati cuma koma. Dia jadi Pemangku Presiden. Sempat guna kuasa dia untuk bawa orang-orang yang jadi barah dalam kerajaan ke mahkamah.

Tapi tak lama, the real villain, yang perempuan, Jeong Su-jin, Timbalan Perdana Menteri. Banyak skandal rasuah, hubungan dengan konglomerat yang sogok duit dan bagi projek kat company suami dia. Dan rupanya, suami dia pun banyak suap ahli politik lain juga. So laki bini memang terlibat.

Jeong ni nampak macam baik tapi sebaliknya yang penting, lepas tengkuk dia jelah. 

Elok Presiden Jung tu nak sedar masa koma, dia yang pi bunuh pulak. Sebab nanti akan mengancam kerjaya politik dia dan nak balas dendam kat Park. Dia bunuh diam-diam supaya orang tuduh Park yang  bunuh, so Park kena pecat dan dia boleh up jadi Presiden pulak, yang paling berkuasa.

Huu cerita ni buat kita pikir yang sebaik-baik manusia pun bila dah terlibat dalam politik ni kena kental betul kalau nak buat kerja betul dan bersih. Cabarannya hebat sangat-sangat. Bila orang offer itu ini, orang janjikan itu ini - tak kuat iman, memang ke laut mudah-mudah ja.

Satu lagi, apa benda pun nak kena ada sikit syak wasangka. Kena ada bukti - rakaman audio, video. Saksi hidup kadang boleh pakai kadang tak. Menipu nak lepaskan diri atau dibayar/diugut.

Agaknya politik kat negara mana pun sama je. Pandai cakap, nak kuasa, buat apa saja Plan A sampai Z dok ada standby asalkan matlamat  tercapai.

Dan kadang-kadang apa yang kita tengok dan baca bukanlah perkara sebenar yang berlaku. Hati-hati dengan bahaya fitnah.

Akhirnya drama ni, Park korbankan diri sendiri supaya akhirnya Jeong masuk 'dalam' juga. Sampai macam tu sekali.



Akak tak berkenan sangat ending Park mati tapi keseluruhan cerita memang best. Plot twist, jalan cerita memang layan walaupun temanya berat.

Kita tengok cara politik Korea pun lebih kurang macam politik Malaysia jugalah. Tapi ada ke produser Malaysia mampu atau sanggup nak buat drama macam ni? 

Akak bagi 4.5/5 ⭐

Drama: The Whirlwind 
Tahun: 2024
OTT Media Service: Netflix


Like dan Follow Facebook Journey of Something

Siapa Suka Buah Ini?


Korang suka tak limau bali?

Akak sukaaaaaa!

Antara buah feveret Akak. Kalau di Aeon, memang biasanya beli. Akak sorang je makan. Anak-anak tak layannye. Pahit diorang kata 😄

Memanglah mula-mula manis manis masam, after taste dia pahit pahit kelat. Tu yang Akak suka, unik rasa dia.

Limau bali pun ada macam-macam jenis. Red Ruby la, Siam la apa entah lagi. Beza sikit je dari segi masamnya tu.


Biasanya buat salad atau kerabu, sesuai dan sedap sangat. Akak makan gitu je. Takpun cecah serbuk asam. Memang layan.

Kalau tengah diet, pun elok ni makan sebagai snek selain dibuat salad atau kerabu.



Like dan Follow Facebook Journey of Something untuk lebih update makan-makan dan masak-masak! 💖

29.7.24

Ayam Goreng Jugak yang Laku!

Ayam goreng paling laku kat rumah ni. Jadi kalau Akak buntu nak masak apa, memang menu nilah akhirnya sebab anak-anak dan bapaknya memang tak tolak punya 😁

Biasanya macam-macam style Akak perap ayam untuk goreng.

Ikut mood.

Ada hari, salut tepung segera.
Ada hari, goreng garam kunyit je.
Ada hari, perap dengan kiub halia, bawang cencang, serbuk kari, daun kari.
Ada hari lain, goreng garing dengan bawang putih banyak-banyak.


Lepas tu gandingkanlah dengan satu menu kuah.

Sup sayur ke, singgang ke, gulai ke.

Kadang-kadang makan dengan sambal dan ulam je. Lagi senang keje Akak. Hihi

Anak-anak tu kadang meratah je ayam, mana maunya nasi. Memang lajulah kalau ayam goreng ni. Apapun, selagi diorang nak makan, Akak masak je...




Like dan Follow Facebook Journey of Something untuk macam-macam lagi update tentang masak-masak! 💖

28.7.24

Menu Sihat: Ayam Bakar Rosemary & Ayam Kukus Kicap Halia

Sebenarnya nak buat menu sihat ni senang je. Biasanya tak guna banyak bahan pun. Dan tempoh masak pun sekejap je. Senang dan jimat masa.

Ni pertama kali Akak cuba masak Ayam Bakar Rosemary. Tengok resipi dalam majalah lama. Majalah Rasa tahun 2017. Hehe. Ringkas je dan semua bahan pun ada kat rumah. Bolehlah cuba kot-kot sedap.

Ayam Bakar Rosemary

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam, dipotong dua
2 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 sb serbuk kunyit*
1 sk garam*
1 sk lada hitam tumbuk
1 sk herba rosemary kering
1 sb madu


Cara masak:
1. Kisar bahan bertanda (*).
2. Lumur bahan kisar pada ayam dan perap kejap.
3. Panaskan air fryer suhu 180'C selama 5 minit. Lapikkan basket dengan kertas alas/aluminium foil.
4. Letakkan ayam dalam basket dan tabur lada hitam, rosemary dan madu.
5. Bakar selama 15-20 minit (bergantung kepada air fryer masing-masing).
6.  Terbalikkan ayam dan boleh tabur sikit lagi lada hitam, rosemary dan madu.
7. Boleh sapu sikit butter dan bakar lagi dalam 10-15 minit supaya dua-dua belah masak.



Versi ayam bakar Akak. Terlebih garing sikit.

Boleh makan dengan sos black pepper atau sos cili. Bahagian isi tu, kalau carik-carikkan, boleh buat inti sandwich, kebab atau wrap. Sedap sangat.

Satu lagi versi, kukus.

Ayam Kukus Kicap Halia

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
1 inci halia, hiris
3 bawang putih, cencang
1-2 sb kicap lemak manis
1 sk kicap cair
1 sk molasses/gula perang
Minyak bijan sikit
Lada sulah sikit
Cili padi (kalau suka)

Cara masak:
1. Panaskan air periuk kukus. Dah mendidih, masukkan ayam dengan hirisan halia.
2. Bancuh kicap, bawang putih, lada sulah.
3. Buka penutup periuk kukus, tuang sos kicap ke seluruh ayam. Tabur cili padi.
4. Sambung kukus dalam 5-10 minit lagi.
5. Boleh hidang panas-panas. Kalau suka, boleh tabur daun bawang. Lagi sedap dan wangi.




Selamat mencuba!


Like dan Follow Facebook Journey of Something untuk lebih banyak tips 💖

Follow IG journeykuruskakzek untuk pelbagai menu sihat.

11.6.24

Kisah Teh O Kosong

"Kenapa takde gula ni, takde la khasiat," komen pak cik kedai makan masa hantar air ke meja.

"Takpe cik, yang ni lagi sihatttt!" balas Akak sambil teruskan hirup sup soto ayam.

Sebenarnya lepas beberapa lama baru Akak boleh terima rasa teh O kosong yakni teh O tanpa gula.


Teh o kosong



Mula-mula memanglah susah. Pahit, pedar, tawar tapi paksakan diri terima sebagai usaha kurangkan gula dalam minuman.

Sekarang alhamdulillah dah okey. Rasa lagi sedap dan puas pula. Terasa originality teh tu. Akak suka kalau teh O tu nak nipis nipis je. Kalau pekat, minum masa cirit-birit je dah la. Haha

Satu lagi yang sedap, korang boleh cuba teh hijau. Original kosong je tau. Bukan tambah susu atau buat matcha latte ke apa. 

Kot nak cuba teh tanpa gula, boleh start dengan teh hijau kosong dulu.

Sekarang dah banyak brand yang sedap. 

Antaranya Hapada, Boh. 

Cer cuba. Bagus gak untuk kawal berat badan.

#journeykurus


Like dan Follow Facebook: Journey of Something

9.6.24

Bihun Sup Tulang Utara Style Resipi Che Nom

Akak masa mula kerja di Lembah Klang ni, rindu sungguh bihun sup utara tapi tak jumpa orang jual. Yang ada kat sini, bihun sup yang bihunnya putih, topping isi ayam carik, bergedil, sup dan sambal kicap. 

Sedangkan Akak membesar dengan bihun sup kuning, topping daging dan lobak masin, sup dan sambal merah.

Dah lama kerja, baru nampak ada orang jual. Legaaa. Lepas kempunan.

Tapi sekarang Akak dah pandai masak sendiri daaaahhhh... tengok je resipi Che Nom. Insya Allah sedap dan menjadi.


Sup style utara berempah sikit. Sebab tu kuahnya macam keruh ke kelabu sikit sebab dimasukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan.


Patut ada sambal merah, lagiiii sedap tapi Akak malas buat. Lobak tu pulak cari yang masin takde, ada lobak manis hancur je. Tak ngam betul. Huhu. Gini pun bertambah Akak makan. Hish bahayaaaa!

Hari tu FIL ada cakap dia teringin sup tulang. Tapi time dia minta tu, kat rumah dah masak lauk-lauk lain. Jadi, sebelum kitorang balik, belikan siap-siap tulang untuk MIL masak bila-bila FIL teringin.

MIL tak berani nak guna PC kat rumah tu walaupun FIL memang belikan untuk dia. Jadi biasanya Akak atau adik-adik iparlah yang guna. Rebus daging, tulang, kaki ayam. 

Ini Akak dah rebuskan siap-siap tulang tu. Adalah dalam 2 kg. Akak pek dalam plastik kecik dapatlah dalam 4 bungkus. So bila-bila MIL nak masak, boleh keluarkan satu satu.



Tulang dah siap rebus camni, tinggal nak buatkan sup aje. Rebus air, masukkan je tulang ni. Tak payah lama sangat nak tunggu empuk sebab dah siap rebus dah. Masuk je kentang, seleri, carrot. 

Tumis 4 sekawan, bawang putih, bawang merah, halia, bunjut sup tulang, curah masuk ke dalam sup tadi (tumis darat).

Perasakan dengan garam dan lada sulah. Dah siap. Nak makan, tabur je daun sup dan bawang goreng. Kalau FIL Akak, suka makan dengan nasi putih dan sambal kicap Jawa. Berpeluh!



Like dan Follow Facebook: https://www.facebook.com/journeyofsomething23

3.5.24

Filem Doh: Kenangan yang Menghidupkan

Alkisahnya tertengok filem ni sebab husband pasang di TV. Akak ni mati-mati ingat channel TV Hijrah tayang filem ni. Haha lawakkkkk

Tekan-tekan remote tv tak jadi apa. Tak gerak langsung sebab nak tengok info. Rupanya salah remote daaa. Husband pi buka Netflix lepas tu dia biarkan je. 

Tertarik nak tengok sebab of course filem masak-masak, Akak is loveeeeee! Ada Syafiq Kyle pulak tu, yang biasanya Akak tengok dia berlakon aksi je ataupun drama-drama bikin romantis yang Akak taklah minat sangat. Itu yangjadi stuck kat filem ni.

Filem Doh baru je release kat Netflix. Sebelum ni tayang di Tonton, September 2023. 

Tajuk pun 'doh', jadi kita boleh agaklah filem ni pasal roti atau kuih-muih.




Ada gaya kan Capik jadi tukang roti? Ahahaa

Watak dia dalam ni santai-santai je tapi syok. Lain daripada watak yang dia selalu bawa.




Korang nak baca info dan sinopsis filem Doh, kat SINI je. Tak payah Akak nak tulis lagi dah. Ngeee

Cuma Akak nak share yang Akak memang enjoy tengok. Dia macam ada vibe filem Mamat Khalid, stail shooting, lokasi pun kat Ipoh jugak. Lagi ada bangunan kedai lama-lama tu. In fact kisahnya pun pasal kedai roti legend kat Ipoh. Dalam filem ni, nama kedai roti tu Farhan Bakery. Akak terbaca di FB, nama betulnya Noor Jahan Bakery. Orang-orang Ipoh kata memang sedap pun roti, kek dan biskut kat bakery tu. Orang-orang lama kat situ memang tahu.

Dan, anak Mamat Khalid pun ada terselit juga dalam filem ni. Sikit je la.

Korang kalau nak tengok trailer, ni ha. 

 


Antara benda yang menarik perhatian akak dalam filem ni:

1. Hubungan adik-beradik. 

Kalaupun ada syak wasangka dengan adik-beradik kita, jangan main tuduh je. Kadang tu kita tak siasat betul-betul, tapi bertindak atas kesimpulan kita sendiri je. Bila ada masalah, memang senanglah kita nak tuding jari kat orang lain, tanpa sedar entah-entah kita pun antara punca masalah tu.  

Masa Faiz bergaduh dengan Fathul tu, akak rasa banyak family boleh relate. Kakak atau abang memang cenderung nak salahkan adik-adik tapi itulah kadang-kadang diorang tak fikir panjang. Itu yang penting peranan mak ayah nak mendamaikan, sebab mak ayah yang paling faham perangai setiap anak.

2. Bisnes keluarga.

Ada anak-anak yang rela hati sambung bisnes keluarga, tapi ada juga yang memilih haluan karier sendiri dan tak berminat nak teruskan. Dalam filem ni, Faiz ada kerjaya lain dan bila dia cuba nak sambung bisnes ayah dia pun macam tak berapa menjadi. Gitulah dilema juga. Bila owner dah tak ada, susah juga nak sustain bisnes melainkan memang dah dilatih lama sebelum tu. Jadinya kena fikir sama ada berbaloi untuk teruskan sendiri, upah pekerja atau tutup dan jual bisnes tu.

3. Persaingan bisnes.

Memang realiti ye. Produk yang dah lama established, akan ada bisnes baru yang akan tiru dan tambah nilai untuk bersaing. Produk lama kena kekalkan kualiti untuk terus survive. Dalam masa yang sama mungkin kena pertimbangkan untuk buat perubahan seiring zaman tapi masih mengekalkan nilai-nilai yang sama yang membuatkan pelanggan setia.

Walaupun kafe Akhirnya Kini Pastri copy biskut kelapa Farhan Bakery, tapi kalau niat asalnya memang nak menjatuhkan, last-last tak survive juga. Bisnes macam itulah. 

4. Kenangan yang menghidupkan.

Akak sangat boleh relate dengan situasi bila Yap teringat zaman kanak-kanak dia lepas makan biskut kelapa Farhan Bakery. Dia teringat punya sedap biskut tu sampai akhirnya baru dia sedar yang dia nak sangat bersaing tu dengan biskut lejen! Haha tu laaa kalau nak bersaing secara sihat tak apa, secara jahat, memang mendapat.

Kenangan juga yang membuatkan Faiz imbas semula cara ayahnya bekerja. Apa rahsia ayahnya sampai boleh bertahan dan membuatkan pelanggan kekal datang. Kita kadang lupa, tapi kenangan masa kita kecil dulu boleh buat kita fikir balik hala tuju hidup kita.

5. Melepaskan.

Bukan senang nak melepaskan sesuatu kalau benda tu memang ada sentimental value dengan kita. Tapi itulah, kena tengok pro and cons untuk teruskan sama ada berbaloi atau tidak. Faiz tak boleh nak teruskan kedai, dah give up dan ada pula offer bagus baik dia terima. Tapi itulah, akak suka part dia kenang balik sebab kedai ayah dia jadi kegemaran pelanggan. Sebab ayah dia pemurah dan tak berkira. Kadang-kadang meniaga ni bila tak kedekut, Allah bagi lagi banyak, ye tak? Berpada-padalah kan, ikut kemampuan.

Lepas tengok filem ni, rasa nak pi jenjalan Ipoh pulak. Boleh try donat Noor Jahan Bakery. Ehhhh


Kredit: Jom Explore




Like dan Follow Facebook: Journey of Something

Bye 2025, Hai 2026!

Syukur direzekikan jumpa lagi tahun baharu, Allah bagi peluang untuk jadi lebih baik dan baiki diri. Kredit: FB Introvert Hari pertama tahun...

Popular Post