Skip to main content

Menu Sihat: Ayam Bakar Rosemary & Ayam Kukus Kicap Halia

Sebenarnya nak buat menu sihat ni senang je. Biasanya tak guna banyak bahan pun. Dan tempoh masak pun sekejap je. Senang dan jimat masa.

Ni pertama kali Akak cuba masak Ayam Bakar Rosemary. Tengok resipi dalam majalah lama. Majalah Rasa tahun 2017. Hehe. Ringkas je dan semua bahan pun ada kat rumah. Bolehlah cuba kot-kot sedap.

Ayam Bakar Rosemary

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam, dipotong dua
2 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 sb serbuk kunyit*
1 sk garam*
1 sk lada hitam tumbuk
1 sk herba rosemary kering
1 sb madu


Cara masak:
1. Kisar bahan bertanda (*).
2. Lumur bahan kisar pada ayam dan perap kejap.
3. Panaskan air fryer suhu 180'C selama 5 minit. Lapikkan basket dengan kertas alas/aluminium foil.
4. Letakkan ayam dalam basket dan tabur lada hitam, rosemary dan madu.
5. Bakar selama 15-20 minit (bergantung kepada air fryer masing-masing).
6.  Terbalikkan ayam dan boleh tabur sikit lagi lada hitam, rosemary dan madu.
7. Boleh sapu sikit butter dan bakar lagi dalam 10-15 minit supaya dua-dua belah masak.



Versi ayam bakar Akak. Terlebih garing sikit.

Boleh makan dengan sos black pepper atau sos cili. Bahagian isi tu, kalau carik-carikkan, boleh buat inti sandwich, kebab atau wrap. Sedap sangat.

Satu lagi versi, kukus.

Ayam Kukus Kicap Halia

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
1 inci halia, hiris
3 bawang putih, cencang
1-2 sb kicap lemak manis
1 sk kicap cair
1 sk molasses/gula perang
Minyak bijan sikit
Lada sulah sikit
Cili padi (kalau suka)

Cara masak:
1. Panaskan air periuk kukus. Dah mendidih, masukkan ayam dengan hirisan halia.
2. Bancuh kicap, bawang putih, lada sulah.
3. Buka penutup periuk kukus, tuang sos kicap ke seluruh ayam. Tabur cili padi.
4. Sambung kukus dalam 5-10 minit lagi.
5. Boleh hidang panas-panas. Kalau suka, boleh tabur daun bawang. Lagi sedap dan wangi.




Selamat mencuba!


Like dan Follow Facebook Journey of Something untuk lebih banyak tips 💖

Follow IG journeykuruskakzek untuk pelbagai menu sihat.

Comments

Popular Post

Resipi Sambal Tumis Tanpa Guna Cili Giling atau Cili Kisar

Pernah tak rasa nak makan sambal tumis tapi takde stok cili giling atau tak sempat nak blend cili kering kat dapur? Saya pernah. Tapi kes saya sebenarnya cari cili giling siap kat kedai tapi tak ada. Jadi dapatlah idea lain. Nak jugak masak sambal sebab masa tu dah janji dengan husband. Pusing punya pusing 1 Speedmart tu tak ada satu pun cili giling. Macamana ni...saya dah tak kuasa nak pi kedai lain. Tup tup ternampak serbuk cili. Agaknya boleh guna ni kot. Tengok kat belakang peket ada resipi sambal tumis ikan bilis.   Gambar hiasan Boleh ke ni? Rembat ajelah dulu. Nak cuba. Mana tau sedap ke. Maka balik rumah saya cuba masak. Tak yakin mulanya. Mesti tak sedap ni. Hah punya lah negatif. Saya ikut aje resipi macam yang dicadangkan. Sampailah akhirnya...eh. Nampak ok macam sambal biasa. Rasa pun sedap jugak. Yay! Berjaya buat sambal tumis akhirnya. Dan boleh je masak sambal tumis tak payah guna cili giling atau cili kisar. Haaa. Apakah lagi alasan yang membuatkan kita tak p...

Scan Baby di Klinik Ajwa Shah Alam

Di Shah Alam ni, banyak juga klinik yang ada servis scan baby atau check up pregnancy.  Akak check up biasa kat Klinik Kesihatan gomen, kat Klinik Desa dekat dengan rumah ni. Tapi sebab KD takde scanner, maka akak kena pegi GP (general practitioner) atau klinik swasta untuk scan baby. Oh, klinik gomen kalau yang bertaraf klinik kesihatan ade je scanner. Cuma nak kena set appointment awal dan selalunya ramaiiii. Maka terpaksa lah husband akak melaburkan sikit duit consultation dan scan baby tiap-tiap bulan kat GP. Akak memang kena scan baby each month sebab akak ada GDM. Kena monitor growth baby, takut besar sangat atau kecik sangat. Setakat ni alhamdulillah. Growth dan berat nampak ok, selari dengan umur dalam kandungan. Mak dia je naik berat sikit. Heh. Sebelum ni, akak biasa pegi Klinik Sofia kat Seksyen 23. Rujuk entri pos kat SINI . Tapi sebab ada satu hari tu, akak pegi Klinik Sofia tapi doktor yang in charge tu tak buat scan. Alamak, klinik mana pulak akak ...

Cara Nak Tahu Kalau Anak Salah Urat/Demam Urat

Beberapa minggu lepas, banyak aktiviti luar. Berturut-turut. Disebabkan anak-anak pun keluar masuk kereta aircond, kena panas terik kat luar... masing-masing pun tak berapa sihat minggu lepas. Yang si abang nak hampir bengkak tonsil, yang adik dedar-dedar. Adik tu dengan demam uratnya dengan nak tumbuh giginya, dengan tak sabar nak meniarap hari-hari tu yang kejap panas kejap sejuk badan dia. Tapi yang pasti memang demam atau salah urat sebab bahagian atas pinggang panas, bahagian bawah sejuk. Gitu lah simptom salah urat kat budak-budak. Ini pun belajar daripada mak mertua masa anak sulung dulu la. Pernah sekali apsal kepala sampai pinggang je panas tapi kaki sejuk budak ni. Orang muda mana nak tahu. Lepas tu bawak pergi urut lah. Kami sekeluarga ni memang dah biasa guna khidmat sorang wak urut kat Sepang. Wak ni pandai urut baby dan budak. Orang lepas bersalin pun dia urut. Jadi kami anak beranak memang selalu juga lah berurut dengan dia. Masa anak sulung dulu, belum setahun umu...