9.6.24

Bihun Sup Tulang Utara Style Resipi Che Nom

Akak masa mula kerja di Lembah Klang ni, rindu sungguh bihun sup utara tapi tak jumpa orang jual. Yang ada kat sini, bihun sup yang bihunnya putih, topping isi ayam carik, bergedil, sup dan sambal kicap. 

Sedangkan Akak membesar dengan bihun sup kuning, topping daging dan lobak masin, sup dan sambal merah.

Dah lama kerja, baru nampak ada orang jual. Legaaa. Lepas kempunan.

Tapi sekarang Akak dah pandai masak sendiri daaaahhhh... tengok je resipi Che Nom. Insya Allah sedap dan menjadi.


Sup style utara berempah sikit. Sebab tu kuahnya macam keruh ke kelabu sikit sebab dimasukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan.


Patut ada sambal merah, lagiiii sedap tapi Akak malas buat. Lobak tu pulak cari yang masin takde, ada lobak manis hancur je. Tak ngam betul. Huhu. Gini pun bertambah Akak makan. Hish bahayaaaa!

Hari tu FIL ada cakap dia teringin sup tulang. Tapi time dia minta tu, kat rumah dah masak lauk-lauk lain. Jadi, sebelum kitorang balik, belikan siap-siap tulang untuk MIL masak bila-bila FIL teringin.

MIL tak berani nak guna PC kat rumah tu walaupun FIL memang belikan untuk dia. Jadi biasanya Akak atau adik-adik iparlah yang guna. Rebus daging, tulang, kaki ayam. 

Ini Akak dah rebuskan siap-siap tulang tu. Adalah dalam 2 kg. Akak pek dalam plastik kecik dapatlah dalam 4 bungkus. So bila-bila MIL nak masak, boleh keluarkan satu satu.



Tulang dah siap rebus camni, tinggal nak buatkan sup aje. Rebus air, masukkan je tulang ni. Tak payah lama sangat nak tunggu empuk sebab dah siap rebus dah. Masuk je kentang, seleri, carrot. 

Tumis 4 sekawan, bawang putih, bawang merah, halia, bunjut sup tulang, curah masuk ke dalam sup tadi (tumis darat).

Perasakan dengan garam dan lada sulah. Dah siap. Nak makan, tabur je daun sup dan bawang goreng. Kalau FIL Akak, suka makan dengan nasi putih dan sambal kicap Jawa. Berpeluh!



Like dan Follow Facebook: https://www.facebook.com/journeyofsomething23

3.5.24

Filem Doh: Kenangan yang Menghidupkan

Alkisahnya tertengok filem ni sebab husband pasang di TV. Akak ni mati-mati ingat channel TV Hijrah tayang filem ni. Haha lawakkkkk

Tekan-tekan remote tv tak jadi apa. Tak gerak langsung sebab nak tengok info. Rupanya salah remote daaa. Husband pi buka Netflix lepas tu dia biarkan je. 

Tertarik nak tengok sebab of course filem masak-masak, Akak is loveeeeee! Ada Syafiq Kyle pulak tu, yang biasanya Akak tengok dia berlakon aksi je ataupun drama-drama bikin romantis yang Akak taklah minat sangat. Itu yangjadi stuck kat filem ni.

Filem Doh baru je release kat Netflix. Sebelum ni tayang di Tonton, September 2023. 

Tajuk pun 'doh', jadi kita boleh agaklah filem ni pasal roti atau kuih-muih.




Ada gaya kan Capik jadi tukang roti? Ahahaa

Watak dia dalam ni santai-santai je tapi syok. Lain daripada watak yang dia selalu bawa.




Korang nak baca info dan sinopsis filem Doh, kat SINI je. Tak payah Akak nak tulis lagi dah. Ngeee

Cuma Akak nak share yang Akak memang enjoy tengok. Dia macam ada vibe filem Mamat Khalid, stail shooting, lokasi pun kat Ipoh jugak. Lagi ada bangunan kedai lama-lama tu. In fact kisahnya pun pasal kedai roti legend kat Ipoh. Dalam filem ni, nama kedai roti tu Farhan Bakery. Akak terbaca di FB, nama betulnya Noor Jahan Bakery. Orang-orang Ipoh kata memang sedap pun roti, kek dan biskut kat bakery tu. Orang-orang lama kat situ memang tahu.

Dan, anak Mamat Khalid pun ada terselit juga dalam filem ni. Sikit je la.

Korang kalau nak tengok trailer, ni ha. 

 


Antara benda yang menarik perhatian akak dalam filem ni:

1. Hubungan adik-beradik. 

Kalaupun ada syak wasangka dengan adik-beradik kita, jangan main tuduh je. Kadang tu kita tak siasat betul-betul, tapi bertindak atas kesimpulan kita sendiri je. Bila ada masalah, memang senanglah kita nak tuding jari kat orang lain, tanpa sedar entah-entah kita pun antara punca masalah tu.  

Masa Faiz bergaduh dengan Fathul tu, akak rasa banyak family boleh relate. Kakak atau abang memang cenderung nak salahkan adik-adik tapi itulah kadang-kadang diorang tak fikir panjang. Itu yang penting peranan mak ayah nak mendamaikan, sebab mak ayah yang paling faham perangai setiap anak.

2. Bisnes keluarga.

Ada anak-anak yang rela hati sambung bisnes keluarga, tapi ada juga yang memilih haluan karier sendiri dan tak berminat nak teruskan. Dalam filem ni, Faiz ada kerjaya lain dan bila dia cuba nak sambung bisnes ayah dia pun macam tak berapa menjadi. Gitulah dilema juga. Bila owner dah tak ada, susah juga nak sustain bisnes melainkan memang dah dilatih lama sebelum tu. Jadinya kena fikir sama ada berbaloi untuk teruskan sendiri, upah pekerja atau tutup dan jual bisnes tu.

3. Persaingan bisnes.

Memang realiti ye. Produk yang dah lama established, akan ada bisnes baru yang akan tiru dan tambah nilai untuk bersaing. Produk lama kena kekalkan kualiti untuk terus survive. Dalam masa yang sama mungkin kena pertimbangkan untuk buat perubahan seiring zaman tapi masih mengekalkan nilai-nilai yang sama yang membuatkan pelanggan setia.

Walaupun kafe Akhirnya Kini Pastri copy biskut kelapa Farhan Bakery, tapi kalau niat asalnya memang nak menjatuhkan, last-last tak survive juga. Bisnes macam itulah. 

4. Kenangan yang menghidupkan.

Akak sangat boleh relate dengan situasi bila Yap teringat zaman kanak-kanak dia lepas makan biskut kelapa Farhan Bakery. Dia teringat punya sedap biskut tu sampai akhirnya baru dia sedar yang dia nak sangat bersaing tu dengan biskut lejen! Haha tu laaa kalau nak bersaing secara sihat tak apa, secara jahat, memang mendapat.

Kenangan juga yang membuatkan Faiz imbas semula cara ayahnya bekerja. Apa rahsia ayahnya sampai boleh bertahan dan membuatkan pelanggan kekal datang. Kita kadang lupa, tapi kenangan masa kita kecil dulu boleh buat kita fikir balik hala tuju hidup kita.

5. Melepaskan.

Bukan senang nak melepaskan sesuatu kalau benda tu memang ada sentimental value dengan kita. Tapi itulah, kena tengok pro and cons untuk teruskan sama ada berbaloi atau tidak. Faiz tak boleh nak teruskan kedai, dah give up dan ada pula offer bagus baik dia terima. Tapi itulah, akak suka part dia kenang balik sebab kedai ayah dia jadi kegemaran pelanggan. Sebab ayah dia pemurah dan tak berkira. Kadang-kadang meniaga ni bila tak kedekut, Allah bagi lagi banyak, ye tak? Berpada-padalah kan, ikut kemampuan.

Lepas tengok filem ni, rasa nak pi jenjalan Ipoh pulak. Boleh try donat Noor Jahan Bakery. Ehhhh


Kredit: Jom Explore




Like dan Follow Facebook: Journey of Something

Makan-makan Raya Keluarga Besar


Selamat Hari Raya korang! Dah nak habis Syawal dah kan tapi biasalah Malaysia kan raya sebulan :D 

Berjodoh dengan orang Jawa, raya memang meriah ya. Saudara-mara ramai, lagi-lagi bila sepupu semua dah kahwin jadi rombongan raya pun dah boleh jadi macam rombongan kenduri!

Jadi, walaupun nak jamu saudara mara, dah macam open house dah ni ha.

Gitulah orang Jawa, sangat senang dan seronok menjamu makan pada tetamu. Lebih tak apa, jangan kurang atau tak cukup. Itulah yang Akak belajar sejak jadi menantu keluarga Jawa ni.

Ini antara menu yang dihidangkan. Ada yang MIL masak, ada yang SIL order. Ada yang kami beli aje buat tambah-tambah. Alhamdulillah habis, seronok tengok tetamu enjoy makan. Hilang penat tolong MIL masak. Hehe

Kami masak mi kari, lontong, sambal tumis, nasi impit, kuah kacang, daging masam manis, teh tarik, kopi o, sunquick oren dan ros laici.




Pulut panggang (kalau orang kampung Akak panggil pulut udang) dan agar-agar lumut. Pulut panggang memang sedap, pulutnya lembut dan intinya pun agak banyak dan kelapanya tak terlalu kering. Laku kerassss. Agar-agar pun sama. Secukup rasa.

Yang kuning tu talam Tokyo. Bawahnya sagu, atasnya kastard kot. Sedap kalau makan sejuk-sejuk. Kaler warna-warni tu kek marble, pun lakuuu. Bawah sekali terpaling laku - kek coklat moist leleh. Habissss.




 Aneka dessert. Ada brownies, tart telur, tart buah, pavlova (ini paling cepat habis).

Karipap pusing pun laju juga. Sedap kole kacang tu, tiap-tiap kali raya mesti adik ipar order. 




Roti jala kari ayam antara yang paling diserbu. Petang tu siap tambah order sebab dah habis licin. 

Mi kari pulak, MIL masak. Kisahnya kuah kari tu menyusut tapi lauk-pauk dalam tu banyak lagi. Fishball, fishcake, ayam, tauhu goreng tetamu tak kaut, diorang cedok kuah je heeee. So tambah kuah dengan tambahkan air, santan dan perasa. Cair sikit berbanding first round tapi tetap habis licin sampai ke titisan kari terakhirrrr. Alhamdulillah.




Jemput-jemput. Wajib buat ni kalau adik-beradik MIL datang. Pakat minat jemput-jemput ni. Padahalnya simple amat, hanya tepung gandum, telur, serbuk udang kering. Goreng panas-panas, cecah dengan sambal tumis atau kuah kacang. 

Alhamdulillah. Puas hati dapat jamu tetamu yang datang. Memang penat tapi itulah silaturahim dan makna berhari raya dan bersaudara. Semoga Allah ganjarkan pahala kepada tuan rumah yang bersusah payah dan juga tetamu yang sudi bertandang.



Like dan Follow Facebook: Journey of Something

20.3.24

Berdamai dengan Kekecewaan

Anak balik sekolah, mulut muncung sedepa. Muka pun tak ada senyum dah. Bad mood sungguh ni. Akak cuma fikir penat sangat agaknya hari ni sekolah dan puasa panas terik macam ni. So akak tak de tanya apa-apa. Salah tanya karang, meletup pulak member kan. Tapi akak rasa mestiada benda yang dia bengang sangat kat sekolah sampai sebegini sekali riak mukanya. Tapi Akak biar je sampai dia sendiri yang buka mulut.

Betul macam yang disangka, ada benda yang jadi kat sekolah tadi yang sangat mengecewakan hati. Dia rasa sedih sangat dan tak sangka. Akak dengar jelah dulu dan cakap slow slow bagi dia settle perasaan dia dulu tapi at the same time selit tazkirah la.

Budak baru nak masuk remaja, salah cakap kang lain yang difahamnya. Tapi kita explain la pelan pelan bagi dia faham. Antaranya macam mana dia kena terima yang tak semua yang dia nak, akan dapat. Dia juga kena terima, yang tak semua yang dia dapat, akan terus jadi milik dia. Kalau Allah nak tarik balik, dia terpaksa terima juga dengan hati yang terbuka. Dan, tak mustahil juga Allah akan kembalikan apa yang ditarik tadi, kita takkan tahu.

Mungkin juga Allah tarik sebab bukan itu yang terbaik untuk dia. Atau Allah nak bagi yang lebih baik daripada benda tu.

Jadi akak pesan kat dia, biarlah. Dah bukan rezeki kita, kita kena let go dan terima. Belajar untuk jadi lebih baik dan perbaiki diri.



Begitulah. Ada benda kita rasa kecewa, malu, marah, tak puas hati. Tapi kita terpaksa hadap juga. Realiti hidup kan memang macam tu. 

Terpaksa kuatkan hati dan muhasabah balik apa yang kurang. Buktikan yang kita mampu buat lebih daripada itu, kita cuma perlu peluang dan masa sikit untuk serlahkan potensi.

Kecewa memang akan datang dan pergi, begitulah kadang-kadang Allah nak didik hati dan jiwa kita.

Akak nak dia jadi matang dan terima setiap situasi yang berlaku pada dia sama ada yang dia suka atau tak suka. Yang penting macam mana dia nak tangani dan atasi, and come back stronger.

Kadang-kadang mungkin kena ada sikit kecewa tu supaya dia sedar yang tak semua yang kita impikan akan tercapai. Begitulah nak hidup. 

Jalan terus.


2.3.24

Nasi Campur Restoran Mariah, PJS



Hari tu masa balik dari KL, nak singgah lunch tempat-tempat hot semua payah nak parking. Maklumlah lunch hour. Kitonyo pun nak sibuk menyelit jugaaa hehe

Pusing punya pusing, cari punya cari, last last dah masuk highway terus on the way balik dah. Macam frustlah sikitkan tapi tiba-tiba kat highway, suami kata exit jelah kat PJS, ada je kedai makan sedap.

Dulu Akak keja area PJS tu, jadi adalah a few kedai makan yang memang dah biasa. Saja kona, tengok-tengok dah lain dah rupa area situ tapi kedai makan yang dok biasa tapau dulu tu masih ada.





Salah satunya Restoran Mariah ni. Kedai mamak yang selalu akak tapau sarapan. Suami akak paling suka rendang daging. Masa kami sampai tu agak lewat dah tapi lauk-lauk ada lagi lah. Akak dan suami makan nasi campur. Anak-anak order megi goreng, memang itulah dia kalau ke kedai mamak. Ishhhh


Akak ambik lauk ayam goreng, sayur campur, peria goreng telur, kuah kari dengan bendi.

Suami akak ambik rendang daging dan ayam goreng (tiada dalam gambar).

Dulu masa sarapan, meriah betol sini. Nasi goreng saja ada beberapa jenis, yang merah, putih, kampung. Mi goreng, bihun goreng, megi goreng, kuetiau goreng semua ada. Lauk-pauk pun ada yang dah keluar awal pagi. Nasi lemak, nasi putih pun ada. Itu yang kadang dulu akak tapau siap-siap sekali lunch. So tak payah keluar dah. Makan kat cubicle je.

Lauk-pauk dia, sedap-sedap juga. Kari ikan, ayam, daging. Sayur-sayur pun banyak gak pilihan. Rambang mata juga dulu nak pilih yang mana. Lagi-lagi yang baru keluar panas-panas tu kan. Sayang sikit masa singgah ni dah lewat, lauk yang tinggal apa adanya jelah.

Sebenarnya nak tapau Popia Kak Raja juga tapi masa lalu tu tak buka pulak. Suami paling minat popia tu. Memang sedap gile cuma tak tau operation hour nya. Asal lalu je selalu tutup jeeee

Mengimbau pulak tetiba kat tempat keja lama. Tinggal kenangan. PJS tu pun dah makin meriah dan sibuk nampaknya. Bila-bila senang nanti boleh akak pegi lagi. Hehe




Sambal Sushi King - Pedas, Sedap, Penuh Rasa, Harus Cuba!


Korangggggggg...

Kalau makan di Sushi King, tolonglah order sambal ni. Sedap wehhhhh!

 
Kitonyo peminat pedas, wojiblah makan susyi pun nak cecah sambal. Hehe



Mula-mula wonder jugalah, sambal kat Sushi King ni sambal macam mana eh? Orang Jepun makan sambal meh?

Tapi sebab ini SK di Malaysia ye, terpaksa masukkan dalam menu kot ye hiiii

Sambalnya macam cili goreng garing, macam chilli oil gitu. Tapi boleh tahan pedas ye, so sedap!

Akak tak pasti sangat tu udang geragau atau ikan bilis yang jenis halus tu. Tapi flavourful dan balance rasa cili dengan bawang putih tu.

Kalau order main menu macam rice bowl ke, memang ngam la nak tambah ni sebab kalau kari Jepun tu kan plain rasanya (menurut tekak menantu Jawa). Boleh topup dengan sambal ni.

Kalau korang ke SK, jangan lupa order ni sekali tau. Side dish - sambal.

Agaknya kalau dibuat packaging cantik-cantik, jual ni bagus juga. Heheee *mengharap*

Recommended! 

Menu Diet Tersedap Sepanjang Zaman: Singgang Ikan Kembung

Akak kalau rasa kurang selera makan, nak masak cepat - inilah dia menu yang paaaaling akak suka.

Singgang!

Paling suka singgang ikan. Dah lah senang masak, sedap, sihat pulak tu.


Sejak ikut resipi singgang Khairulaming, memang akak love sangat menu ni. Kalau tak, sebelum ni akak buat asam pedas utara (asam rebus) atau pindang je. Tapi singgang ni lagiiii senang dan tahap nak menghirup kuah tu lagi next level! Haha bahaya betol, macam mana nak diet?

Jenis masakan rebus gini, akak suka guna ikan yang isi pejal sikit so tak mudah hancur. Ikan mabong ke, selar yang besar sikit. Paling biasa orang guna tuna atau tongkol. Memang sedap teruk.

Kadang tu nak cepat, akak tambah je sayur terus dalam tu. Bendi ke terung ke tomato ke. 

Cecah pulak dengan sambal belacan ke budu. Ya Allah, jenuh nak tahan tangan nak cedok nasi tambah! Kekekee

Ni kalau buat sahur pun sedap gila. Hirup kuah singgang panas-panas. 

Akak suka yang masam sikit, tak terlalu pedas. Ishh kecur air liur pulak.




Bye 2025, Hai 2026!

Syukur direzekikan jumpa lagi tahun baharu, Allah bagi peluang untuk jadi lebih baik dan baiki diri. Kredit: FB Introvert Hari pertama tahun...

Popular Post