1.8.23

Cara Buat Nugget Homemade Simple


Lama dah niat nak buat nugget sendiri. Biaq pilah bodo bodo pun sebab sendiri nak makan kat rumah je. Hehe

Semalam dah keluarkan ayam cincang Ramly, mula-mula malas nak buat tapi mengenangkan dah defrost, ah teruskan sajalah.


Akak gaul ayam cincang tu dengan garam sikit, lada sulah, lada hitam kasar, perencah Hilal, mixed herbs. Gaul je sebati lepas tu tambah tepung jagung sikit sikit sampai kental sikit.

Then akak sudukan je masuk dalam muffin tray yang kecik, frozenkan.

Sebenarnya akak tak tau nak frozen dalam bekas apa. Itu je yang nampak, bolehlah. Tu yang bulat bulat rupanya tu.

Pagi ini akak defrost kan kejap, salut tepung, goreng.

Tepung salut tu, akak campur tepung jagung, tepung beras, tepung gandum, garam, lada sulah. Air sikit je, adunan sedikit pekat.

Goreng dalam minyak sederhana panas.

Siap!

Sedap juga. Lepas ni boleh buat nugget perisa lain pula. Buat patty burger pun boleh.

Mudahnya Tanam Ulam Raja Di Rumah

Tuai ulam raja kali pertama.

Hari tu suami beli anak pokok ulam raja, jadi Akak cuma maintain saja. Yang dah matang tu, Akak tuai buat makan.

Lebar lebar, besar.

Semalam makan dengan nasi, sambal ijo, telur dadar.

Senang ada ulam depan rumah, nak makan petik je. Tak payah masak sayur. Hehe



Sebelum ni pernah tanam juga ulam raja ni, tapi sebab beberapa hari tak siram, layu terus kering. Sayang betul.


Seronok tengok ada daun-daun baharu keluar. Akak spray baja yang beli kat Pasar Seksyen 6, Shah Alam. Elok keluar daunnya.


27.7.23

Prepping Ayam

Bila dah beli ayam seekor bulat macam ni kan, selalu macam mana korang prep?

Kalau akak, biasanya asingkan yang isi-isi dengan bahagian tulang-tulang.






Yang isi, sama ada dipotong filet (boleh celup tepung jadi chicken chop atau serbuk roti jadi chicken katsu). Isi juga kadang akak potong kecik-kecik, standby untuk buat rencah mi goreng ke, bihun goreng ke, tumis sayur ke.

Kadang isi ni sedap jugak direbus, lepas tu dibuat salad atau makan dengan sandwich.

Yang bahagian tulang pulak, kalau ayam kecik, tak potong dah. Kalau besar, potong dua lagi. 

Yang tulang-tulang macam kepak, thigh, drumstick, biasa sedap buat goreng-goreng.

Kadang tukar-tukar jugak.

Kepak + drumet = sup, tomyam, goreng tepung

Drumstick = goreng, sambal, masak kicap

Thigh, rib = berkuah macam kari, kurma, asam pedas, sup

Hati, pedal = goreng berempah, goreng kunyit, atau potong kecik buat rencah sayur goreng

Korang paling suka ayam masak apa?

Rumah akak paling laku, ayam goreng laa...


21.7.23

Masak Petola pun Tak Reti?

Teringat dulu masa awal-awal kahwin, ada percubaan nak masak petola. Kan sedap buat sup letak suun semua tu. Pecah pulak telur sebiji, tambah carrot bagi colourful... peh sedap ooo.

Yang Akak tau, sebelum masak, petola ni nak kena dibuang kulit kerasnya dulu. Kan bentuk dia macam gear, bulat dan bergigi. Haa yang bergigi tulah kita nak buang.

Lantas sebagai isteri dan ibu mitali (nak claim mithali macam tak berapa layak), Akak caras hampir semua kulit keras tu. Ha lega hati Akak. Baru la senang masak cepat lembut (kata Akak dalam hati).

Dah dimasak tengok, eh huduh bethol!

Udah kenape la aku gi potong semua kulit, bila dimasak habih kecut rupanya. Haha.

Rupanya nak kupas kulit petola pun kena ada skil jugak ye tuan-tuan dan puan-puan.

Kupas memanjah je pakai peeler. Jangan gigih sangat wei. Kupas yang tajam-tajam tu aje dah la. Nanti barulah jadi bentuk macam rupa ini ha.


Kan comey sikit tu. 

Bila dah masuk dalam sup nanti, dah masak, tak adalah dia kecut lantas buruk rupanya. Kulit keras tu fungsinya nak bagi bentuk kat petola tu. Jadi ngko janganlah nak bergigih kupas sampai tinggal lapisan putih tu aje!

Well, lesson learnt. Lepas tu Akak dah pandailah.

Dan satu lagi, tak boleh potong nipis sangat, ngko bukan hiris timun ye anak-anak. Tebal sangat pun tak boleh karang dah jadi terung pulak. Habih nak potong macam mana?

Yang sedang-sedang saja... yang pentingggggg dia setiaaaaa. Tiber.

Setakat ni Akak tak pernah lagi buat petola masak lain selain sup. Tapi pernah tengok Khairulaming buat petola goreng. Haaa next level tau. Nanti Akak nak cubalah. Kena korek dulu videonya tu, zaman tok nadok ha.

Gamak petola celup tepung, petola balado, sambal tumis petola sedap tak u ols? Muahahahaha

Eh korang pandai ke tu kupas petola? Hihi

9.7.23

Beli Pokok dan Keperluan Kebun di SWS Nature World, Puchong

Kalau korang suka berkebun atau landscaping, satu tempat yang korang kena pergi kat SWS Nature World ni.

Ada banyak pilihan pokok bunga dan tumbuhan hiasan. Untuk ruang kecik atau ruang besar. 

Pilihan baja pun banyak. Pasu-pasu dia cantik-cantik juga.

Lokasi: Puchong, Batu 14, sebelah kiri highway LDP hala ke Shah Alam.



Banyak anak pokok bunga lawa-lawa.


Pot kecik untuk gantung pun ada banyak pilihan.


Disediakan troli kecik untuk mudahkan shopping.


Bolehlah singgah tengok-tengok kalau nak cari pokok ke, pasu ke, hiasan ke. Peralatan berkebun pun banyak juga pilihan kat sini.



SWS NATURE WORLD PUCHONG

Alamat: Lot 82239 (B), Jalan Puchong, Jalan Kampung Baru, Batu, 47100 Puchong, Selangor

No telefon: 019-926 8414




Simple Salad Bowl for Breakfast

So today, inspired by Salad Bowl from Subway... ta daaaa!

My version of salad.

What we have this morning:

Iceberg lettuce
Onion
Green and yellow bell peppers
Cherry tomatoes
Cucumber
Baby carrot
Baked almonds
Kewpie original mayonaise
Kewpie roasted sesame dressing
Yellow mustard
Chilli sauce

Satisfying!

With all the crunch, sweet, sour.



Healthy choice for breakfast or dinner.

Can add more protein: chicken, tofu, egg.

Be mindful with sauce and dressing.

15.2.23

Idea Menu Jamuan Sekolah Anak: Burger Mini Pelangi


"Jamuan minggu depan nak bawa apa?"

"Nak megi goreng!"

Ish asyik itu je yang dimintanya.

"Lecehlah nak masak-masak pagi tu. Bawa yang senang jelah. Kek ke?"

"Ala... tak nak..."

"Karipap ke, samosa ke? Goreng aje."

"Hmmm...."

Gitulah apabila idea mak bapa tak sama dengan selera anak-anak. Haha

Kesudahannya, burger mini je.

Senang nak sediakan. Comel pulak tu warna-warni. Sesuailah untuk anak-anak sekolah.




Asalnya nak letak dalam kotak, sekali 25 biji terus. Tapi tak jumpa pulak kotaknya. Dapat bekas kek gini pun okeylah cuma 1 bekas boleh muat 6 biji je. Jadinya 4 bekas la anak kena bawak. Hehe

Senang ada mini bun dan patty burger mini frozen macam ni. Mak pun senang hati. Tak payah order dah untuk jamuan. 

Mini bun
Mini patty burger
Daun salad
Mayonis
Pencungkil gigi 
Paper cup
Sos cili/tomato/cheese - optional

Bye 2025, Hai 2026!

Syukur direzekikan jumpa lagi tahun baharu, Allah bagi peluang untuk jadi lebih baik dan baiki diri. Kredit: FB Introvert Hari pertama tahun...

Popular Post