21.7.23

Masak Petola pun Tak Reti?

Teringat dulu masa awal-awal kahwin, ada percubaan nak masak petola. Kan sedap buat sup letak suun semua tu. Pecah pulak telur sebiji, tambah carrot bagi colourful... peh sedap ooo.

Yang Akak tau, sebelum masak, petola ni nak kena dibuang kulit kerasnya dulu. Kan bentuk dia macam gear, bulat dan bergigi. Haa yang bergigi tulah kita nak buang.

Lantas sebagai isteri dan ibu mitali (nak claim mithali macam tak berapa layak), Akak caras hampir semua kulit keras tu. Ha lega hati Akak. Baru la senang masak cepat lembut (kata Akak dalam hati).

Dah dimasak tengok, eh huduh bethol!

Udah kenape la aku gi potong semua kulit, bila dimasak habih kecut rupanya. Haha.

Rupanya nak kupas kulit petola pun kena ada skil jugak ye tuan-tuan dan puan-puan.

Kupas memanjah je pakai peeler. Jangan gigih sangat wei. Kupas yang tajam-tajam tu aje dah la. Nanti barulah jadi bentuk macam rupa ini ha.


Kan comey sikit tu. 

Bila dah masuk dalam sup nanti, dah masak, tak adalah dia kecut lantas buruk rupanya. Kulit keras tu fungsinya nak bagi bentuk kat petola tu. Jadi ngko janganlah nak bergigih kupas sampai tinggal lapisan putih tu aje!

Well, lesson learnt. Lepas tu Akak dah pandailah.

Dan satu lagi, tak boleh potong nipis sangat, ngko bukan hiris timun ye anak-anak. Tebal sangat pun tak boleh karang dah jadi terung pulak. Habih nak potong macam mana?

Yang sedang-sedang saja... yang pentingggggg dia setiaaaaa. Tiber.

Setakat ni Akak tak pernah lagi buat petola masak lain selain sup. Tapi pernah tengok Khairulaming buat petola goreng. Haaa next level tau. Nanti Akak nak cubalah. Kena korek dulu videonya tu, zaman tok nadok ha.

Gamak petola celup tepung, petola balado, sambal tumis petola sedap tak u ols? Muahahahaha

Eh korang pandai ke tu kupas petola? Hihi

9.7.23

Beli Pokok dan Keperluan Kebun di SWS Nature World, Puchong

Kalau korang suka berkebun atau landscaping, satu tempat yang korang kena pergi kat SWS Nature World ni.

Ada banyak pilihan pokok bunga dan tumbuhan hiasan. Untuk ruang kecik atau ruang besar. 

Pilihan baja pun banyak. Pasu-pasu dia cantik-cantik juga.

Lokasi: Puchong, Batu 14, sebelah kiri highway LDP hala ke Shah Alam.



Banyak anak pokok bunga lawa-lawa.


Pot kecik untuk gantung pun ada banyak pilihan.


Disediakan troli kecik untuk mudahkan shopping.


Bolehlah singgah tengok-tengok kalau nak cari pokok ke, pasu ke, hiasan ke. Peralatan berkebun pun banyak juga pilihan kat sini.



SWS NATURE WORLD PUCHONG

Alamat: Lot 82239 (B), Jalan Puchong, Jalan Kampung Baru, Batu, 47100 Puchong, Selangor

No telefon: 019-926 8414




Simple Salad Bowl for Breakfast

So today, inspired by Salad Bowl from Subway... ta daaaa!

My version of salad.

What we have this morning:

Iceberg lettuce
Onion
Green and yellow bell peppers
Cherry tomatoes
Cucumber
Baby carrot
Baked almonds
Kewpie original mayonaise
Kewpie roasted sesame dressing
Yellow mustard
Chilli sauce

Satisfying!

With all the crunch, sweet, sour.



Healthy choice for breakfast or dinner.

Can add more protein: chicken, tofu, egg.

Be mindful with sauce and dressing.

15.2.23

Idea Menu Jamuan Sekolah Anak: Burger Mini Pelangi


"Jamuan minggu depan nak bawa apa?"

"Nak megi goreng!"

Ish asyik itu je yang dimintanya.

"Lecehlah nak masak-masak pagi tu. Bawa yang senang jelah. Kek ke?"

"Ala... tak nak..."

"Karipap ke, samosa ke? Goreng aje."

"Hmmm...."

Gitulah apabila idea mak bapa tak sama dengan selera anak-anak. Haha

Kesudahannya, burger mini je.

Senang nak sediakan. Comel pulak tu warna-warni. Sesuailah untuk anak-anak sekolah.




Asalnya nak letak dalam kotak, sekali 25 biji terus. Tapi tak jumpa pulak kotaknya. Dapat bekas kek gini pun okeylah cuma 1 bekas boleh muat 6 biji je. Jadinya 4 bekas la anak kena bawak. Hehe

Senang ada mini bun dan patty burger mini frozen macam ni. Mak pun senang hati. Tak payah order dah untuk jamuan. 

Mini bun
Mini patty burger
Daun salad
Mayonis
Pencungkil gigi 
Paper cup
Sos cili/tomato/cheese - optional

29.6.22

Menu Berbuka Mudah: Nasi Lemak Minyak Kelapa, Sambal Memang Meow dan Ikan Goreng Air Fryer

Pikir punya pikir, hari ni buat nasi lemak jelah untuk berbuka. Sambal tumis aka sambal nasi lemak ready to eat ada stok kat rumah, beli di kedai Memang Meow. Tinggal masak nasi lemaknya saja.

Lepas Zohor tadi, siap-siap masak nasi dan modify sambal tu sebab husband kata sambal tu a bit masam. So sis masak semula dan tambah beberapa bahan.

Sajalah nak share cara sis buat nasi lemak di rumah ni. Kot nak try, silakan.


Nasi Lemak Minyak Kelapa

2 cawan beras
1 labu bawang besar merah, dihiris halus
1 inci halia, diketuk
1 sudu kecil biji halba
1 sudu besar minyak kelapa dara
4 helai daun pandan, disiat dan disimpul
Sedikit garam

Basuh beras, masukkan air secukupnya, masukkan semua bahan lain. Kacau sikit bagi rata. Masak dengan rice cooker macam biasa.

Sambal Tumis/Sambal Nasi Lemak Memang Meow

1 botol sambal
1 sudu kecil serbuk belacan bakar
1-2 sudu besar gula perang
1 labu bawang besar, dipotong bulat
Sedikit air
Sedikit garam

Panaskan kuali, masukkan sikit air. Masukkan sambal. Kacau rata. Tambah belacan, bawang besar, gula, garam. Dah mendidih, tutup api.


Dah siap, hidangkanlah dengan kangkung celur, ikan bilis dan kacang tanah digoreng dengan air fryer. 

Kali ni saya makan dengan ikan goreng air fryer. Sedappp!

Satu yang sis perasan, bila takde hidang kuih muih, laku nasi. Kalau tak, tak berusik sebab masing-masing kenyang minum air dan makan kuih. Jadi hari ni semua kena makan nasi terus masa berbuka.

Takdelah dah nak tido sebok lapar. Huhu

Selamat berpuasa semua! Alhamdulillah selesai 12 Ramadan.

17.1.22

Lauk Kenduri Tapau

Syoknya dapat makan nasi kenduri! Sejak PKP dah dilonggarkan ni, barulah boleh buat majlis kahwin.

Dapatlah merasa lauk kenduri setelah sekian lama.





Akak memenuhi jemputan sepupu yang buat majlis meraikan dua anaknya yang menikah 2 tahun lepas. Diorang menikah masa awal PKP dulu, jadinya dah setahun lebih majlis tertangguh. Masing-masing pun dah ada sorang anak dah.

Jadinya, bersanding dengan anaklah.

Akak sampai masa majlis baru selesai. Sebelum tu hadir ke majlis lain. Apapun memang gitu dah matlamatnya, kalau terlewat pun tak apa sebab yang penting dapat jumpa tuan rumah sepupu tu yang dah lama tak jumpa.

Pengantin-pengantin pun dah pegi outdoor photography masa kami sampai. Tak sempat jumpa pun. Pelamin pun dah habis bungkus dah haha!

Tapi tuan rumah dah siapkan makanan dalam bekas untuk tapau. Jadi, kami bawak balik hotel makan nasi kenduri. Hihi

Gitulah. Kenduri ni untuk meraikan saudara. Masing-masing pun masih jaga SOP. Syukur Allah izinkan kami sampai juga. Mudah-mudahan silaturrahim ini berpanjangan.

*Asbab makan lauk kenduri ni, salah satunya filet ikan goreng tepung. Ya ampun punya sedap! Sejak tu selalu buat. Anak suka makan. Maka dah pandai beli filet ikan frozen, senang keje akak nak masak ikan takde tulang. Ngeee

Nasi Kuning Sabah di Citarasa D'Bayu, Sg Buloh


Ada satu hari tu, tak berapa rajin nak masak jadi kita order je kat Grab. Berkenan tengok menu Nasi Kuning ni, jadi kita cubalah.

Huiii tak mengecewakan!

Sedap juga. Ala nasi lemak, lauknya pun macam nasi lemak juga.

Kami order NK ayam goreng, ayam sambal, ikan tongkol goreng, rendang ayam.

Orang-orang Sg Buloh boleh la cuba. Cari di Grab untuk makan tengah hari. Kedainya akak tak tahu kat mana. Hehe

Nasi Kuning Sabah
Citarasa D'Bayu

Bye 2025, Hai 2026!

Syukur direzekikan jumpa lagi tahun baharu, Allah bagi peluang untuk jadi lebih baik dan baiki diri. Kredit: FB Introvert Hari pertama tahun...

Popular Post