17.1.22

Barang Kemas Cantik dan Murah di Kedai Emas Sri Anggun


Fuh seriuslah rambang mata kalau masuk kedai emas. Itu cantik, ini cantik, semua cantik berkilauan bersinar gitu...

Hari tu akak sempat temankan adik ipar pegi Kedai Emas Sri Anggun. Cantik nau kedainya, selesa pulak tu. Wifi pun lajuuu haha

Saja ikut sebab nak tengok macam mana proses nak tukar barang kemas, kira nak upgradelah. Nak cuci pun boleh.

Akak tak pernah ada pengalaman gini. So sajalah ikut dia, tambah pengalaman mana tau lepas ni berguna.

Satu yang bagusnya Kedai Emas Sri Anggun ni, harga trade in dia tinggi. Hari tu nak cuci pun dia bagi free, tak tau lah kalau memang ada promosi ke atau dia dah kira sekali kan. Upah takde kalau tak silap. So untunglah. Tak payah nak jadi member ke apa, semua customer dapat harga yang sama. Staf dia pun peramah, layan je kita tanya apa dengan sabar.

Design BK pun lawa-lawa. Terkini gitu.

Yang bajet pun ada. Ikutlah mana yang berkenan.

Buat masa ni, akak tengok je dulu. Ada rezeki boleh la tambah koleksi. Insya Allah.

Kedai Emas Sri Anggun ada 2 cawangan. Satu di Ampang (HQ) dan satu lagi di Sg Buloh. 

Pilihan Makan Tengah Hari Sihat di Kafetaria Hospital Kerajaan


Minggu lepas temankan pak mentua check up di hospital. Selesai semua urusan, apa lagi, makan lah. Maklumlah biasanya awal pagi dah keluar sebab appointment jam 8 am. Sarapan ringan saja, bila dah selesai semua tu baru pak mentua selesa dan ada selera nak makan. Nak balik rumah dalam 45 minit lagi baru sampai. Jadi makan tengah hari siap-siap.

Masa nak pilih lauk ni, akak dok tahan je janganlah over pilih lauk. Maklumlah semua pun nampak sedap. Udahlah masa tu baru nak open window IF, beria sangat karang terbabas kalori akak. Haha

Ni pun hampir terbabas juga ni, mujur nasinya minta separuh je. Kalau tak, menimbun oi!

Sedap juga lauknya walaupun di hospital. Eloklah tu makanannya pun terjaga. Ni ayam masak lemak tapi kuahnya idaklah pekat berlemak sangat. Sambal tempe tu pun tak berminyak sangat, kering je ngan rangup. Okeylah tu.

Sesekali makan lauk kantin ni, sedap juga ye. Hehe


10.1.22

Sarapan untuk Kurus: Roti Peanut Butter Pisang

Dah masuk tahun 2022 dan akak masih belum kurus juga! Caishhh

Itulah asyik ke laut je, ada je halnya ikut selera je makan tu.

Tapi tetap tak terlambat nak kembali makan secara sihat, janji mula.

Antara sarapan ringkas dan menyihatkan yang akak suka, ni ha. 

Roti dengan peanut butter dan pisang. Kopi sekali.

Kenyang, sedap, berkhasiat.


Roti paling bagus guna roti gandum penuh tapi sebab tak ada akak guna roti putih je. Peanut butter akak suka yang ada kacang kacang kasar, akak pilih jenama Jif. Pisang tu entah apa namanya. Dah hampir masak, sedap sangat makan gini.

Kopi panas tu Starbucks Medium Roast. Sendiri bancuh je. 

1969 Business Suites, Ipoh


1969 Business Suites ni hotel sebenarnya tapi difokuskan kepada pengembara bisnes atau mereka yang mempunyai urusan kerja berbanding meluangkan masa dengan keluarga.

Tapi tak bermakna hotel ni tak boleh bawa keluarga, boleh je sebab deko dia lawa!

Dekat pula tu debgan Aeon Mall. Sebelah je, walking distance.

Salah satu pintu masuk ke hotel (business suites).

Kafe Cawanmu 

Pakej sarapan di kafe Cawanmu
Bubur nasi chinese style
Trek joging di koridor atas
Nombor bilik. Tertera butang untuk loceng, do not disturb, housekeeping.
Peringatan mesra supaya tak terkial-kial buka paip di singki.

1969 Hotel Suites
Ipoh Garden, Ipoh, Perak

9.1.22

Nasi Kandar Ayam Bawang, Restoran Majeedia Ipoh

Pilihan nasi kandar lazat di Ipoh.

Restoran Majeedia.

Kalau singgah di sini, kena try nasi kandar dengan ayam bawang. Tu dia punya bestseller.

Setiap pinggan, akan dibagi telur masin sebelah, potongan timun dan sambal kelapa - by default! Haha

Nak pilih lauk lain pun boleh. Ada ayam goreng, ikan goreng, telur sotong dan lain-lain.

Jangan lupa ambil papadom sekali.

Kuah kandar dia memang cukup rasa, cukup berempah, puas makan. 

Nasi kandar sepinggan, telur sotong, papadom

Nasi kandar ayam bawang dan hati ayam goreng



Restoran Majeedia
Bandar Ipoh, Perak

2.1.22

Bye 2021, Welcome 2022

Selesai 2021 yang penuh mencabar, cerita suka dan duka. Pandemik belum berakhir, entah bila kita akan dapat hidup yang normal semula.

Jadi peluang hidup yang masih ada ni kita manfaatkan sebaik-baiknya.

Kita sambut 2022 dengan pandemik yang bukan menunjukkan tanda nak reda, bahkan bertambah serius.

Seriau juga tapi itulah hidup mesti terus. 

Apapun setiap yang bermula akan berakhir cuma kita tak tahu bila. 

Biarpun hidup kita tak sebebas dulu namun hargailah apa yang ada depan mata. Bersyukur setiap hari dengan nikmat yang Allah bagi. 

20.9.21

Big Why Nak Kurus

Selama ni, bukan akak tak pernah turunkan berat badan, malah pernah berjaya atas inisiatif sendiri, buat sendiri aje.

Ikut coach pun ada, berjaya juga.

Tapi malangnya dek nafsu makan yang sukar dikawal, lagi-lagi hasben sukalah bawak balik makanan sedap-sedap membantutkan akak untuk terus berdiet sihat.

Haish lemah semangat betuilah.

Sampailah satu ketika kesihatan akak diuji sikit, asbab tu akak kena monitor tekanan darah (BP) hari-hari, hasilnya BP agak agak tinggi.

Sejak tulah akak insaf sikit dan jaga makan, mula balik bersenam. 

Mula-mula tu susah jugak nak start rutin camni tapi bila teringat BP tu, jadi paksa diri untuk buat juga walaupun sikit-sikit sehari. Beria-ia sangat pun karang jemm pula badan terkejut. 

Jadi slow-slow, one step at a time.

Akak juga mula amalkan DASH Diet (Dietary Approach to Stop Hypertension). Untuk kurangkan berat badan dan turunkan tekanan darah sekali.

Dia sama je macam diet seimbang yang biasa, cuma dikurangkan pengambilan karbo, lebihkan serat, tambahkan hidangan sayur dan buah, pengambilan bahan tenusu.

Setakat ni berat akak belum la turun lagi, nak kena betulkan portion dan waktu makan juga ni. Tapi tekanan darah ada turun sikit dan akak pun dah kurang pening.

Korang kalau suka makan makanan lemak-lemak, goreng-goreng, masin-masin... bawak bawaklah kurang sebab tu boleh affect badan dalam jangka masa panjang. 

Darah tinggi, jantung... bahaya ooo ni penyakit yang dok ada dalam badan senyap-senyap.

Lagi kalau tak bersenam, sayur buah kurang... suka makan snek kurang sihat macam kerepek, bahan proses... boleh nak makan tapi kena control kuantiti dan kekerapan.

Akak pun kesedaran datang lambat, masih syok dok layan makanan. Tapi dah kena seround tu, Allah tegur tu, paham-paham la na. Sudah-sudah la tu makan sedap sepanjang hidup ni, ubah gaya hidup dan cara pemakanan insya Allah kesihatan akan semakin baik.

So apa Big Why akak nak kurus?

NAK TURUNKAN TEKANAN DARAH supaya dapat kawal penyakit lain yang sewaktu dengannya. 

Senang kata, NAK SIHAT.


Bye 2025, Hai 2026!

Syukur direzekikan jumpa lagi tahun baharu, Allah bagi peluang untuk jadi lebih baik dan baiki diri. Kredit: FB Introvert Hari pertama tahun...

Popular Post