29.4.19

Pengalaman Masuk Wad di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) Part 2

Bersambung kisah berkampung di SJMC.

Ok, anak akak kemudian disahkan kena jangkitan rotavirus selepas dibuat ujian ke atas sampel najis.

Macamana diorang ambik sampel? Haa pampers anak kena simpan jangan ditongsampahkan dulu. Kalau anak berak, nanti nurse akan kikis sikit najis tu dengan menggunakan spatula kecik yang bersambung dengan penutup botol sampel. Sikit saja diperlukan. Dan ujian untuk sahkan rotavirus tu pun biasanya dalam 2-3 jam dah selesai.

Ujian ni dibuat sebab nak confirm sama ada anak cirit-birit biasa atau tak. Bila confirm rotavirus, kena berjaga-jaga lebih sikit sebab mudah berjangkit.

Macamana boleh berjangkit? Kalau kongsi toilet dan cuci tak bersih, kuman tu boleh kena orang lain melalui situ. Tangan pun kena cuci selalu. Cuci dengan air sabun atau paling kurang dengan hand sanitiser. Setiap kali keluar bilik air, balik super market. Sebelum dan selepas makan pun kena cuci betul-betul celah jari semua.

Ok berbalik kepada kehidupan di wad, alhamdulillah okey. Pertama kali dapat duduk wad yang boleh off air-cond. At least kejap, tau ajelah 24 jam dalam bilik tu sejuk tak kena matahari. Nurse semua pun ok very friendly.

Yang paling akak suka, dietitian pun datang bagi consultation. Bagi advise tentang pemakanan anak masa tengah cirit birit ni. Ikut akak kemain sedap tick menu kat list yang dibagi, sekali dietitian dia bagi porridge and soft food je dulu on the first day. Well, dah perut meragam macam tu mana boleh makan yang bukan-bukan, payahlah nak baik ye tak.

So porridge was served on Day 1. Fish porridge, chicken porridge with soup. Then second day request makanan yang soft lain selain porridge, so diorang tukar to nasi lembik and steamed fish and soup. Mau jugak anak makan. Depa hanya boleh makan makanan yang lembik dan low residue je at that moment.

Dietitian juga ada advise tentang berat anak. Katanya both kurang 1 kg from normal weight according to their age. So kena tambah kalori dalam makanan such as instead of nasi putih, ganti dengan flavoured rice (nasi goreng, nasi biryani etc). Roti bakar butter can add on some cheese and chicken. Gitulah.

Yang incharge bahagian admin pun ada mai melawat. Yang receive call from our agent.

So far doctor yang incharge mai melawat at least sekali sehari. Ada sekali tu dia mai 2 kali. Dr Khoo Phaik Choo. Specialist kanak-kanak, dah senior pun. Sempoi aje and friendly too.

Masa 2nd day tu banyak kali juga tukar cadar sebab anak berak cair cirit masih belum okey. Lepas masuk air garam sebotol lebih, memang laju la berak. Memang itulah tujuannya untuk keluarkan rotavirus tu melalui najis dan kembalikan tenaga.

Pernah sampai meleleh di lantai, jenuh juga kitorang lap. Then nurse cakap panggil je housekeeper, dia akan mop lap cuci semua sekali.

So after 3 days 2 nights stay, dokter tengok anak dah makin sihat and dia dah discharge on the 3rd day.

Boleh continue pantau di rumah dan ambil probiotik. Hospital bagi jenama Restore, sekotak 16 peket serbuk probiotik RM88. Ambik satu setiap hari untuk pulihkan perut tu. Ubat lain hanya paracetamol in case demam, ubat tahan muntah in case dok meloya.

Susu hanya boleh ambik pada hari ke-6. Itupun dokter sarankan susu yang lactose-free, Pediasure. Tapi nurse bagitahu susu tu boleh juga beli kat luar. Beli dari hospital mahal dan kemungkinan besar insurans tak cover. Bagi kitorang ok je pasal susu ni sebab anak minum susu tak beria sangat pun. In fact sampai sekarang tak beli lagi sebab hari tu tengok kat Speedmart takde yang lactose free.

Hari ni hari ke 10, ada follow up anak dengan dokter. Hopefully semua ok, insya-Allah.

25.4.19

Pengalaman Masuk Wad di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) Part 1

Rentetan kisah anak-anak akak cirit-birit dan muntah sampai letih lesu, akhirnya akak dan hasben decide untuk refer hospital. Kesian, makan minum semua tak jalan. Muntah lagi dan lagi. Tenaga pun dah tak ada.

Dokter klinik pun dah bagi surat refer hospital in case anak dok muntah, cirit non stop.

Kena ingat ya, anak kecik yang muntah, cirit-birit ni mudah dehydrate. Dehydrate ni kurang air dalam badan. Bila dehydrate teruk, boleh affect otak kalau tak salah akak. Sebab tu kena cepat bawak ke hospital untuk rawatan.

Kami ke Columbia Asia Bandar Puteri Puchong tapi wadnya dah penuh. Terus call ejen insurans, dia cuba tanya SJMC kalau ada wad kosong. Alhamdulillah masih ada katil untuk 2 ketul kesayangan akak ni.

Ya 2 adik beradik ni berjemaah muntah cirit semua. Uwaaaa!

SJMC yang akak selalu nampak dari tepi highway je. Sekali masuk dalam tu dia cantik betul. Macam hotel pun ada. Orang sakit pun jadi cepat sihat gitu.

Bahagian kecemasan dan wad terletak di 2 bangunan berbeza yang dihubungkan oleh jejambat. Jadi kalau nak ke kecemasan kena perhati signboard betul-betul. Kalau nak melawat kena ke bangunan sebelah.

Masa kami sampai di kecemasan tu, ramai juga orang tengah berurusan. Waktu tu dah pukul 11 malam lebih dah. Terpaksalah tunggu.

Mula-mula lepas daftar di kaunter, nurse akan ambil history sikit kemudian timbang berat. Macam anak no dua akak, dia demam sikit jadi terus masuk ubat demam dan tahan muntah kot punggung. Anak no tiga, masuk ubat tahan muntah aja sebab tak demam. Then, tunggu turn jumpa dokter.

Kami lepas tu dipanggil ke bilik dokter yang incharge, Dr Farhat. Kemudian tunggu sikit lagi dokter uruskan borang masuk wad. Dah confirm dapat bilik, anak-anak dibawa ke katil di kecemasan tu untuk ditukar baju dan pasang tiub di tangan.

Selesai semua proses, boleh gerak ke wad. Waktu tu dah hampir 1 pagi dah. Mujur dokter, nurse semua okey. Peramah dan very cooperative. Kan bangunan kecemasan dengan wad lain-lain, jadi kami ditolak ke sana dengan wheelchair. Ada atendan tolong tolakkan. Hehe jenuh juga kalau nak kena jalan. Kesian jugalah dia kena tolak kami yang terlebih muatan ni. Hahaha

Daftar masuk ke Wad 2D, Paediatrik. Nurse yang incharge masa tu, namanya Suhanas. Comei, very friendly. Macam Bella Dally. Eh.

Kami dapat bilik 2-bedded. Berkampunglah kami sekeluarga.

Nanti akak sambung lagi.

9.4.19

Tak Pernah Selesai

Urusan rumah memang sejenis yang takkan selesai dan kena ulang hari-hari.

Tadi dah set dah nak tidur sebelum pukul 10, nak bangun awal nak buat kerja translation dan mengedit e-book.

Anak bertiga pun dah lena semuanya. Terasa aman dan tenang kejap.

Jenguk ke dapur. Singki penuh. Aduhai. Sakit pulak mata. Nak dibasuh esok karang ambik banyak masa. Basuh la kejap pinggan mangkuk yang penuh dalam singki tu.

Selesai basuh, tengok atas meja ada lebihan lauk. Banyak lagi bihun goreng ni. Ada baki lagi nasi lemak, sambal, ikan bilis, ikan kering. Baik simpan elok-elok dalam peti ais esok boleh panaskan.

Sambung basuh pinggan lagi.

Tup tup 10.30 malam dah ha.

Selesai Isyak, menulis ni pulak, tetiba. Haha

Nak katanya, niat di hati kalau mengantuk tu nak tidoq sedia dah tapi mengenangkan dapur yang tak berkemas ni akan menyusahkan urusan pagi esok.

Mana nak Subuhnya, prepare breakfast, dok kena kejut anak yang takdenye sekali panggil terus bangun tu. Awal pagi memang mak-mak sebok.

Makanya dekat pukul 11 juga baru boleh lelap.

Semoga segala keletihan hari ini dapat dipulihkan dengan rehat berupa tidur ini. Biar sistem badan baiki dan kita kembali bertenaga untuk perjuangan esok pulak.

Kenapa Lidah Rasa Gatal, Kurang Peka Rasa?

Seminggu dua ni, masak pun entahlah rasa apa, makan pun telan ajelah dek kurangnya kepekaan rasa kat lidah ni.

Lidah ni rasa macam licin, hujung lidah rasa gatal, tekak pun sama rasa kering dan gatal. Yang akak rasa, pedas, masam. Manis masin tak berapa.

Maka hari ni akak google la sikit. Banyak result yang keluar semua web Indonesia. Waduh waduh. Katanya mungkin sebab alahan terhadap makanan atau habuk.

Tak puas hati, google 'itchy tongue' pulak. Baca di Health Line, lebih kurang sama jugalah tapi lebih konfiden nak percaya gitu. Haha

Terjadinya lidah gatal-gatal, kurang sensasi rasa ni kemungkinan besar sebab alahan/alergi terhadap sesuatu makanan. Buah ke, sayur ke. Seafood ke. Habuk debu pun boleh jadi.

Kalau kes yang teruk alahan ni boleh sesak nafas dan kematian. Phew.

Kena top up vitamin C intake, dan kena makan sayur yang dimasak sempurna, buah pun kena basuh bersih.

Iyalah tu lama dah akak tak ambik tablet vitamin C, buah pun sat makan sat tak makan ikut suka je.

Ikut dalam web tu, consume more citrus fruits tapi ada dokter pernah bagitahu kalau gatal-gatal gini kena elak buah sitrus. Katanya nanti akan trigger lagi alergi tu. Hmm.

Tak selesa sungguh tau gini. Minum air kosong pun rasa macam payau. Adu du adu adu sayang...

Kalau tak baik-baik juga ni, moh le kita ke klinik.


8.3.19

3 Sebab Utama Susah Kurus dan Cara Atasinya

Akak dalam fasa restart misi kurus akak. Dalam pada dah berjaya turunkan hampir 6 kg dalam 3 bulan, akak tak jaga makan dan work out, naik balik 3 kg. Huwaaaaa!

Sempena bulan Rejab yang mulia ni, akak nak istiqomah kurus balik. Ada 3 bulan lagi Rejab, Syaaban, Ramadan untuk baiki cara pemakanan dan jaga badan sebelum Syawal.

U know what I mean right? To look good in Raya pictures, of course!

Diri sendiri pun geram tengok perut ke depan. Beli dah bengkung tapi rasa sesak ya robbi sebab ukur lilit melampau. Kah kah keji betui.

Tak apa, tak apa. Actually bukan tak reti atau tak tahu nak jaga makan tapi napesu mengatasi. Burok perangai betui lah.

Nah akak share 3 sebab utama orang susah nak kurus, siap dengan cara nak atasi masalah tu sekali. Harapannya akak insaf lah sebab penat tulis ni. Dan jangan kecam akak yang belum kurus ni tawww. Akak pun kesentapan masa nak menulis ni ha.

Sumber: health.harvard.edu



SEBAB PERTAMA: IKUT NAFSU

Kita dah cukup makan tapi dok ikut nafsu nak mengunyah itulah, inilah. Nak rasa ini sikitlah. Eh rugi kalau tak makan makanan ada banyak ni. Orang belanja, rugi kalau tolak. Ikut sukatan, kita perlu makan sekadarnya saja. Tapi sebab ikut nafsu, itu yang jadi berlebih-lebih lemak tu.

Cara atasi: Perlu stick to the meal plan. Sangat perlu tahan nafsu. Kalau teringin sangat pun jamah dalam kuantiti sikit saja bagi lepas teringin.


SEBAB KEDUA: TAK TAHU CARA NAK KURUS

Kita nak kurus tapi tak tahu macamana. Kurus dengan tak makan malam, kurus dengan produk-produk viral, kurus dengan ikut orang tanpa ilmu, kurus dengan tak makan nasi dan macam-macam lagi. Sebab tu tak kurus-kurus sebab kita tak tahu cara.

Cara atasi: Buat bacaan tentang pengurusan berat badan, jenis-jenis diet, tanya pakar pemakanan, boleh juga risik-risik dengan kawan yang dah berjaya kurus cara sihat dan selamat. Paling kurang follow jelah Kevin Zahri. Banyak tips kurus dia share. Kat IG dan Pinterest pun banyak, janji rajin nak baca dan kaji. Lepas tu baru decide nak kurus dengan cara yang mana sesuai dengan kita.


SEBAB KETIGA: AZAM TAK CUKUP KUAT

Asyik azam tahun baharu je, tapi tak ikut pun. Set je azam tapi tak ada plan dan action. Asyik berlapar tapi tak kurus-kurus, tambah gemok lagi ada. Sebab azam kurus tu tak cukup kuat. Kita nak kurus tak cukup motivasi. Orang sekeliling pun tak ada yang bantu merealisasikan azam kita tu. Lagi parah.

Cara atasi: Kena tulis target weight berapa, to be achieved by when. Tulis juga the Big Why nak kurus. Nak sihat ke, nak elak penyakit ke, nak tingkatkan confidence level ke, whatever your reason is. Cari kawan yang menyokong. Involve dengan circle of friends yang sama-sama nak kurus. Dah kalau takde sangat, pi skodeng kat IG, berlambak motivasi, insya-Allah. At least this works for me. Search hashtag #eatclean, #eatcleanmalaysia, #pinggansihat . These could help a bit to make your resolution 'stronger'.

Semoga dengan 3 sebab ni, beserta cara nak atasinya sekali ni dapat bantu korang revise balik plan kurus korang tu.

Akak memang ke laut sikit ni, asyik melayan makanan yang hasben dok tapau. Kemain dia, geram betui akak tau. Actually I can still enjoy the foods he brought home, it's just that I need to control the nafsu to eat more than required.

Bab sukatan makanan ni, nanti lain kali la akak share. Tetiba rasa sentap baca kat atas ni ha. Panas rasa muka sendiri. Kah kah.


28.2.19

6 Tumbuhan Terbaik untuk Diletak dalam Rumah


Akak ralit dok baca NST, terjumpa 1 artikel yang share pasal tumbuhan yang bagus diletak dalam rumah bukan hanya sebagai hiasan malahan membantu membersihkan udara persekitaran dan dalaman rumah.

Rupanya bila letak indoor plants ni, kajian ada mengatakan mampu tingkatkan produktiviti dan kreativiti juga.

Ini 6 indoor plants terbaik yang dikongsikan oleh Kathy B. dalam kolum Home Improvement, NST, Feb 28, 2019.

1. Dieffenbachia
2. Pothos
3. Aloe vera
4. Spider plant
5. Jade plant
6. Ficus

Bolehlah cari indoor plants ni untuk baiki kualiti udara di rumah sekaligus mencantikkan rumah.

Ini pula pokok-pokok yang bagus untuk menapis udara dalam rumah. Bolehlah cuba.





19.2.19

Kenali Tanda Keracunan Makanan


Pagi ni, tak menahan-nahan akak nak ke toilet. Perut memulas, isi perut tak sesabar nak keluar. Peluh menderu-deru habis lencun kepala. Lepas tu loya tapi mujur tak muntah.

Aduh, agaknya food poisoning gini ni. Akak pernah kena lagi teruk dari ni. Azab jugaklah lemah lembik badan oi.

Tadi akak google saja nak check betul ke simptom yang akak alami ni sebab food poisoning. Maka ini dapatan akak.

KERACUNAN MAKANAN
Sumber: www.mohklik.moh.gov.my

Apa itu keracunan makanan?

Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.

Dilaporkan bahawa terdapat 6624 kes keracunan makanan pada tahun 2003 (kadar insiden 26.44/100,000 penduduk).

Apa yang menyebabkan keracunan makanan?

Punca keracunan makanan:

1. Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus
2. Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai
3. Logam berat seperti tembaga, raksa dan plumbum
4. Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti kulat, cendawan dan hasilan laut bercengkerang seperti kekerang

Apakah tanda dan gejala keracunan makanan?

Tanda dan gejala keracunan makanan bergantung kepada :

1. Keracunan tersebut
Kuantiti/jumlah bakteria, virus atau agen penyebab toksin yang telah dimakan
2. Umur seseorang
3. Sistem ketahanan badan (imuniti) seseorang

Pesakit itu mungkin akan mengalami :

Rasa loya
Cirit-birit
Muntah-muntah
Sakit perut
Berpeluh/demam
Sakit kepala

Apakah kesan (komplikasi) daripada keracunan makanan?

Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal. Ia juga boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan (kronik).

Apakah yang menyebabkan terjadinya keracunan makanan?

Antara sebab terjadinya keracunan makanan ialah:

1. Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4 jam)
2. Makanan tidak dimasak dengan sempurna
3. Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang mentah di disimpan bersama dengan makanan yang telah dimasak)
4. Makanan yang telah sejuk tidak dipanaskan dengan sempurna
5. Makanan yang beku seperti daging tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak
6. Memakan lebihan makanan secara terus tanpa dipanaskan dengan sempurna
7. Kaedah penyediaan makanan yang tidak bersih
8. Makanan tersebut disediakan oleh orang yang menghidapi atau pembawa penyakit yang disebarkan melalui makanan seperti typhoid dan taun

Bagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan?

Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan:

1. Sentiasa menjaga kebersihan
2. Basuh tangan dengan betul sebelum menyentuh makanan
3. Basuh tangan selepas keluar dari tandas
4. Basuh dengan bersih permukaan tempat makan atau penyediaan makanan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan
5. Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga dan haiwan seperti tikus dan haiwan-haiwan yang lain
6. Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak:
Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak
7. Gunakan peralatan seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk penyediaan makanan yang belum dimasak
8. Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza untuk mengelakkan dari pencemaran silang
9. Sentiasa masak dengan sempurna
10. Masak dengan sempuna, terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut
11. Panaskan makanan atau lebihan makanan dengan sempurna
12. Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul
13. Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam
14. Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti sejuk
15. Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih
16. Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan/berbungkus.
17. Pilih makanan yang segar dan berkhasiat
18. Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah (ulam, salad)
19. Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar
20. Hindari dari gerai/kedai makan yang kotor

Apa yang perlu saya lakukan jika mengalami keracunan makanan?

1. Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
2. Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh Pegawai Kesihatan
3. Pastikan tiada orang lain makan makanan tersebut
4. Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat

Bye 2025, Hai 2026!

Syukur direzekikan jumpa lagi tahun baharu, Allah bagi peluang untuk jadi lebih baik dan baiki diri. Kredit: FB Introvert Hari pertama tahun...

Popular Post