9.4.19

Tak Pernah Selesai

Urusan rumah memang sejenis yang takkan selesai dan kena ulang hari-hari.

Tadi dah set dah nak tidur sebelum pukul 10, nak bangun awal nak buat kerja translation dan mengedit e-book.

Anak bertiga pun dah lena semuanya. Terasa aman dan tenang kejap.

Jenguk ke dapur. Singki penuh. Aduhai. Sakit pulak mata. Nak dibasuh esok karang ambik banyak masa. Basuh la kejap pinggan mangkuk yang penuh dalam singki tu.

Selesai basuh, tengok atas meja ada lebihan lauk. Banyak lagi bihun goreng ni. Ada baki lagi nasi lemak, sambal, ikan bilis, ikan kering. Baik simpan elok-elok dalam peti ais esok boleh panaskan.

Sambung basuh pinggan lagi.

Tup tup 10.30 malam dah ha.

Selesai Isyak, menulis ni pulak, tetiba. Haha

Nak katanya, niat di hati kalau mengantuk tu nak tidoq sedia dah tapi mengenangkan dapur yang tak berkemas ni akan menyusahkan urusan pagi esok.

Mana nak Subuhnya, prepare breakfast, dok kena kejut anak yang takdenye sekali panggil terus bangun tu. Awal pagi memang mak-mak sebok.

Makanya dekat pukul 11 juga baru boleh lelap.

Semoga segala keletihan hari ini dapat dipulihkan dengan rehat berupa tidur ini. Biar sistem badan baiki dan kita kembali bertenaga untuk perjuangan esok pulak.

Kenapa Lidah Rasa Gatal, Kurang Peka Rasa?

Seminggu dua ni, masak pun entahlah rasa apa, makan pun telan ajelah dek kurangnya kepekaan rasa kat lidah ni.

Lidah ni rasa macam licin, hujung lidah rasa gatal, tekak pun sama rasa kering dan gatal. Yang akak rasa, pedas, masam. Manis masin tak berapa.

Maka hari ni akak google la sikit. Banyak result yang keluar semua web Indonesia. Waduh waduh. Katanya mungkin sebab alahan terhadap makanan atau habuk.

Tak puas hati, google 'itchy tongue' pulak. Baca di Health Line, lebih kurang sama jugalah tapi lebih konfiden nak percaya gitu. Haha

Terjadinya lidah gatal-gatal, kurang sensasi rasa ni kemungkinan besar sebab alahan/alergi terhadap sesuatu makanan. Buah ke, sayur ke. Seafood ke. Habuk debu pun boleh jadi.

Kalau kes yang teruk alahan ni boleh sesak nafas dan kematian. Phew.

Kena top up vitamin C intake, dan kena makan sayur yang dimasak sempurna, buah pun kena basuh bersih.

Iyalah tu lama dah akak tak ambik tablet vitamin C, buah pun sat makan sat tak makan ikut suka je.

Ikut dalam web tu, consume more citrus fruits tapi ada dokter pernah bagitahu kalau gatal-gatal gini kena elak buah sitrus. Katanya nanti akan trigger lagi alergi tu. Hmm.

Tak selesa sungguh tau gini. Minum air kosong pun rasa macam payau. Adu du adu adu sayang...

Kalau tak baik-baik juga ni, moh le kita ke klinik.


8.3.19

3 Sebab Utama Susah Kurus dan Cara Atasinya

Akak dalam fasa restart misi kurus akak. Dalam pada dah berjaya turunkan hampir 6 kg dalam 3 bulan, akak tak jaga makan dan work out, naik balik 3 kg. Huwaaaaa!

Sempena bulan Rejab yang mulia ni, akak nak istiqomah kurus balik. Ada 3 bulan lagi Rejab, Syaaban, Ramadan untuk baiki cara pemakanan dan jaga badan sebelum Syawal.

U know what I mean right? To look good in Raya pictures, of course!

Diri sendiri pun geram tengok perut ke depan. Beli dah bengkung tapi rasa sesak ya robbi sebab ukur lilit melampau. Kah kah keji betui.

Tak apa, tak apa. Actually bukan tak reti atau tak tahu nak jaga makan tapi napesu mengatasi. Burok perangai betui lah.

Nah akak share 3 sebab utama orang susah nak kurus, siap dengan cara nak atasi masalah tu sekali. Harapannya akak insaf lah sebab penat tulis ni. Dan jangan kecam akak yang belum kurus ni tawww. Akak pun kesentapan masa nak menulis ni ha.

Sumber: health.harvard.edu



SEBAB PERTAMA: IKUT NAFSU

Kita dah cukup makan tapi dok ikut nafsu nak mengunyah itulah, inilah. Nak rasa ini sikitlah. Eh rugi kalau tak makan makanan ada banyak ni. Orang belanja, rugi kalau tolak. Ikut sukatan, kita perlu makan sekadarnya saja. Tapi sebab ikut nafsu, itu yang jadi berlebih-lebih lemak tu.

Cara atasi: Perlu stick to the meal plan. Sangat perlu tahan nafsu. Kalau teringin sangat pun jamah dalam kuantiti sikit saja bagi lepas teringin.


SEBAB KEDUA: TAK TAHU CARA NAK KURUS

Kita nak kurus tapi tak tahu macamana. Kurus dengan tak makan malam, kurus dengan produk-produk viral, kurus dengan ikut orang tanpa ilmu, kurus dengan tak makan nasi dan macam-macam lagi. Sebab tu tak kurus-kurus sebab kita tak tahu cara.

Cara atasi: Buat bacaan tentang pengurusan berat badan, jenis-jenis diet, tanya pakar pemakanan, boleh juga risik-risik dengan kawan yang dah berjaya kurus cara sihat dan selamat. Paling kurang follow jelah Kevin Zahri. Banyak tips kurus dia share. Kat IG dan Pinterest pun banyak, janji rajin nak baca dan kaji. Lepas tu baru decide nak kurus dengan cara yang mana sesuai dengan kita.


SEBAB KETIGA: AZAM TAK CUKUP KUAT

Asyik azam tahun baharu je, tapi tak ikut pun. Set je azam tapi tak ada plan dan action. Asyik berlapar tapi tak kurus-kurus, tambah gemok lagi ada. Sebab azam kurus tu tak cukup kuat. Kita nak kurus tak cukup motivasi. Orang sekeliling pun tak ada yang bantu merealisasikan azam kita tu. Lagi parah.

Cara atasi: Kena tulis target weight berapa, to be achieved by when. Tulis juga the Big Why nak kurus. Nak sihat ke, nak elak penyakit ke, nak tingkatkan confidence level ke, whatever your reason is. Cari kawan yang menyokong. Involve dengan circle of friends yang sama-sama nak kurus. Dah kalau takde sangat, pi skodeng kat IG, berlambak motivasi, insya-Allah. At least this works for me. Search hashtag #eatclean, #eatcleanmalaysia, #pinggansihat . These could help a bit to make your resolution 'stronger'.

Semoga dengan 3 sebab ni, beserta cara nak atasinya sekali ni dapat bantu korang revise balik plan kurus korang tu.

Akak memang ke laut sikit ni, asyik melayan makanan yang hasben dok tapau. Kemain dia, geram betui akak tau. Actually I can still enjoy the foods he brought home, it's just that I need to control the nafsu to eat more than required.

Bab sukatan makanan ni, nanti lain kali la akak share. Tetiba rasa sentap baca kat atas ni ha. Panas rasa muka sendiri. Kah kah.


28.2.19

6 Tumbuhan Terbaik untuk Diletak dalam Rumah


Akak ralit dok baca NST, terjumpa 1 artikel yang share pasal tumbuhan yang bagus diletak dalam rumah bukan hanya sebagai hiasan malahan membantu membersihkan udara persekitaran dan dalaman rumah.

Rupanya bila letak indoor plants ni, kajian ada mengatakan mampu tingkatkan produktiviti dan kreativiti juga.

Ini 6 indoor plants terbaik yang dikongsikan oleh Kathy B. dalam kolum Home Improvement, NST, Feb 28, 2019.

1. Dieffenbachia
2. Pothos
3. Aloe vera
4. Spider plant
5. Jade plant
6. Ficus

Bolehlah cari indoor plants ni untuk baiki kualiti udara di rumah sekaligus mencantikkan rumah.

Ini pula pokok-pokok yang bagus untuk menapis udara dalam rumah. Bolehlah cuba.





19.2.19

Kenali Tanda Keracunan Makanan


Pagi ni, tak menahan-nahan akak nak ke toilet. Perut memulas, isi perut tak sesabar nak keluar. Peluh menderu-deru habis lencun kepala. Lepas tu loya tapi mujur tak muntah.

Aduh, agaknya food poisoning gini ni. Akak pernah kena lagi teruk dari ni. Azab jugaklah lemah lembik badan oi.

Tadi akak google saja nak check betul ke simptom yang akak alami ni sebab food poisoning. Maka ini dapatan akak.

KERACUNAN MAKANAN
Sumber: www.mohklik.moh.gov.my

Apa itu keracunan makanan?

Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.

Dilaporkan bahawa terdapat 6624 kes keracunan makanan pada tahun 2003 (kadar insiden 26.44/100,000 penduduk).

Apa yang menyebabkan keracunan makanan?

Punca keracunan makanan:

1. Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus
2. Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai
3. Logam berat seperti tembaga, raksa dan plumbum
4. Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti kulat, cendawan dan hasilan laut bercengkerang seperti kekerang

Apakah tanda dan gejala keracunan makanan?

Tanda dan gejala keracunan makanan bergantung kepada :

1. Keracunan tersebut
Kuantiti/jumlah bakteria, virus atau agen penyebab toksin yang telah dimakan
2. Umur seseorang
3. Sistem ketahanan badan (imuniti) seseorang

Pesakit itu mungkin akan mengalami :

Rasa loya
Cirit-birit
Muntah-muntah
Sakit perut
Berpeluh/demam
Sakit kepala

Apakah kesan (komplikasi) daripada keracunan makanan?

Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal. Ia juga boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan (kronik).

Apakah yang menyebabkan terjadinya keracunan makanan?

Antara sebab terjadinya keracunan makanan ialah:

1. Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4 jam)
2. Makanan tidak dimasak dengan sempurna
3. Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang mentah di disimpan bersama dengan makanan yang telah dimasak)
4. Makanan yang telah sejuk tidak dipanaskan dengan sempurna
5. Makanan yang beku seperti daging tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak
6. Memakan lebihan makanan secara terus tanpa dipanaskan dengan sempurna
7. Kaedah penyediaan makanan yang tidak bersih
8. Makanan tersebut disediakan oleh orang yang menghidapi atau pembawa penyakit yang disebarkan melalui makanan seperti typhoid dan taun

Bagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan?

Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan:

1. Sentiasa menjaga kebersihan
2. Basuh tangan dengan betul sebelum menyentuh makanan
3. Basuh tangan selepas keluar dari tandas
4. Basuh dengan bersih permukaan tempat makan atau penyediaan makanan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan
5. Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga dan haiwan seperti tikus dan haiwan-haiwan yang lain
6. Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak:
Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak
7. Gunakan peralatan seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk penyediaan makanan yang belum dimasak
8. Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza untuk mengelakkan dari pencemaran silang
9. Sentiasa masak dengan sempurna
10. Masak dengan sempuna, terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut
11. Panaskan makanan atau lebihan makanan dengan sempurna
12. Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul
13. Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam
14. Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti sejuk
15. Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih
16. Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan/berbungkus.
17. Pilih makanan yang segar dan berkhasiat
18. Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah (ulam, salad)
19. Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar
20. Hindari dari gerai/kedai makan yang kotor

Apa yang perlu saya lakukan jika mengalami keracunan makanan?

1. Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
2. Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh Pegawai Kesihatan
3. Pastikan tiada orang lain makan makanan tersebut
4. Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat

13.11.18

Elseve Express Hair Refresher



Akak payah nak jumpa produk rambut yang akak sesuai dengan akak. Kalau syampu tu, memang selalu gaklah tukar-tukar sebab tak ngam la tak sesuai la tak best la. Conditioner rambut pun sama gaklah cuma biasanya akak beli yang sama brand dengan syampu. Baru sedondon gitu ha.

Sekarang ni ada satu produk rambut yang akak sukaaaa sangat. Mula-mula akak beli sebab murah. Labelnya tulis Express Scalp Refresher. RM5 kot kat Guardian masa tu. Produk baharu, entahlah apa kebenda tapi akak tetap nak cuba.

Bila dah pakai... uiiii best uiiii!

Sejukkkk rasa kulit kepala sebab dia ada menthol. Then gatal kepala pun dah kurang. Rambut pun wangi baq hang.

Refresher ni ada pure clay + menthol. Bila apply kat kulit kepala akan beri rasa nyaman dan sejuk, kurangkan minyak pada rambut dan rambut lagi senang diurus. Dibuat khas untuk kulit kepala dan akar rambut berminyak.

Sekarang ni harga sebotol kecil 100 ml ni dalam RM18-20 depend beli kat mana.

Watson ke, Guardian ke, supermarket ke.

Nak lagi best, pakai sekali dengan syampu dan perapi rambut dari range yang sama - Elseve Extraordinary Clay.

Iklan tak berbayar ni. Cuma perkongsian pelanggan yang berpuas hati. Hehe.


1.11.18

Misi Kurus

Dekat 2 bulan dah since akak sign up dengan personal trainer dalam misi nak  menguruskan badan.

Bulan pertama alhamdulillah. Bulan kedua terbabas sikit. Bulan ketiga ni moh le kita insof kembali.

Tak banyak lagi dah nak sampai target weight cuma hmmm itulah godaan sikit pun tak mampu nak tepis. Kohkoh

Apapun yang tensionnya mana pi buku Eat Clean akak ni. Musykil betul hilang pi mana tak tau. Kan akak dah lost ni.

Mujur ada lagi buku resipi sihat yang lain. Hehe

Moh la kita buang lemak-lemak semua ni. Kata nak kurus menjelang hujung tahun khennnnn.

Akak kurangkan nasi. Ratah lauk je banyak. Nasi yang ada kat rumah pun yang kurang kanji, tidaklah selera sangat nak makan. Hahahahaha tapi hasben akak suka... aku raikan je. Ngeeee


Bye 2025, Hai 2026!

Syukur direzekikan jumpa lagi tahun baharu, Allah bagi peluang untuk jadi lebih baik dan baiki diri. Kredit: FB Introvert Hari pertama tahun...

Popular Post