24.3.17

Grabcar Pertama Kali

Teks: Zaila Hafni
Imej: Google Play Store

Hari tanpa kereta. Huhu ada masalah sikit, makanya husband akak pi kerja hari ni dengan servis Grabcar.

Ni pengalaman first time la ni. Orang lain dan berpuluh kali naik, we ols baru nak cuba. Maka semalam akak pun saja lah install app Grabcar. Padahal cemana function, cemana nak guna pun tak reti. Kahkah

Pagi ni husband search driver untuk pi kerja. Around 6.30 am tu takde driver. Uhuk. Tapi after 10 minutes gitu, cuba lagi baru ada sorang. Alhamdulillah.

Semoga Allah permudahkan urusan cik abang akak di hari Jumaat yang mulia dan barokah ini dan diberikan driver yang baik-baik aja masa pegi dan balik nanti. Insya Allah.

25.2.17

Penawar Ekzema Baby


Minggu lepas, habis badan baby keluar biji-biji kasar. Tapi tak merah. Jadi tak tahulah dia gatal atau tak. So far tak nampak dia tergaru-garu. Ke saya yang tak perasan. Huhu

Naik biji-biji kasar tu kat lengan, lutut, peha, perut, dagu ngan sebahagian pipi. Aduhai kesian kulit dia jadi macam tu. Sementara nak ke klinik, memang appointment KK nak cucuk 3 bulan, jadi 2 hari sebelum tu ikhtiar sapu krim Herbal Blend. Sapu nipis ajelah. Kulit kurang kasar tapi biji-biji tu tak hilang.

Maka, masa pi KK tu jumpa dokter dan katanya ni macam ekzema. Errkkkk. Sudah. Sebab check up kat KK tapi macam KD,  diorang takde farmasi kat situ so kena pi KK lain untuk ambik ubat. Dokter ada bagi prescription untuk ambik ubat kat sana. Tapinya nak pegi bila... husband keja. So terperap la prescription tu.

Kitorang consult kat gp untuk masalah tu for second opinion. Pegi Klinik Sofia. Klinik yang selalu pegi untuk scan baby dulu. Dr yang incharge masa tu Dr Faizal.

Dia check kulit baby, memang ekzema lah katanya. Dia kata kemungkinan sebab habuk ke sabun ke. Atau pemakanan ibu.

Bamm! Sudah ummi makan apa sampai anak ekzema huhu.

Dokter kata cuba pantang telur, seafood (oh ni memang pantang, rasa-rasa je ada sikit), kekacang.

Sebab kita tak tahu puncanya jadi kita pantang semua dulu lepas tu cuba satu-satu tengok yang mana satu penyebabnya.

Then dokter recommend beli lotion baby brand Cetaphil atau Physiogel (brand yang selalu direkomen) dan untuk masalah nappy rash, boleh cuba Bepanthen.

Yang ni semua kena beli sendiri, cari kat farmasi. Dokter cuma bekalkan Hydrocortisone. Sapu ubat ni kat affected areas, then double layer dengan lotion tadi.

Hydrocortisone, memang biasa dapat dulu masa anak first, masalah kulit gini gaklah lebih kurang.

Lepas balik klinik, kitorang terus ke farmasi. Ke farmasi Red Cap di Seksyen 19 Shah Alam. Suka beli kat sini sebab ada diskaun, saya ada membership. Husband tolong belikan.

Beli daily lotion Cetaphil, botol besar juga dalam 600gm gitu. Dapat free gift sudu garfu baby and food crusher. Then beli Bepanthen, dalam tiub. Total 2 barang tu dalam RM80 plus. Kalau takde discount tu, mau RM100 gak tu. Aduh, anak punya pasal kan. Janji baik, kita usahakanlah.

Kebetulan di rumah, memang ada baby bath Cetaphil. Beli dulu sebab anak naik merah-merah kat kepala dan seluruh badan. Jadi, mandikan baby dengan itu. Stop kejap guna sabun baby. Sebelum ni guna baby bath brand Drypers.

So lepas mandi, lap kering-kering, start sapu Bepanthen dulu kat punggung. Dokter kata kalau tak berapa nak rash pun, sapu je pun takpe. Saya sapu je nipis-nipis. Then sapu Hydrocortisone kat bahagian badan yang ada biji-biji kasar tu, pun sapu nipis juga. Lepas tu sapu Cetaphil lotion. Pehhhh wangi! Sedap bau dia. Bau baby sangat. Hihi

Cara nak sapu lotion Cetaphil tu, picit sikit kat tapak tangan, gosok guna dua-dua tapak tangan, baru disapu ke seluruh badan baby. Sapu di muka pun boleh. Sapu sampai habis lotion diserap. Lotion ni tak greasy. Senang absorb. Agaknya tulah tujuan gosok dengan tapak tangan dulu bagi panas panas sikit baru disapu.

Saya dah guna dalam 3 ke 4 hari, alhamdulillah berkesan. Licin dah kulit baby. Hilang biji kasar tu. Plus pantang makan jugalah. Lega tengok. Cantik dah kulit anak dara saya. Hehe

So kalau ada anak yang bermasalah kulit atau kulit sensitif, boleh la cuba produk brand Cetaphil. Ada juga yang rekomen produk organik atau free steroid, terpulang lah ye. Yang penting anak sihat dan selesa.

Sunat Baby Girl di Klinik Ajwa Shah Alam

Teks: Zaila Hafni

Masa baby umur 2 bulan hari tu, baru sempat sunatkan dia. Alhamdulillah, kat Shah Alam ni ada satu klinik yang taklah jauh dari rumah yang ada perkhidmatan sunat baby girl.

Kami pilih untuk ke Klinik Ajwa di Seksyen 7 Shah Alam. Sebelum ni pernah pergi Klinik Ajwa Seksyen 15 Shah Alam je, untuk scan 2D baby.

Nak sunatkan baby, firstly call klinik dulu. Ni untuk pastikan doktor yang incharge sunat baby girl tu ada.

Macam kami hari tu, doktor yang incharge hanya available hari Rabu dan Sabtu, jam 8 pagi hingga 2 petang. Jadi boleh lah walk in ke klinik pada hari dan waktu tu. Tak payah appointment.

Kami pergi hari Sabtu, sampai di klinik dah hampir pukul 1 petang. Ramainya orang, subhanallah. Dalam hati dok kata pukul berapa la sampai giliran ni. Dahlah terkial-kial berdua je ngan baby. Husband tunggu dalam kereta dengan anak-anak bujang.

Kat klinik ni, masuk je akan terus ke triage untuk saringan. Kalau baby, check temperature, demam ke tak. Timbang berat juga. Kalau dewasa check BP juga kot.

Bila dah lepas saringan, register kat kaunter. Saya boleh pulak lupa bawa surat beranak anak. No mykid pun tak ingat. Huhu. Mujur receptionist dia ok. Then dah register, tunggu turn lah.

Dalam 15 ke 20 minit gitu, nama baby dipanggil. Wah. Cepat gile ni. Rupanya tak ikut nombor yang reramai tu pun. Dokter sendiri pulak tu yang panggil nama.

Lalu masuklah ke bilik rawatan. Dokter yang sunatkan tu nama Dr Fatin Ilyana. Aduhai mesra, lemah lembut sungguh dokternya. Kita pun hilang nervous. Hehe.

Dalam bilik rawatan, baringkan anak atas katil. Ada sorang nurse akan bantu pegang kaki anak supaya tak gerak-gerak dan saya pula pegang tangan. Dokter pasang satu spot light, lepas tu alas bawah punggung dengan kertas lapik.

Dokter sapukan ubat kebas kemudian sunat dengan gunting. Baby girl, bahagian yang nak dibuang sedikit saja. Dokter pun ada pesan, jangan risau. Sunat baby girl ni beza dengan baby boy.

Insha Allah takde apa-apa. Kalau ada keluar darah sikit, tak apa jangan risau. Cuci semua macam biasa.

Lega dengar. Husband dok fikir macam-macam dah. Macam budak lelaki sunat. Haha. Ni baby girl sunat, dahlah sekejap je, lepas tu tak perlu buat apa dah.

Then dah selesai semua, bayar di kaunter farmasi. RM36. Lepas tu dah boleh balik.

Alhamdulillah everything went well. Lega satu hal sunat baby. Banyak nak kena belajar dapat anak pompuan ni ye. Hehe. Almaklum sebelum ni dua boy, kekok lah sikit.

Oklah. Kalau sesiapa berhajat nak sunat baby girl kat Klinik Ajwa (Sek 7) ni, boleh cuba call di number ni: 03-55106258 .

Boleh juga jenguk Facebook page diorang, search Klinik Ajwa.

8.2.17

WORQ


Beberapa minggu lepas, akak hadir satu taklimat yang diadakan di WORQ, Glo Damansara.

Redah aje pergi walaupun tak familiar langsung kawasan tu. Bila google, katanya shopping mall. Tak boleh nak hadam macamana taklimat dibuat di mall. Ada unit ofis ke macamana, serius akak tak boleh bayangkan.

Pagi Ahad tu, gerak saja dengan husband dan anak-anak, dengan cuaca pun mendung redup aje. Perjalanan alhamdulillah smooth. Mujurlah Ahad, jadi kawasan tu agak lengang. Kalau hari kerja, sibuk juga tu.

Kami ikutkan saja Waze. Sampailah masuk ke Glo Damansara Shopping Mall tu.

Dah park kereta, keluar. Termangu juga tak tahu mana entrance. Betul ke tidak entah. Seorang manusia pun tak nampak lalu lalang tapi mujur jugak banyak kereta parking, maksudnya adalah orang dalam bangunan ni. Yakinkan diri aje, berkali-kali tengok alamat.

Sampailah kat satu pintu, ada direction untuk ke WORQ tu. Barulah bertambah yakin kami di jalan yang benar, ha gitu.

Follow aje sampai kat satu area tu nampak happening sikit. Sebelum dari tu kagum juga tengok ada kedai dobi kemain lawa tak semacam dobi pun haha. Ada gimnasium, ada tempat simpan barang. Agak eksklusif la tempat ni. Memula tu seram gaklah kan. Betul je tidak, betul ke tidak dok pikir.

Sampailah kat tempat yang dituju, besor besor ada tulis WORQ tu. Dan agaknya sebab muka terpinga-pinga, sorang yang dok jaga kat pintu tu pun tegur,

"Taklimat freelancer?"
"Aah, ye"
"Jalan sini, kak. Bilik taklimat depan tu"
"Ok terima kasih"

Kagum. Memang akak kagum. Cantik gila tempat ni. Very the exclusive pun ya. Syok oi buat kerja kat tempat selesa macam ni.

22.1.17

Rezeki Jenahak

Teks: Zaila Hafni

Pagi Ahad ni, husband ada program memancing. Program ofis dia. Memang tiap-tiap tahun ada dan tiap-tiap kali itu jugalah dapat rezeki ikan besar, segar seekor.

Ni tahun ketiga, tiga kali dapat ikan jenahak. Dapat saja, sebab husband AJK program. Hihi.

Pehhhh sedap tau ikan ni. Ahkak memang suka.

Dok terpikir-pikir dah nak buat masak apa dengan ikan ni.

Kepala ikan sedap ni kalau buat gulai ke sup ke. Adui lama tak makan kepala ikan.

Lain-lain part, rasanya banyak goreng atau masak pedas ke sambal ke. Dah itu je yang orang dalam rumah ni nak makan.

Cik abang sayang tak makan ikan berkuah sangat kecuali asam pedas ikan pari. Ikan-ikan lain tak payah la masuk dalam kuah. Tak dimakannya der.

Jadinya ikan tu kena goreng asing. Kuah buat asing.

Moh ler berjenahak seminggu!

5.1.17

Ipoh Glamour

Teks: Zaila Hafni

Baru semalam saya tahu pasal isu Ipoh tu. Punyalah ketinggalan keretapi, dah hampir seminggu baru tau apa yang berlaku. Haha

Sebenarnya dah nampak berita tu dalam The Sunday Star. Husband dok baca, kita intai-intai je. Niatnya nak baca tapi lupa dah lepas tu. Dek kalut dengan kanak-kanak ribena.

Rupanya ada 1 group ni rajin dok pi panjat signboard Ipoh tu ye. Panjat satu hal, selfie kat atas tu satu hal lagi. Perempuan pakai tudung belaka yang berani-berani tu. Kalah ahkak memang mampu tengok daripada jauh je laaaaa.

Well... signboard tu memang best. Ahkak suka. Tiap kali balik Penang, excited bila lalu situ. Yelah kita ni IC Perak. Dah memamg mak beranakkan ahkak pun kat Ipoh. Tu yang sentimental sikit.

Pasal diorang panjat tu, ahkak agak kurang setuju juga.

Bahaya tu.

Tapi dari segi lain, tahniah la sebab berani.

Apapun, lain kali pikir la dulu keselamatan. Walaupun katanya berpengalaman luas tapi better safe than sorry.

3.1.17

2017 Dah Tiba


Haa dah masuk tahun baru dah, hari ni masing-masing dah kembali bekerja dan anak-anak pun dah balik ke sekolah dah.

Saya, masih diam kat rumah. Maklumlah anak belum pi sekolah lagi. Jadi belum lagi nak kalut macam mak ayah lain on the first day of school. Kekeke.

Tahun ni, alhamdulillah. Sudah bertambah ahli keluarga. Tanggung jawab juga bertambah. Tanggungan pun bertambah jugalah.

Walaupun ada ketika struggle juga nak hidup kat bandar ni tapi kita tetap usahakan mana yang boleh. Kena kerja lebih lah. Selebihnya biar Allah yang uruskan.

Tahun ni, tak set beria-ia pun azam tahun baru. Dan takmau juga awal-awal tahun beria semangat lepas tu down. Saya lebih kepada membuat perkara yang saya suka dan minat dan dapatkan pendapatan daripada itu.

Sedang menuju ke arah itu dan nampaknya alhamdulillah, dapat peluang seperti mana yang diimpikan dan sekarang hanya perlu fokus dan jalan terus.

Tiada resolusi yang mustahil dicapai tahun ini, semuanya yang realistik dan insha Allah sesuai dengan kemampuan.

Dengan tiga anak kecik ni, memang ada kekangan sikit tetapi alah bisa tegal biasa yedok.

Apapun harapannya tahun ni lebih bersinar cemerlang dan lebih berjaya. Insha Allah!

Selamat Tahun Baru 2017.

Bye 2025, Hai 2026!

Syukur direzekikan jumpa lagi tahun baharu, Allah bagi peluang untuk jadi lebih baik dan baiki diri. Kredit: FB Introvert Hari pertama tahun...

Popular Post