8.8.21

Pengajaran Daripada K-Drama Vincenzo

Terhibur betul la tengok mafia yang kung kang kung kang bergaduh dengan villain tapi masih cool, steady dan segak dengan hanya minor injuries je.

Dah la tu dia sorang lawan dengan segerombolan gangster. In the end masih kekal bergaya dan hensem. Haha only in dramas!

Akak baru habis tengok Vincenzo. 

Drama Korea dengan unsur Itali sikit. Alkisahnya orang Korea yang dah jadi warganegara Itali, balik ke Korea atas urusan yang bukan kaleng-kaleng. Dia pulak masa kat Korea keja apa, lawyer mafia. Pehh.

Sepanjang kat Korea, dah macam macam pulak insiden berlaku yang menyebabkan dia terpaksa tinggal lebih lama disertai insiden yang luar jangka.

Apa yang akak boleh simpulkan, melalui cerita ni:

1. Ada masanya kita terpaksa bersikap fleksibel. Mengikut situasi dan orang di sekeliling. Kalau berlaku perkara yang tak dijangka, terpaksa fikir alternatif lain untuk atasi masalah dengan cepat. 

2. Jangan percaya seseorang 100%. Lagi-lagi kalau orang yang ada kepakaran atau kepentingan. 

3. Jangan underestimate orang yang kita nampak lemah. Boleh jadi dia ada kekuatan yang kita tak jangka. Cuma dia tak tonjolkan.

4. Terpaksa fikir luar kotak untuk selesai masalah. Bergaul dengan pelbagai jenis orang dengan pelbagai latar belakang memberi pendedahan yang baik untuk hidup.

5. Pentingnya bersatu. Walaupun kumpulan kecil tapi boleh beri impak besar.

Mula-mula tak tertarik pun nak tengok tapi terjebak juga. Memang best gilaaaa!

Sejak tu jugak baru paham kenapa Song Joong-ki antara artis Korea yang dibayar mahal. Sejak tu jugak tengok cerita dia yang lain pulak. Kehkeh

Baru sudah tengok Space Sweeper (filem Netflix), dan sekarang baru nak layan Descendents of the Sun. Haha 

28.6.21

Aktif Di Rumah Semasa Pandemik

Lega pagi ni dapat juga gegarkan lemak badan dalam 24 minit. Nak bagi cukup 30 minit pun tak larat dah sebab lapar! Haha



Sejak ada indoor bike dan trampolin di rumah ni, tak ada alasanlah untuk tak bersenam. Biarpun yang ringkas janji buat sesuatu untuk keluarkan peluh.

Ikutkan hati, pagi ni malas juga. Tapi semangat pula bila tengok husband dah menjejeh-jejeh peluh dok berkayuh.

Ish tak boleh jadi ni. Mana aci dia kurus sorang-sorang kan?

On Spotify, lompat kat trampolin. Lepas tu sambung kayuh basikal lepas tu cool down, ok cukup lah untuk hari ni.

Memang jemu, lemau tak dapat ke taman. Brisk walking, bawa anak-anak ambil udara segar... tapi begitulah. Terpaksalah akur dengan situasi yang tak mengizinkan sekarang.

Jadi kita buatlah apa yang termampu walaupun hanya di rumah.

4.4.21

Pendidikan Seni Visual Tahun 3, Potato Stamp untuk Teknik Capan


Pendidikan Seni Visual Tahun 3.
Topik Teknik Capan.

Gigihlah akak buat 'stamp' untuk kelas anak. Guna apa yang ada sajalah.

Kisahnya, cikgu seninya bagitahu suruh bawak kentang, batang pisang atau apa apa je bahan yang sesuai untuk buat capan.

Ukir terus kalau boleh.

Blur jugak akak mulanya. Tapi lepas dah Google baru ada akal sikit. Mudah aje rupanya.

Kentang, akak belah dua lepas tu ukir bentuk bintang dan daun. Batang sawi akak potong belah bawah, boleh buat cap bentuk bunga.


Sebenarnya nak lagi senang ukir kentang tu, guna cookie cutter je. Tekap cutter, rapikan bentuk. Tapi dah takde, so ukir sendiri jelah. Bentuk yang mudah jelah pun.

Nak dapat banyak idea lagi, kat Youtube banyak. Search je 'potato stamp'.