28.6.21

Aktif Di Rumah Semasa Pandemik

Lega pagi ni dapat juga gegarkan lemak badan dalam 24 minit. Nak bagi cukup 30 minit pun tak larat dah sebab lapar! Haha



Sejak ada indoor bike dan trampolin di rumah ni, tak ada alasanlah untuk tak bersenam. Biarpun yang ringkas janji buat sesuatu untuk keluarkan peluh.

Ikutkan hati, pagi ni malas juga. Tapi semangat pula bila tengok husband dah menjejeh-jejeh peluh dok berkayuh.

Ish tak boleh jadi ni. Mana aci dia kurus sorang-sorang kan?

On Spotify, lompat kat trampolin. Lepas tu sambung kayuh basikal lepas tu cool down, ok cukup lah untuk hari ni.

Memang jemu, lemau tak dapat ke taman. Brisk walking, bawa anak-anak ambil udara segar... tapi begitulah. Terpaksalah akur dengan situasi yang tak mengizinkan sekarang.

Jadi kita buatlah apa yang termampu walaupun hanya di rumah.

4.4.21

Pendidikan Seni Visual Tahun 3, Potato Stamp untuk Teknik Capan


Pendidikan Seni Visual Tahun 3.
Topik Teknik Capan.

Gigihlah akak buat 'stamp' untuk kelas anak. Guna apa yang ada sajalah.

Kisahnya, cikgu seninya bagitahu suruh bawak kentang, batang pisang atau apa apa je bahan yang sesuai untuk buat capan.

Ukir terus kalau boleh.

Blur jugak akak mulanya. Tapi lepas dah Google baru ada akal sikit. Mudah aje rupanya.

Kentang, akak belah dua lepas tu ukir bentuk bintang dan daun. Batang sawi akak potong belah bawah, boleh buat cap bentuk bunga.


Sebenarnya nak lagi senang ukir kentang tu, guna cookie cutter je. Tekap cutter, rapikan bentuk. Tapi dah takde, so ukir sendiri jelah. Bentuk yang mudah jelah pun.

Nak dapat banyak idea lagi, kat Youtube banyak. Search je 'potato stamp'. 

14.3.21

Birthday Party Princess LOL Tema Pink


Sabtu lepas buat sambutan kecil-kecilan majlis hari jadi anak sedara.

Cantik tak deco backdrop?

Haaa bukan, bukan akak buat. Akak tak bertangan seni kreatif. Ni hasil sentuhan husband akak yang suka deko-deko.

Diambiknya tikar mak (yang hijau tu) lepas tu lekatkan pinggan kertas dan belon.

Siap ambik bunga ros hiasan mak letak kat tengah-tengah belon. Jaki je mak tengok bunga dia jadi mangsa! Haha

Selalu tengok husband deko ni, idea dia spontan je. Guna je apa peralatan dan bahan hiasan yang ada. Tambah guna benda-benda yang ada dalam rumah je. 

Okeylah kan gini. Simple je janji ada la backdrop nak buat bergambar.

Menu semalam:

Cinnamon rolls Swirly Bites
Spaghetti carbonara
Oden
Kepak ayam madu
Kek birthday tema Baby Shark
Sate ayam dan daging Izzie Fizzy Kitchen
Soda herbs
Air bandung
Durian crepe


Alhamdulillah. Jadilah dapat celebrate kecik-kecik, kumpul adik beradik je sebab baru boleh rentas daerah. Rindu lama tak jumpa.

Sambut hari jadi ni kira syarat je. Sebenarnya nak makan sama-sama dengan adik beradik. Gitulah. Rezeki dapat husband yang ramai adik beradik, akak menumpanglah sikit.

==================================

Masak sendiri nasi arab mandy kambing di rumah, dengan kotak sedia dimasak Al Bayt!

Tersedia beras basmati super long grain, serbuk rempah mandy dan rempah tumis (cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan limau kering) dalam setiap kotak.

1 kotak untuk hidangan 5-6 orang. 

Resipi dan cara memasak ada disediakan di belakang kotak, ikut saja langkah demi langkah, pasti menjadi!