Sempena bulan Rejab yang mulia ni, akak nak istiqomah kurus balik. Ada 3 bulan lagi Rejab, Syaaban, Ramadan untuk baiki cara pemakanan dan jaga badan sebelum Syawal.
U know what I mean right? To look good in Raya pictures, of course!
Diri sendiri pun geram tengok perut ke depan. Beli dah bengkung tapi rasa sesak ya robbi sebab ukur lilit melampau. Kah kah keji betui.
Tak apa, tak apa. Actually bukan tak reti atau tak tahu nak jaga makan tapi napesu mengatasi. Burok perangai betui lah.
Nah akak share 3 sebab utama orang susah nak kurus, siap dengan cara nak atasi masalah tu sekali. Harapannya akak insaf lah sebab penat tulis ni. Dan jangan kecam akak yang belum kurus ni tawww. Akak pun kesentapan masa nak menulis ni ha.
Sumber: health.harvard.edu |
SEBAB PERTAMA: IKUT NAFSU
Kita dah cukup makan tapi dok ikut nafsu nak mengunyah itulah, inilah. Nak rasa ini sikitlah. Eh rugi kalau tak makan makanan ada banyak ni. Orang belanja, rugi kalau tolak. Ikut sukatan, kita perlu makan sekadarnya saja. Tapi sebab ikut nafsu, itu yang jadi berlebih-lebih lemak tu.
Cara atasi: Perlu stick to the meal plan. Sangat perlu tahan nafsu. Kalau teringin sangat pun jamah dalam kuantiti sikit saja bagi lepas teringin.
SEBAB KEDUA: TAK TAHU CARA NAK KURUS
Kita nak kurus tapi tak tahu macamana. Kurus dengan tak makan malam, kurus dengan produk-produk viral, kurus dengan ikut orang tanpa ilmu, kurus dengan tak makan nasi dan macam-macam lagi. Sebab tu tak kurus-kurus sebab kita tak tahu cara.
Cara atasi: Buat bacaan tentang pengurusan berat badan, jenis-jenis diet, tanya pakar pemakanan, boleh juga risik-risik dengan kawan yang dah berjaya kurus cara sihat dan selamat. Paling kurang follow jelah Kevin Zahri. Banyak tips kurus dia share. Kat IG dan Pinterest pun banyak, janji rajin nak baca dan kaji. Lepas tu baru decide nak kurus dengan cara yang mana sesuai dengan kita.
SEBAB KETIGA: AZAM TAK CUKUP KUAT
Asyik azam tahun baharu je, tapi tak ikut pun. Set je azam tapi tak ada plan dan action. Asyik berlapar tapi tak kurus-kurus, tambah gemok lagi ada. Sebab azam kurus tu tak cukup kuat. Kita nak kurus tak cukup motivasi. Orang sekeliling pun tak ada yang bantu merealisasikan azam kita tu. Lagi parah.
Cara atasi: Kena tulis target weight berapa, to be achieved by when. Tulis juga the Big Why nak kurus. Nak sihat ke, nak elak penyakit ke, nak tingkatkan confidence level ke, whatever your reason is. Cari kawan yang menyokong. Involve dengan circle of friends yang sama-sama nak kurus. Dah kalau takde sangat, pi skodeng kat IG, berlambak motivasi, insya-Allah. At least this works for me. Search hashtag #eatclean, #eatcleanmalaysia, #pinggansihat . These could help a bit to make your resolution 'stronger'.
Semoga dengan 3 sebab ni, beserta cara nak atasinya sekali ni dapat bantu korang revise balik plan kurus korang tu.
Akak memang ke laut sikit ni, asyik melayan makanan yang hasben dok tapau. Kemain dia, geram betui akak tau. Actually I can still enjoy the foods he brought home, it's just that I need to control the nafsu to eat more than required.
Bab sukatan makanan ni, nanti lain kali la akak share. Tetiba rasa sentap baca kat atas ni ha. Panas rasa muka sendiri. Kah kah.