Semalam, alhamdulillah berjaya submit borang Pra Sekolah untuk anak sulung akak. Haaa rasa macam dah up pangkat mak dah bila anak dah nak mula sekolah.
Tapi, ni baru pra. Dan anak baru 5 tahun pun. Tapi sebab sekolah kata boleh cuba apply, akak cuba ajelah.
Sebenarnya, untuk pra sekolah, anak yang umur 5 dan 6 tahun pada tahun hadapannya boleh je apply. Tu sekolah yang dekat rumah akak ni lah. Sekolah lain akak tak pasti. Tapi rasanya mana-mana sekolah rendah gomen boleh kot.
Keutamaan tempat akan diberi untuk anak yang umur 6 tahun, tapi kalau ada kosong, sekolah akan pilih budak 5 tahun. Sebab tu apply je mana tau ada rezeki dapat. Or else, senang nak apply tahun depannya pulak since dah ada rekod di sekolah.
Macam kat sekolah yang akak apply ni, akak nampak banner permohonan pra sekolah kat depan sekolah tu haa. Jadi, pegi la pejabat sekolah nak ambik borang.
Borang tu isi bagi lengkap, attach segala salinan dokumen yang perlu.
Macam borang anak akak ni, salinan dokumen yang perlu macam Mykid dan surat beranak anak, IC mak ayah, surat nikah mak ayah, slip gaji, bil utiliti (air/elektrik). Semua salinan ni kena disahkan ye.
Lepas tu, isi borangnya. Dalam borang ada macam-macam details lah pasal maklumat keluarga.
Satu yang kena ingat, pemilihan bergantung pada ranking gaji mak ayah, daripada yang rendah ke tinggi. Jadi, keutamaan akan dibagi pada keluarga yang berpendapatan rendah dulu. Dan bilangan pelajar yang sekolah nak ambik dalam 25 orang je. Memang sengit la persaingannye ye tak. Tapi tak payahlah pikir bab tu, kita apply aje kan.
Ok, lepas dah complete isi borang, buat salinan dokumen dan sahkan semua, beli setem 80 sen dua keping dan dua envelope putih saiz 4" x 9". Tampal setem kat envelope siap-siap. Envelope tu pulak kena siap ditulis nama dan alamat sendiri. Agaknya senang keja pejabat sekolah nanti nak pos surat in case dapat ke tak dapat kan. Ikut aje arahan, kita mudahkan keja orang, insha Allah keja kita pun mudah juga.
Lepas dah siap tu pegi balik hantar kat pejabat sekolah, nanti kerani akan minta kita isi buku rekod permohonan pra sekolah. Lepas kerani dah puas hati dengan borang yang kita hantar, dah boleh balik. Tunggu je jawapan sama ada dapat atau tak.
Haaaa kalau ada rezeki dapat ni, tahun depan anak akak dah masuk sekolah weh! Akak pulak yang neves. Kihkihkih.
Apapun kita tunggu ajelah ye.