10.1.25

Kisah Peguam Wanita Zaman Joseon: The Tale of Lady Ok

Hari tu terpengaruh baca di group K-Drama yang kata drama The Tale of Lady Ok ni harus tonton.

Sebagai orang yang mudah terpengaruh, Akak pun start tengok dan tak perasan rupanya drama ni ongoing, bukan dah complete the whole episode. Akak ni dahler jenis tak tahan sabar hehe. Kitonyo suko tengok bersambung-sambung marathon!

Tapi sebab dah best, sabar je lah tunggu episod baru setiap Sabtu dan Ahad.

Setakat ni dah separuh ditayangkan dan betul... memang BEST GILA!



Kredit poster: Wikipedia


Akak memang suka cerita Korea yang latar Joseon (zaman dulu-dulu) macam ni. Tapi yang lagi menarik drama ni banyak nau plot twist, memang tak jangka langsung. Itu yang membuatkan kita tertunggu-tunggu next episode tu!

Kisahnya, Goo-deok, seorang hamba perempuan dalam sebuah keluarga yang taklah ternama sangat tapi berlagak nak mampuiiiiii. Anak perempuan tuan rumah tu punyalah eksyen, bongkak, dibuatnya Goo-deok macam tak ada nilai langsung. Hamba itulah yang buat segala-gala benda untuk dia, diperintah-perintah aje. Tapi Goo-deok ni cerdik budaknya. Cuma itulah dah takdirnya dia dan ayah dia jadi hamba kat keluarga tu jadi terpaksalah ikut je apa yang disuruh.

Dalam masa yang sama, Goo-deok cari jalan untuk kumpul duit. Dia nak lari dengan ayah dia, keluar dari rumah tu, supaya dapat hidup bebas dan tak dihina sesuka hati oleh tuan rumah tu. Sambil-sambil dia jual kacang (dia menyamar pakai baju lelaki) dia terjumpa seorang anak orang bangsawan, Seong Seo-in. Udah bersembang-sembang, si Seo-in tu terjatuh hati dengan dia pulak walaupun tahu dia tu hamba. Lepas tu nak jadi cerita, rupanya Seo-in dijodohkan dengan anak perempuan tuan rumah Goo-deok kerja tu. Alamak...

Tapi last last tak jadi kawin pun sebab Seo-in tu mengaku dia suka orang lain dan tak mau pun kawin. Benganglah anak perempuan tu ha dan tuduh Goo-deok puncanya sebab terkantoi Goo-deok ada kat bilik belakang rumah Seo-in, padahal tak ada apa-apa pun, depa jumpa atas urusan lain sebab Goo-deok tahu diorang pun tak sekufu kalau nak berkawan-kawan. 

Akhirnya Goo-deok tu berjaya lari dengan ayah dia dan jenuh menyorok daripada orang-orang tuan rumah tu. Sampailah ke pelosok mana entah, depa tumpang tidur kat inn. Dia bangun pagi dia tengok ayah dia dah tak ada. Mulalah dia hidup sendiri. Tuan inn tu bagi kerja kat situ.

Satu hari ada satu rombongan singgah kat inn tu. Ada sorang perempuan nama Ok Tae-young baik orangnya, minat sangat nak berkawan dengan Goo-deok. Pada malam sebelum Ok Tae-young nak berangkat balik, inn tu diserang dan terbakar.

Ok Tae-young mati dan mula dari situlah Goo-deok guna identiti Ok-Tae-young. Dia pun tak nak tapi ada banyak hal yang menyebabkan dia terpaksa teruskan menyamar jadi Lady Ok. 





Lady Ok adalah seorang legal advocate (macam peguam). Jadi tau ler punya banyak orang yang tak puas hati dengan dia sebab dia tegakkan kebenaran dan membela orang yang benar.

Paling kesian, dia terpaksa kawin dengan orang yang bermuka sama dengan Seong Seo-in (yang suka dia dulu tu) tapi malangnya Soong Yun-gyeom (suami dia) menghilangkan diri selepas diburu. Tinggallah dia jaga adik ipar yang masih kecil selepas bapa mentua dia mati.

Kadang-kadang, orang yang buat baik ni orang jahat sentiasa dendam. Ada saja orang jahat cari jalan nak jatuhkan, nak malukan dan buat khianat. Dan...

kalau kita berniat baik dan tolong orang tanpa kira kasta, kebaikan tu akan kembali kat kita juga masa kita susah. Itulah yang berlaku masa Goo-deok kena aniaya. Orang-orang susah dan hamba yang dia tolong semua tolong dia balik.

Dan satu lagi, hamba ke tuan ke, kita tak ada hak nak hina orang sesuka hati. Kena ada hormat walaupun tu orang suruhan ke apa ke. Ni buat hamba tu macam binatang je. 

Cerita ni memperkasa wanita (Lady Ok) yang memang hati kering dan kental lawan je sesiapa yangg buat pasal dengan dia. Janji dia ada bukti. Dan dia pun pandai berhujah sebab dia tahu banyak undang-undang dan hukuman. 

Korang kalau nak tengok, ada di Netflix dan Viu. 



19.11.24

Resipi Sihat: Ayam Kukus Simple Guna Steamer Rice Cooker Je

Dari segi rupa tu, tak berapa nak win sangatlah. Hambar je sebab cili padi hijau dah hilang warna. Daun ketumbar takde, cili merah Akak malas nak potong kehkeh




Tapi oklah rasanya, bolehlah dengan tekak akak. Sendiri buat nak makan kan.

Alkisah, semalam gas habis. Tak sempat nak pegi beli tong gas lagi, jadi kita manfaatkan gajet dapur yang ada to the max lah.

Akak guna rice cooker yang ada ada steam tray (dulang kukus). Sambil masak nasi, boleh siap lauk sekali. Macam mana?

Dalam periuk nasi, masak nasi macam biasa. Kat atas periuk tu, letaklah steam tray. Lepas tu Akak letak mangkuk besi yang diisi dengan ayam perap. Tutup periuk. Sekali jalan siap nasi dan ayam kukus simple.

Periuk jenis ni bagusnya takde kita nak guna banyak periuk. Bertambah senang lagi-lagi waktu takde gas macam Akak ni.


Periuk silver dan pink tu, penutup besi. Periuk putih tu penutup kaca. Pilih betul-betul nak yang mana sebelum beli tau.

Ada juga periuk nasi yang jenis steamer tu letak kat atas, macam ni.

Ok berbalik kepada ayam kukus simple --

Ayam tu akak perap kejap dengan sos tiram, serbuk bawang putih, hirisan halia, garam secubit, cili padi hiris, serai sebatang diketuk. 

Letak air juga sikitttt je buat kuah. Akak titiskan sikit minyak bijan jugak bagi wangi.

Dah masuk beras, letak steamer, letak ayam, tutup. Tekan On. Biar masak jelah. Selesai!

Yayyy berjaya buat menu sihat. Sedap betul makan panas-panas dengan nasi. Sejenis kalau tak makan nasi rasa macam 'tak makan' - tetaplah nasi juga walau hanya sesenduk hehe

Ada lebihan lauk, akak buat lauk sahur esoknya. Alhamdulillah.




Like dan Follow Facebook Kak Zek

Resipi Sihat: Ayam Bakar Juicy Guna Air Fryer


Inilah dia menu malas tapi nak makan sedap!



Ayam bakar mayonis inspirasi Khairulaming yang meletop tu.
Memang habis simple dah menu ni. Bahan-bahan pun boleh kira dengan jari je.

4 bahan je korang:
Ayam
Mayonis Kewpie Roasted Sesame
Sos tiram
Serbuk lada hitam

Cara masak:
Bakar dalam air fryer sampai masak, ikutlah setting af masing-masing. Akak masak 200'C, 15 min + 10 min + 10 min + 5 min.
Akak dok balik-balikkan ayam tu sebab ingat tak masak 😄 padahal sebenarnya ayam tu dah masak dan juicy gilaaaa
Tip paling sedap kan, korang kena guna part chicken chop (paha yang dah dibuang tulang) ataupun whole leg tau. Sebab bahagian ni isi dia lembut. Diperap pulak dengan mayonis yang dah ada rasa bijan tu, ngam sangaat tak payah tambah perasa lain dah.

Mayo perasa lain, Akak tak sure rasa macamana tapi yang pasti memang paling kebaboom Roasted Sesame lah. Letak lebih sikit pun takpa, ayam tu taklah terlalu kering masa kita bakar. Yang lebih tu jadi kuah.

Nak perap siap-siap simpan dalam peti sejuk pun boleh. Nak masak, defrost je. Nak botol kecik ke, botol besar ke, dalam peket ke (kalau buat banyak atau meniaga), BOLEH TENGOK SINI.

Ini kan, makan dia ni je pun dah kenyang.

Akak tak buat sos apa-apa pun. Itu jelah. Kalau nak sos bolehlah sos lada hitam ke sos cili ke.
Laku anak-anak makan. Dengan daun salad, tomato ceri semua habis licin!

Kalau yang nak diet pun boleh cuba ni.
Alhamdulillah.




Like dan Follow >> Facebook Kak Zek

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------