9.6.24

Bihun Sup Tulang Utara Style Resipi Che Nom

Akak masa mula kerja di Lembah Klang ni, rindu sungguh bihun sup utara tapi tak jumpa orang jual. Yang ada kat sini, bihun sup yang bihunnya putih, topping isi ayam carik, bergedil, sup dan sambal kicap. 

Sedangkan Akak membesar dengan bihun sup kuning, topping daging dan lobak masin, sup dan sambal merah.

Dah lama kerja, baru nampak ada orang jual. Legaaa. Lepas kempunan.

Tapi sekarang Akak dah pandai masak sendiri daaaahhhh... tengok je resipi Che Nom. Insya Allah sedap dan menjadi.


Sup style utara berempah sikit. Sebab tu kuahnya macam keruh ke kelabu sikit sebab dimasukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan.


Patut ada sambal merah, lagiiii sedap tapi Akak malas buat. Lobak tu pulak cari yang masin takde, ada lobak manis hancur je. Tak ngam betul. Huhu. Gini pun bertambah Akak makan. Hish bahayaaaa!

Hari tu FIL ada cakap dia teringin sup tulang. Tapi time dia minta tu, kat rumah dah masak lauk-lauk lain. Jadi, sebelum kitorang balik, belikan siap-siap tulang untuk MIL masak bila-bila FIL teringin.

MIL tak berani nak guna PC kat rumah tu walaupun FIL memang belikan untuk dia. Jadi biasanya Akak atau adik-adik iparlah yang guna. Rebus daging, tulang, kaki ayam. 

Ini Akak dah rebuskan siap-siap tulang tu. Adalah dalam 2 kg. Akak pek dalam plastik kecik dapatlah dalam 4 bungkus. So bila-bila MIL nak masak, boleh keluarkan satu satu.



Tulang dah siap rebus camni, tinggal nak buatkan sup aje. Rebus air, masukkan je tulang ni. Tak payah lama sangat nak tunggu empuk sebab dah siap rebus dah. Masuk je kentang, seleri, carrot. 

Tumis 4 sekawan, bawang putih, bawang merah, halia, bunjut sup tulang, curah masuk ke dalam sup tadi (tumis darat).

Perasakan dengan garam dan lada sulah. Dah siap. Nak makan, tabur je daun sup dan bawang goreng. Kalau FIL Akak, suka makan dengan nasi putih dan sambal kicap Jawa. Berpeluh!



Like dan Follow Facebook: https://www.facebook.com/journeyofsomething23

3.5.24

Filem Doh: Kenangan yang Menghidupkan

Alkisahnya tertengok filem ni sebab husband pasang di TV. Akak ni mati-mati ingat channel TV Hijrah tayang filem ni. Haha lawakkkkk

Tekan-tekan remote tv tak jadi apa. Tak gerak langsung sebab nak tengok info. Rupanya salah remote daaa. Husband pi buka Netflix lepas tu dia biarkan je. 

Tertarik nak tengok sebab of course filem masak-masak, Akak is loveeeeee! Ada Syafiq Kyle pulak tu, yang biasanya Akak tengok dia berlakon aksi je ataupun drama-drama bikin romantis yang Akak taklah minat sangat. Itu yangjadi stuck kat filem ni.

Filem Doh baru je release kat Netflix. Sebelum ni tayang di Tonton, September 2023. 

Tajuk pun 'doh', jadi kita boleh agaklah filem ni pasal roti atau kuih-muih.




Ada gaya kan Capik jadi tukang roti? Ahahaa

Watak dia dalam ni santai-santai je tapi syok. Lain daripada watak yang dia selalu bawa.




Korang nak baca info dan sinopsis filem Doh, kat SINI je. Tak payah Akak nak tulis lagi dah. Ngeee

Cuma Akak nak share yang Akak memang enjoy tengok. Dia macam ada vibe filem Mamat Khalid, stail shooting, lokasi pun kat Ipoh jugak. Lagi ada bangunan kedai lama-lama tu. In fact kisahnya pun pasal kedai roti legend kat Ipoh. Dalam filem ni, nama kedai roti tu Farhan Bakery. Akak terbaca di FB, nama betulnya Noor Jahan Bakery. Orang-orang Ipoh kata memang sedap pun roti, kek dan biskut kat bakery tu. Orang-orang lama kat situ memang tahu.

Dan, anak Mamat Khalid pun ada terselit juga dalam filem ni. Sikit je la.

Korang kalau nak tengok trailer, ni ha. 

 


Antara benda yang menarik perhatian akak dalam filem ni:

1. Hubungan adik-beradik. 

Kalaupun ada syak wasangka dengan adik-beradik kita, jangan main tuduh je. Kadang tu kita tak siasat betul-betul, tapi bertindak atas kesimpulan kita sendiri je. Bila ada masalah, memang senanglah kita nak tuding jari kat orang lain, tanpa sedar entah-entah kita pun antara punca masalah tu.  

Masa Faiz bergaduh dengan Fathul tu, akak rasa banyak family boleh relate. Kakak atau abang memang cenderung nak salahkan adik-adik tapi itulah kadang-kadang diorang tak fikir panjang. Itu yang penting peranan mak ayah nak mendamaikan, sebab mak ayah yang paling faham perangai setiap anak.

2. Bisnes keluarga.

Ada anak-anak yang rela hati sambung bisnes keluarga, tapi ada juga yang memilih haluan karier sendiri dan tak berminat nak teruskan. Dalam filem ni, Faiz ada kerjaya lain dan bila dia cuba nak sambung bisnes ayah dia pun macam tak berapa menjadi. Gitulah dilema juga. Bila owner dah tak ada, susah juga nak sustain bisnes melainkan memang dah dilatih lama sebelum tu. Jadinya kena fikir sama ada berbaloi untuk teruskan sendiri, upah pekerja atau tutup dan jual bisnes tu.

3. Persaingan bisnes.

Memang realiti ye. Produk yang dah lama established, akan ada bisnes baru yang akan tiru dan tambah nilai untuk bersaing. Produk lama kena kekalkan kualiti untuk terus survive. Dalam masa yang sama mungkin kena pertimbangkan untuk buat perubahan seiring zaman tapi masih mengekalkan nilai-nilai yang sama yang membuatkan pelanggan setia.

Walaupun kafe Akhirnya Kini Pastri copy biskut kelapa Farhan Bakery, tapi kalau niat asalnya memang nak menjatuhkan, last-last tak survive juga. Bisnes macam itulah. 

4. Kenangan yang menghidupkan.

Akak sangat boleh relate dengan situasi bila Yap teringat zaman kanak-kanak dia lepas makan biskut kelapa Farhan Bakery. Dia teringat punya sedap biskut tu sampai akhirnya baru dia sedar yang dia nak sangat bersaing tu dengan biskut lejen! Haha tu laaa kalau nak bersaing secara sihat tak apa, secara jahat, memang mendapat.

Kenangan juga yang membuatkan Faiz imbas semula cara ayahnya bekerja. Apa rahsia ayahnya sampai boleh bertahan dan membuatkan pelanggan kekal datang. Kita kadang lupa, tapi kenangan masa kita kecil dulu boleh buat kita fikir balik hala tuju hidup kita.

5. Melepaskan.

Bukan senang nak melepaskan sesuatu kalau benda tu memang ada sentimental value dengan kita. Tapi itulah, kena tengok pro and cons untuk teruskan sama ada berbaloi atau tidak. Faiz tak boleh nak teruskan kedai, dah give up dan ada pula offer bagus baik dia terima. Tapi itulah, akak suka part dia kenang balik sebab kedai ayah dia jadi kegemaran pelanggan. Sebab ayah dia pemurah dan tak berkira. Kadang-kadang meniaga ni bila tak kedekut, Allah bagi lagi banyak, ye tak? Berpada-padalah kan, ikut kemampuan.

Lepas tengok filem ni, rasa nak pi jenjalan Ipoh pulak. Boleh try donat Noor Jahan Bakery. Ehhhh


Kredit: Jom Explore




Like dan Follow Facebook: Journey of Something

Makan-makan Raya Keluarga Besar


Selamat Hari Raya korang! Dah nak habis Syawal dah kan tapi biasalah Malaysia kan raya sebulan :D 

Berjodoh dengan orang Jawa, raya memang meriah ya. Saudara-mara ramai, lagi-lagi bila sepupu semua dah kahwin jadi rombongan raya pun dah boleh jadi macam rombongan kenduri!

Jadi, walaupun nak jamu saudara mara, dah macam open house dah ni ha.

Gitulah orang Jawa, sangat senang dan seronok menjamu makan pada tetamu. Lebih tak apa, jangan kurang atau tak cukup. Itulah yang Akak belajar sejak jadi menantu keluarga Jawa ni.

Ini antara menu yang dihidangkan. Ada yang MIL masak, ada yang SIL order. Ada yang kami beli aje buat tambah-tambah. Alhamdulillah habis, seronok tengok tetamu enjoy makan. Hilang penat tolong MIL masak. Hehe

Kami masak mi kari, lontong, sambal tumis, nasi impit, kuah kacang, daging masam manis, teh tarik, kopi o, sunquick oren dan ros laici.




Pulut panggang (kalau orang kampung Akak panggil pulut udang) dan agar-agar lumut. Pulut panggang memang sedap, pulutnya lembut dan intinya pun agak banyak dan kelapanya tak terlalu kering. Laku kerassss. Agar-agar pun sama. Secukup rasa.

Yang kuning tu talam Tokyo. Bawahnya sagu, atasnya kastard kot. Sedap kalau makan sejuk-sejuk. Kaler warna-warni tu kek marble, pun lakuuu. Bawah sekali terpaling laku - kek coklat moist leleh. Habissss.




 Aneka dessert. Ada brownies, tart telur, tart buah, pavlova (ini paling cepat habis).

Karipap pusing pun laju juga. Sedap kole kacang tu, tiap-tiap kali raya mesti adik ipar order. 




Roti jala kari ayam antara yang paling diserbu. Petang tu siap tambah order sebab dah habis licin. 

Mi kari pulak, MIL masak. Kisahnya kuah kari tu menyusut tapi lauk-pauk dalam tu banyak lagi. Fishball, fishcake, ayam, tauhu goreng tetamu tak kaut, diorang cedok kuah je heeee. So tambah kuah dengan tambahkan air, santan dan perasa. Cair sikit berbanding first round tapi tetap habis licin sampai ke titisan kari terakhirrrr. Alhamdulillah.




Jemput-jemput. Wajib buat ni kalau adik-beradik MIL datang. Pakat minat jemput-jemput ni. Padahalnya simple amat, hanya tepung gandum, telur, serbuk udang kering. Goreng panas-panas, cecah dengan sambal tumis atau kuah kacang. 

Alhamdulillah. Puas hati dapat jamu tetamu yang datang. Memang penat tapi itulah silaturahim dan makna berhari raya dan bersaudara. Semoga Allah ganjarkan pahala kepada tuan rumah yang bersusah payah dan juga tetamu yang sudi bertandang.



Like dan Follow Facebook: Journey of Something