1.3.24

Tukar Duit Syiling di Putrajaya

Duit syiling yang ada banyak dalam tabung atau terkumpul tu, rugi kalau disimpan macam tu je.

Biasanya kita pun tak angkut banyak duit syiling kalau pegi kedai kan? Bawa balik banyak lagi syiling ada lah...




Hari tu kami ke Putrajaya nak depositkan sikit duit syiling yang lama tersimpan dalam balang. Tabung pun tak cukup dah. Lama sangat dah, boleh tahan beratnya.

Mula-mula ke Tabung Haji, sebab suami dapat info dari bank lain, katanya di TH, penukaran boleh buat setiap hari bekerja. Ada bank, kita kena datang hari tertentu saja.

Jadi, kalau ada akaun TH, boleh pegi sana dan maklumkan pada pegawai tu kita nak tukar duit syiling. 

Nanti kita kena isi borang dan tunggu je.

Limit satu pelanggan tak silap RM500 saja. Jadi, kalau duit syiling ada banyak sangat lebih daripada amaun tu, kena datang semula hari lain. TH buat macam tu supaya pelanggan seterusnya ada peluang nak tukar/simpan. 

Yang penting kena ada akaun TH tau. Kalau tak ada, boleh buka akaun baharu. Sebab nanti duit syiling tu akan didepositkan ke akaun.

Bilakah duit akan masuk ke akaun?

Kena tunggu dalam 5 hari bekerja. Bukan terus masuk tau. Kalau urgent nak pakai duit, elakkan pegi tukar di TH. Tapi kalau nak memang niat nak tambah saving di TH, okey je.

Dan, pertukaran boleh buat sebelum pukul 12 tengah hari saja. Petang tak de.

Pernah sekali kami nak tukar di TH tapi malangnya mesin tukar syiling diorang rosak hari tu. Pegawainya cadangkan ke Bank Islam (BIMB) Putrajaya, tak jauh sangat dari situ di Presint 1. Berhadapan Kementerian Kewangan dan Perbendaharaan.

Masa pegi tu terkial-kial juga sebab tak biasa. Nak cari parking tu agak susah mulanya. Husband berhenti tepi jalan besar dulu, Akak masuk bank tanya kalau-kalau servis tukar syiling ada hari ni. Kalau ada, baru kami parking. 

Alhamdulillah boleh. Kami cuba masuk ke bangunan Suasana PJH Blok B dan parking di basement. Syukur dekat je jalan ke BIMB tu. Cuma lenguh sikitlah tangan mengangkut duit syiling tu.

Pegawai BIMB berikan borang dan kita kena isi. Lepas tu beratur tunggu depan bilik khas sebelah mesin ATM. Tak payah berurusan di kaunter pun. 

Lepas pelanggan sebelum kita keluar bilik tu, nanti ada pengawal keselamatan akan panggil kita masuk. Tunggu je.

Kat BIMB, tiada had amaun boleh tukar, servis ada setiap hari bekerja, juga sebelum jam 12 tengah hari.

Yang best, lepas tukar, duit terus masuk akaun. Haa sebelum tu pastikan ada akaun BIMB lah ya. 

Selesai hal duit syiling. Lega. Alhamdulillah.

Sepanjang dok tukar duit syiling ni, baru perasan ada terselit duit syiling lama, syiling negara luar, syiling yang dah rosak.

Ada 50 sen, 20 sen, 5 sen dan 1 sen lama tu, akak simpan beberapa keping buat kenangan. Duit luar negara tak laku kalau nak tukar, jadi akak simpan je dalam album syiling beli kat Shopee. Ada la beberapa keping duit Korea, China. 


Contoh duit syiling yang tak diterima. 
Kredit: malaysianbanknotesandcoins.blogspot.my



Kalau korang ada simpan duit syiling banyak-banyak tu, cubalah tukar. Kadang-kadang nampak macam sikit tapi bila dah dikira, banyak tau.

Kalau korang tak sempat ke bank, ada mesin tukar syiling layan diri je. Boleh check mesinnya ada tak yang berhampiran >> Senarai mesin tukar syiling sendiri


Like dan follow Facebook: Journey of Something

19.2.24

Aktiviti Cuti Sekolah: English Worksheet by Teacher Fiera and Miss Ash

Kalau nak anak-anak seronok buat latihan English, boleh cuba worksheet yang dibuat oleh Teacher Fiera dan Miss Ash.



Contoh soalan oleh Teacher Fiera.




Contoh latihan oleh Miss Ash.



Kat sekolah anak-anak Akak pun guna latihan daripada cikgu berdua ni juga kadang-kadang. Pernah dulu memang buku kerja tu beli yang Teacher Fiera punya. 

Akak sendiri pun suka guna sebab jelas, menarik dan anak mudah faham. Tulisannya cukup besar, grafiknya pun sesuai dengan anak-anak. Latihannya pun anak mudah nak faham, ruang jawapan pun cukup besar nak menulis.

Selain tu, silibus memang ikut buku teks, jadi anak-anak patut biasa je belajar sama macam kat sekolah.

Akak download versi pdf yang percuma saja. Tapi kalau nak latihan yang lebih banyak dan komprehensif boleh je beli buku cikgu-cikgu ni.

Boleh tengok info di website Teacher Fiera dan Miss Ash.

Boleh join channel atau media sosial diorang untuk tahu perkembangan, nak beli buku atau nak guna mana-mana bahan bantuan mengajar untuk English.

Nak guna untuk cuti sekolah pun bagus sangat, anak-anak Akak yang Tahap 1 buat sekejap je dah siap. Masing-masing boleh buat sendiri je sebab mudah nak faham. Cubalah.


Like dan Follow Facebook: Journey of Something 

Aktiviti Cuti Sekolah: Kem Muslim Superb


Nasib baiklah kem untuk anak-anak dibuat pada minggu pertama cuti sekolah. Jadi tak adalah diorang malas-malas sangat sebab belum nak vibe cuti tu kan.

4 hari anak hadir ke Kem Muslim Superb ni, tempatnya di Sekolah Rendah Islam Integrasi Az- Zikri, Puchong Permai.




Tempatnya selesa, ustaz dan ustazahnya okey, yuran kem pun alhamdulillah berpatutan untuk 4 hari.

Seronok anak-anak kata. Banyak input, ilmu baharu, kawan-kawan baharu, kemahiran baharu.

Balik je macam-macam cerita. Alhamdulillah, ada juga pengisian bermanfaat dalam cuti ni.

Belajar masak menu yang simple (kek batik, cornflakes madu, lempeng), pengurusan jenazah, asas memanah, solat Dhuha, asas akhlak, bengkel jawi.




Sebenarnya tempat kem ni, sekolah rendah islam integrasi. Baru je buka. 

Kalau nak hantar anak ke sekolah yang ajar silibus KPM dan JAIS sekaligus, bolehlah hantar ke sini. Tapi buat masa ni untuk Tahun 1 dan 2 je dulu. 

Senang kat sini sebab sekolahnya dekat dengan kedai (Mr DIY, 99 Speedmart, 7-Eleven, Watsons, Stesen Minyak Caltex), cuma parkingnya mencabar sikitlah tapi masih okey.

Nak transit anak pun boleh. Nak masuk kelas mengaji pun ada juga.

Boleh hubungi nombor ustaz dan ustazah kat dalam poster ni ye.

Facebook sekolah: SRII Az-Zikri




Kembali kepada kem cuti sekolah.

Sebenarnya banyak je apa-apa kem pun sepanjang cuti ni. Pilihlah yang mana yang kita mampu, yang mana memudahkan. 

Kem anjuran masjid pun ada juga. Kebanyakannya ajar memantapkan solat, hafazan, mengaji al-Quran. Kelas-kelas seni kreatif pun banyak juga. 

Kalau berkemampuan, hantar je anak bagi diorang ada pendedahan dan tambah ilmu/kemahiran baharu.

Tak boleh hadir yang fizikal, yang online pun ada. 

Sekurang-kurangnya ada juga pengetahuan baharu dalam cuti sekolah ni.



Like dan Follow Facebook: Journey of Something