19.2.24

Aktiviti Cuti Sekolah: Jadual Harian Semasa Cuti

Anak-anak dah selesai Kem Muslim Superb selama 4 hari minggu pertama cuti sekolah. Jadi, minggu kedua ni, Akak kena plan sendirilah apa yang diorang nak kena buat di rumah.

Memang dah lama husband kata buatkan jadual untuk anak-anak, kalau tidak memang ke laut lah masing-masing mengadap game dan Youtube saja *sigh*

Akak ada juga save jadual kawan-kawan lain yang diorang buat untuk anak-anak diorang, so Akak adalah idea sikit.

Buka Canva, pilih template 'kids schedule' yang paling berkenan. Zup zap masukkan semua yang Akak nak anak buat, print. Ha settle.

Anak-anak pun hairan macam mana cantik sangat jadual diorang ni siap ada nama masing-masing. Haha the power of Canva kan. Apa susah...

Akak print colour, then tampal depan  pintu bilik. Diorang tak tentu hala nak buat apa, akak suruh refer jadual, senang. Sebenarnya panduan untuk Akak sendiri juga. Kadang-kadnag Akak pun ralit dengan kerja sendiri, anak-anak terkontang-kanting last sekali cuti sekolah habis macam tu je. 

Ini contoh jadual untuk anak-anak Akak. Subject to change tau. Haha. Biasalah budak-budak dah kata nama cuti, kat rumah pulak macam-macam akal diorang nak mengelat lah, bergaduh lah.

Tapi at least adalah panduan sehari-hari nak buat apa.

Akak ajar subjek-subjek sekolah tu taklah strict sangat. Bagi buat latih tubi, fun worksheet, lukis, mewarna. 

Kalau tak dapat achieve semua, dapat commit separuh pun Akak dah cukup happy dah.




Kurang 3 minggu lagi dah nak masuk penggal baharu dah. Lepas tu terus puasa. Banyak nak kena prepare ni. Semoga dipermudahkan untuk semua mak ayah.


Like dan Follow Facebook: Journey of Something

10.2.24

Bosan Kayuh Basikal Senaman (Indoor Bike)? Cuba Tip Ini

Akak ada satu indoor bike. Beli masa zaman PKP, dengan harapan besar supaya masyarakat kat rumah ni rajin-rajin bersenam biarpun tak boleh keluar rumah dan beriadah.

Husband beli bike yang agak mampu miliklah masa tu, terpengaruh dengan adik sebenarnya. Haha

Berguna juga cuma sekarang ni agak dipandang sepi dan kadang-kadang lupa dia indoor bike sebab menyamar jadi tempat gantung baju! 



Gambar hiasan. Model bike akak lebih kurang macam nilah. Sempoi je. Waktu beli tu rasanya tak lebih RM300 kat Shopee.

Walau bagaimana jarang guna sekalipun, nak let go dia agak berat hati. Benda dah ada kan. Masih elok lagi pun. Cuma nak konsisten guna tu agak mencabar sebab cepat boring wei. Kayuh-kayuh kat situ jugak ha (eleh... kalau treadmill pun samalah kan?)

Sebenarnya indoor bike ni boleh jadi tool yang sangat berguna kalau nak kurus. Cuma kena pandai cari cara untuk jadikan indoor cycling ni menarik.

Tip-tip ni yang akak pernah guna:

1. Sambil kayuh, sambil pasang video Youtube daripada point of view cyclist. Akak suka view kat channel ni: Indoor Cycling Videos . Ini salah satu video yang akak penah follow. Feeling mengayuh kat Italy, kau hado? Hahahaha


2. Ikut video HIIT kat channel ni: Global Cycling Network . Memang berpeluh wei. Pilihlah rutin mana yang sesuai dengan kita. Jangan terus ikut yang advance kalau kita baru nak mula. Cramp keras kejung kaki kau karang. Yang beginner, yang 15 mins workout, tu mungkin pilihan yang baik. Yang penting, rasa nak pitam, dah penat gila, stop kejap. Nampak cam simple je tapi padu weiii. Akak pernah follow dan fuh peloh mencerau dekkkkkk



3. Tengok drama/movie. Ni kalau nak santai kayuh leha-leha bolehlah. Letak phone/tablet kat holder depan tu, then kayuh punya kayuh tak sedar dah 30 mins atau 1 jam (habis 1 episod cerita). Eh! Jadilahkan...




Sekian tip. Korang yang ada indoor bike tu, bolehlah sapu-sapu habuk mana yang patut. Kalau ada laman lagi best sambil tengok view pokok-pokok ke bunga-bunga ke. Pasang lagu... feeling kayuh basikal kat taman ataupun dalam kampung. Ngeeee






9.2.24

Ada Masalah Kereta, Tak Tahu Punca, Boleh Check di Bengkel FZ Automobile, Tempat Menunggu Pun Selesa!

Kadang-kadang kereta ni misteri juga. Dah tukar macam-macam komponen pun, ada masanya tak kena juga. Biasalah kereta kan complicated sikit, banyak benda bersangkut-paut. Dah bawa ke bengkel pun kadang-kadang berulang lagi masalah yang sama.

Satu bengkel kereta yang akak boleh recommend, FZ Automobile di Puchong. Pekerja-pekerjanya semua mesra, kita cakap je apa masalah kereta, diorang akan cuba sampai selesai.

Itu satu. Satu lagi, tempat menunggu untuk pelanggan pun selesa. Bengkel pun bersih. Ownernya Melayu. Pekerja semua pun yang akak nampak setakat ni semua Melayu juga.

Sementara nak tunggu kereta tengah baiki, boleh minum kopi dulu. Percuma. Ada mesin kopi Aristo. Air kotak pun ada. Gula-gula, limau mandarin pun ada kat meja sebelah lagi akak lupa nak ambik gambar.


Biliknya takde aircond, tapi sejuk sebab kipas kecik yang power tu. Brand Mugen. Speed Medium pun kuat juga anginnya. Dan bilik tu dipasang juga ventilating fan, so taklah berbahang panas sangat. Ada sofa dan kerusi boleh duduk sementara tunggu kereta siap.


Ada tisu, ada bakul sampah. Bersih tempatnya.

Tandas pun bersih, in case kalau ada urusan yang mendesak boleh lah tumpang. Hehe

Kalau nak cuba ke sini, boleh checkidaut sini ye:

Lot No 30E, Jalan Kampung Sg. Baru, Kampung Sg. Baru 47100, Puchong. Selangor. Malaysia

Ada dua bengkel. Tapi selang dalam beberapa ratus meter je. Pegi memana pun boleh.