6.2.24

Ini Baru Sarap! - Nurul Sate Batang Pinang, Kampung Tengah, Puchong


Kalau korang suka makanan Johor, boleh cuba kat Nurul Sate Batang Pinang ni.

Banyak bethol menu dia sampai taktau nak pilih apa. Tapi terpaksa juga pilih kan sebab lapar. Hehe

Ini set kacang pool. Memang feveret akak ni. Dulu-dulu susah nak cari. Sampai belajar buat sendirilah. Sekarang.... merata ada. Order jelaaa

 Kuah kacang pool tu sedap ada daging dan kacang kasar-kasar. Jadi bila kita cicah roti tu rasa puas makan.


Ni dia punya killer. Sate ayam dan daging. Pun puas makan sebab isi dia cukup rasa dan perapan, sejuk pun masih sedap (akak tapau). Kuah dia pun ok, tak pedas sangat cuma akak lagi suka kuah sate yang pekat sikit, baru cicah sate, kuahnya berpalut dan melekat. Timun dan bawang tak berapa fresh masa ni, mungkin baru defrost ke apa ke tak tau le. 


Lontong kering sambal paru. Boleh pilih rendang daging atau sambal sotong juga. Tak berapa minat menu ni. Saja nak cuba. Akak lagi suka lontong kuah je kot. Haha.


Laksa Johor pun ada, boleh tahan sedap cuma portion dia agak banyak. Boleh kongsi 1-2 orang. Kuah pekat dan cukup rasa. Gambar tak sempat ambik. Yang ini akak recommend untuk cuba. Sedap.

Kalau korang nak sarapan sini, bersedialah dengan tempat parking yang terhad dan tempat makan pun terhad juga. Sebenarnya tempat makan banyak juga tapi cepat penuh. Nak selesa, weekdays la kalau berkelapangan. Kalau weekend, sekitar jam 9-10 pagi memang penuh. Tu je nak cakap. Haha

Akak pernah pegi sarapan je. Tengah hari penah order delivery. So far banyak yang sedap. Korang cubalah.

nurul sate batang pinang, sate sedap puchong, sarapan puchong







5.2.24

Labu Siam Tumis Udang Kering

Sepanjang lebih 40 tahun hidup ni, inilah pertama kali akak masak labu siam. Itupun masa beli, tak tahu pun apa bendanya, ingatkan macam labu air ke lobak putih ke sebab nak masukkan dalam kuah dal sayur. End up lepas dah Google macam tak sesuai nak masuk dalam kari dal. Jadi akak buat sup je, sedap rupanyaaaa

Anak akak pun cakap sedap. So next akak pi kedai Acheh akak beli lagi sebab nak cuba buat tumis pulak. Aduhhh memang sedap jugaaaa

Gitulah kan, kena berani mencuba dan rasa sendiri baru tahu.

Labu siam 

Ini ha labu siam tumis udang kering. Buat ratah je pun boleh. Makan dengan nasi pun boleh.

Labu siam, kari ayam

Hari tu akak makan dengan kari ayam. 

Labu siam ni, sebelum masak, rendam dulu dalam air garam untuk buang lendir dan getah dia tu. Masak pun takde lah lama sangat. Baru sedap crunchy gitu.

Akak cari resipi kat Cookpad. Banyak rupanya cara nak masaknya tapi yang paling sedap dibuat sup atau tumis ginilah. 

Khasiatnya korang boleh baca kat sini: Manfaat Labu Siam

Korang suka tak labu siam?


Gini ha rupanya. Macam jambu batu pun ada.




4.2.24

Taman Rekreasi Putra Heights

Nak bawa anak-anak riadah ni, paling best pi taman rekreasi. Taman-taman sekarang dah banyak yang sediakan trek yang selamat, equipment macam kat gimnasium, ada taman yang terjaga elok jadi kita nak bawa anak pun rasa selesa.

Kat Taman Rekreasi Putra Heights ni, cantik pun ya sebab dia naik ke bukit sikit. Jadi view dia agak saujana mata memandang. Sebelahnya Masjid Putra Heights.

Kat sini, kemudahan macam court ni basketball, futsal ada cuma kurang terjaga. Tiang gol berkarat, court pun tak diselenggara ada yang pecah, berlumut dan licin. Tapi masih boleh guna secara runcit-runcit.

Tapi laluan pejalan kaki dan pokok-pokok, taman permainan ok je. Selalu nampak ada pekerja dok buat pembersihan dan maintenance. Toilet pun ada. Parking pun agak mudah (kalau weekdays), kalau weekends agak penuh.

Ada beberapa hari anak-anak direhatkan dari sekolah, jadi akak heret diorang buat aktiviti luar. Seronok lah depa dapat release tenaga. Lagipun tak ramai orang, dapat guna court senang hati, parking pun banyak kosong. Nak jerit jerit pun tak ganggu orang sebab tak ramai.

Yang best boleh hiking dan boleh sampai ke Sekolah Antarabangsa Kingsley. View dari atas memang subhanallah cantik gila. Kalau mendaki awal pagi mesti lagi cantik nampak matahari naik.




Kadang-kadang akak bawa je anak-anak pi ke taman bagi diorang keluar peluh sikit. Biar buat aktiviti fizikal bagi otot semua bergerak.

Sesekali bawa bola, raket badminton, apa-apa jelah yang boleh main. Sambil tunggu diorang dok baling bola tu akak buatlah workout akak sendiri.

Kalau akak sorang, akak suka briskwalk je. Dapat 4-5k langkah pun cukup dah. Kalau sampai 7k alhamdulillah.

Jalan, pusing-pusing, dah keluar peluh sikit tu, okeylah. 

Yang penting kena usahakan bergerak. Bagi otot tu bekerja. Kalau tak, kang lama-lama jadi malas. Otot jadi keras kejung, jem. 

Biasa selisih dengan orang tua-tua. Baik Cina, India, Melayu. Mencerau peluh diorang berjalan je pun. Seronok tengok.

Tadi, ada sorang pak cik, agak berumur jugak. Berpeluh-peluh dia. Masa jalan ke kereta dah tanggal baju, tukar tshirt. Naik BMW. Masa tu sekitar jam 10 pagi. Akak cakap kat anak-anak, agaknya kejap lagi atok tu masuk ofis lepas dah exercise. Entah-entah bos. 

Bos akak dulu macam gitu. Dah dia bos, dia masuk lewat pun takde sapa nak marah... haha

Gitulah, selagi boleh aktif, cubalah. Jangan biar badan tu lemau lesu.