3.2.24

Snek Zaman Sekolah - Sate Ikan Motor


Hari tu, ada motor jual sate ikan ni melintas. Ahh terus akak pi borong sate ikan ni buat makan dengan anak-anak.

Masa sekolah dulu, baru 10 ke 20 sen secucuk. Ada seringgit boleh makan 5-10 cucuk. Heaven gila!

Yang akak beli ni, 3 cucuk seringgit. Okeylah. Nak buat sendiri malas kan. Tapi penah beli yang frozen, ok juga. Tinggal bakar je boleh makan panas-panas.

Korang yang area Puchong Prima boleh cuba sate ikan dan lokching kat brader motor ni, dia meniaga depan OTK. Petang-petang gitu dia adalah.

Hmm akak tak ingat berapa cucuk akak belasah. Kemain kau mengimbau snek zaman kecik-kecik kan.

2.2.24

Mengaji di Rumah

Anak-anak akan belajar mengaji Muqaddam dan Quran dengan ustaz seminggu sekali. Sebelum ni, seminggu 3 kali, tapi sebab anak nombor 1 akak ada tuisyen online malam yang clash dengan jadual mengaji, jadi seminggu sekali sajalah.





Lain hari, diorang mengaji dengan akak kat rumah, biasanya lepas solat Maghrib.

Selalu, akak kena jerit juga "Mai mengaji lekaihhhhhh!"

Tapi malam ni, akak sebenarnya dah terlewat sikit solat Maghrib, ingatkan takpelah skip mengaji malam ni. Sekali elok akak habis solat, anak-anak dah sibuk nak mengaji berebut siapa dulu.

Diorang dah macam automatik lepas Maghrib kena mengaji. Kadang tu sanggup mengaji kat rumah sebab tak nak mengaji dengan ustaz. Ala.. ustaz garang dan tegas sikit... ustaz kat kampung. Tapi akak suka sebab cara ustaz tu mengajar anak-anak ingat. Agaknya teknik dia mengulang banyak kali, jadi ingatan tu lama dalam otak. Banyak juga improvement, sebab tu tak berhentikan, cuma kelas berkurang ajelah.

Mengaji kat rumah ni, sempoi-sempoi ajelah. Akak pun taknak lah stres sangat. Anak-anak pun happy. Walaupun kadang tu moncong juga tapi mengaji kita takleh nak kompromi sangatlah. 

Tahan sabar je aku ni haaa

Yang sulung, dah Quran. Jadi nak kena semak panjang pendek dengung tak dengung. Alhamdulillah akak ada belajar mengaji sikit dengan ustazah masa PKP, dapat refresh tajwid dan semak bacaan anak.

Yang no 2 dah start Juz Amma sebab kalau kat Iqra tu dia dah lancar. Macam senang sangat kat dia. Since dia macam dah boleh membaca, akak skip je Iqra tu. Setakat ni ok je dia baca surah-surah pendek. Yang ni alhamdulillah cepat dapat dan faham. 

Yang no 3, masih Iqra. Memang agak lambat sikit sebab dia banyak lupa. Tapi akak guide ajelah bagi dia tak stres. Slow pun takpe. Tapi ada improvement lepas mengaji ngan ustaz. Cuma masih ada huruf-huruf yang dia masih tertukar. Tapi tak apa, hari-hari baca insya Allah lama-lama ingatlah.

Gitulah. Kadang nak ajar mengaji anak sendiri ni, bukan tak boleh tapi cabaran menahan sabar. Tapi tengok diorang excited dan nampak improvement, akak dah happy.

Mudah-mudahan istiqamahlah sepanjang cuti sekolah nanti.


25.1.24

Senaman Impak Rendah 20 Minit Sehari

Menyedari diri makin gemuk dan berbonjol di sana sini, maka akak terpaksa merajinkan diri bersenam.

Makan pun jaga juga, tapi banyaknya cheat day daripada true day! Kah kah

Takpe, one step at the time okey.

Sebab akak dah lama meninggalkan arena mem-fitkan diri, maka nak mula balik tu mencabar juga.

Jadi akak pilih senaman yang impak rendah (low impact) saja dulu. Akak mula dengan senaman kardio untuk beginner.





Kalau kita baru nak mula atau dah lama tak bersenam, jangan bercita-cita tinggi sangat ikut yang ekstrim. Tak terbawa nanti. Sakit badan sana sini, risau terus putus asa je nanti terus serik nak bersenam.

Jadi, ikut kemampuan badan ye dan mula runcit-runcit dulu okey.

Ada banyak video boleh cari di Youtube. Ini akak kongsikan satu. 20 minit saja. Tapi lepas tu tegang juga otot betis. Menderu juga peluh di dahi.

Cubalah!