2.2.24

Mengaji di Rumah

Anak-anak akan belajar mengaji Muqaddam dan Quran dengan ustaz seminggu sekali. Sebelum ni, seminggu 3 kali, tapi sebab anak nombor 1 akak ada tuisyen online malam yang clash dengan jadual mengaji, jadi seminggu sekali sajalah.





Lain hari, diorang mengaji dengan akak kat rumah, biasanya lepas solat Maghrib.

Selalu, akak kena jerit juga "Mai mengaji lekaihhhhhh!"

Tapi malam ni, akak sebenarnya dah terlewat sikit solat Maghrib, ingatkan takpelah skip mengaji malam ni. Sekali elok akak habis solat, anak-anak dah sibuk nak mengaji berebut siapa dulu.

Diorang dah macam automatik lepas Maghrib kena mengaji. Kadang tu sanggup mengaji kat rumah sebab tak nak mengaji dengan ustaz. Ala.. ustaz garang dan tegas sikit... ustaz kat kampung. Tapi akak suka sebab cara ustaz tu mengajar anak-anak ingat. Agaknya teknik dia mengulang banyak kali, jadi ingatan tu lama dalam otak. Banyak juga improvement, sebab tu tak berhentikan, cuma kelas berkurang ajelah.

Mengaji kat rumah ni, sempoi-sempoi ajelah. Akak pun taknak lah stres sangat. Anak-anak pun happy. Walaupun kadang tu moncong juga tapi mengaji kita takleh nak kompromi sangatlah. 

Tahan sabar je aku ni haaa

Yang sulung, dah Quran. Jadi nak kena semak panjang pendek dengung tak dengung. Alhamdulillah akak ada belajar mengaji sikit dengan ustazah masa PKP, dapat refresh tajwid dan semak bacaan anak.

Yang no 2 dah start Juz Amma sebab kalau kat Iqra tu dia dah lancar. Macam senang sangat kat dia. Since dia macam dah boleh membaca, akak skip je Iqra tu. Setakat ni ok je dia baca surah-surah pendek. Yang ni alhamdulillah cepat dapat dan faham. 

Yang no 3, masih Iqra. Memang agak lambat sikit sebab dia banyak lupa. Tapi akak guide ajelah bagi dia tak stres. Slow pun takpe. Tapi ada improvement lepas mengaji ngan ustaz. Cuma masih ada huruf-huruf yang dia masih tertukar. Tapi tak apa, hari-hari baca insya Allah lama-lama ingatlah.

Gitulah. Kadang nak ajar mengaji anak sendiri ni, bukan tak boleh tapi cabaran menahan sabar. Tapi tengok diorang excited dan nampak improvement, akak dah happy.

Mudah-mudahan istiqamahlah sepanjang cuti sekolah nanti.


25.1.24

Senaman Impak Rendah 20 Minit Sehari

Menyedari diri makin gemuk dan berbonjol di sana sini, maka akak terpaksa merajinkan diri bersenam.

Makan pun jaga juga, tapi banyaknya cheat day daripada true day! Kah kah

Takpe, one step at the time okey.

Sebab akak dah lama meninggalkan arena mem-fitkan diri, maka nak mula balik tu mencabar juga.

Jadi akak pilih senaman yang impak rendah (low impact) saja dulu. Akak mula dengan senaman kardio untuk beginner.





Kalau kita baru nak mula atau dah lama tak bersenam, jangan bercita-cita tinggi sangat ikut yang ekstrim. Tak terbawa nanti. Sakit badan sana sini, risau terus putus asa je nanti terus serik nak bersenam.

Jadi, ikut kemampuan badan ye dan mula runcit-runcit dulu okey.

Ada banyak video boleh cari di Youtube. Ini akak kongsikan satu. 20 minit saja. Tapi lepas tu tegang juga otot betis. Menderu juga peluh di dahi.

Cubalah!

23.1.24

Welcome to Samdal-ri: Antara Sinematografi Jeju, Staf Aniaya Bos dan Suami Terpaling Sedih


Korang yang pernah atau suka tengok Hometown Cha Cha Cha, mesti akan suka juga drama Welcome to Samdal-ri.





Masih mengekalkan latar belakang Pulau Jeju, jadi yang pasti sinematografi memang cantik-cantiklah. Laut, hutan, rumah kampung dan kejiranan yang cakna tentang jiran masing-masing.

Memang tak tahan betoi kalau satu-satu rahsia pecah. Dapat berita ke sorang mak cik bawang, pasanglah satgi esok satu kampung dah tau cerita. Haha

Drama ni macam gabungan banyak cerita pulak akak rasa.

Pasal peramal cuaca - macam Forecasting Love and Weather
Pasal background Jeju - tentulah Hometown Cha Cha
Pasal 5 sekawan yang rapat gila - drama Hospital Playlist, pun 4 lelaki plus 1 perempuan
Cho Yong-pil - pun Hospital Playlist, sebab banyak lagu depa cover dalam drama ni, salah satunya daripada penyanyi lejen Korea ni
 
Setakat yang akak dah tonton ni, memang best. 

Antara isu dalam cerita ni:

1. Setiap orang bersedih atas kehilangan seseorang. Tak semestinya pasangannya saja. Dalam cerita ni, suami Bu Mi-ja mungkin yang terpaling sedihlah, konon-konon dia saja yang sedih sedangkan orang lain teruskan hidup seperti biasa. Dia tak sedar yang anak dia juga suffer, kawan baik isterinya pun sama, mak mentuanya pun suffer juga. Tapi tak semestinya kita dok nak tunjuk sedih dan protes sampai kita pulak yang mati dan paksa orang ikut sedih dengan kita dan tak boleh move on.





2. Kita berkorban dengan anggapan orang lain akan bahagia. Tinggalkan mereka dan bawa diri. Sedangkan yang berkorban dan terkorban dua-dua pun suffer sebab tak boleh nak proceed dengan perasaan masing-masing. Yong-pil minta putus sebab dia rasa tu punca Ko Mi-ja sakit. Sam-dal minta putus sebab bapak Yong-pil merayu jangan teruskan perhubungan. Masing-masing berpisah tak explain punca sebenar. Bahagia ke dengan pilihan begitu? Tak jugak.





3. Kawan baik akan sentiasa menyokong waktu senang, susah atau dalam diam. Sam-dal memang untunglah, kawan baik dia semua lelaki, pantang dia kena serang, penyerang confirm kena balik Sebab depa tau Sam-dal tak bersalah. Kadang-kadang kita ni tak kuasa dan tak kuat nak defend diri sendiri. Tapi itulah, ada kawan-kawan yang speak out the truth, kita jadi yakin sikit dengan tindakan kita seterusnya.




4. Peranan seorang mak. Mak-mak ni, walaupun diam, walaupun nampak tak kisah tapi banyak yang dia fikir. Dia banyak perhati, dia banyak juga menegur. Dan tegur pada waktu yang sesuai. Back up anak waktu anak diserang kalau dia percaya anak dia tak salah. Tapi tak membabi buta, dia dah clarify dulu dengan anaknya. Baru bertindak. Orang buli anak dia, ambik dia bagi sedas makan tak habis. Kena simbah cuka lagi memang padan muka si Bang Eun-ju dengan Cheong Chun-gi. Huuuu masa ni memang rasa satisfying gila!





5. Orang yang nak buat aniaya kat kita ada saja di mana-mana. Sengaja reka cerita, tak boleh tengok orang lebih. Sengaja nak menjatuhkan kita. Fuh media sosial ni kadang kita banyak tertipu ja kalau tak selidik betui-betui. Sentiasa ada ruang saja orang nak aniaya kita sebab dengki. Tapi... tapiiii kalau memang orang yang berniat jahat, sedangkan kita tak buat atau bukan salah kita, lama-lama akan terbongkar juga sebab yang buat kat kita tu akhirnya akan kena balik kat dia. Bang Eun-ju tu... agaknya in real life memang banyak staf bawahan perangai macam ni. Depa ingat depa boleh celen bos sedangkan belum layak dan banyak lagi kena belajar. Tapi itulah perasan bagus dan pendengki ni kita susah nak ajaq. Bongokkkkkkk!





Okeylah. Akak ada lagi few episodes untuk catch up cerita ni. Apapun yang pasti, drama ni banyak keluarkan kita punya feeling atau emosi juga. Juga macam mana nak berdepan dengan situasi yang sama. How to respond and react. 

UPDATE:
Akak dah habis tonton. Memang satisfying gila dengan ending. 

Yang jahat dan khianat akhirnya dapat balasan juga.
Yang tenang dan sabar akhirnya akan berjaya.

Apapun, untuk KUAT dan BANGKIT, sangat penting kalau orang sekeliling dan keluarga SOKONG dan PERCAYA.

Akak bagi 5/5 bintang!


Like dan Follow Facebook Journey of Something tau!