Nama restoran Sate Hut, dah tentulah kedai sate kan. Tapi di luar kedai ada tergantung banner yang katanya "Bukan Sekadar Sate"... diiringi pelbagai menu lain macam mi kari, nasi ayam, laksa dan macam-macam lagi. Meriah rupanya menu dia, tak terhad pada sate je.
Ini sate ayam dan daging. Timun, bawang selambak tak kedekut fresh fresh lagi. Kuah kacang dalam mangkuk besar siap senduk dan mangkuk kecik. Konsep style Sate Kajang, cedok kuah masing-masing. Puas hati kuahnya banyak dan tak pedas sangat. Cuma akak rasa agak cair, susah nak berpalut kat sate, jadi nak makan tu meleleh-leleh kuahnya. Adehhh.. nasib baik ada mangkuk kecik. Hehe
Satenya sedap. Terasa perapannya. Mungkin perap semalaman kot. Bakar pun sedang elok, tak keras dan tak hangit sangat. Sesedap rasa. Betullah sate cita rasa klasik, saiz sate pun taklah besor gedabak atau kecik sangat. Okeylah sekali ngap seketul seketul tu. Harga 1 cucuk dalam RM1.30 (ayam) dan RM1.40 (daging) kalau tak salah. Rasanya sate perut dengan sate kambing pun ada.
Feveret Akak sepanjang zaman. Jarang jumpa laksa cam gini. Kuahnya tak pekat dan tak cair sangat. Yang penting tak kuat rasa belacan dan cilinya kisar halus. Telur rebus separuh. Ada hirisan timun dan bawang. Laksanya jenis yang licin tu, itu jelah yang Akak tak berapa minat berbanding laksa beras. Portion laksa banyak bethol, boleh kongsi dua orang ni. Yang ni Akak approved. Sedappppp!
Ini set nasi dengan daging masak hitam. Pun approved juga. Dagingnya lembut bethol, lerai-lerai. Rempah ratus, kicap, warna hitamnya tu ngam sangat. Nak seakan-akan dendeng tapi tak terlalu berempah. Dihidangkan bersama hirisan carrot dan timun, keropok warna-warni.
Nasi ayam penyet pun ada. Krup krap dia tu rangup bethol. Sambal penyetnya tak terlalu pedas, sesedap rasa je. Sup pun ok. Ayam, tempe dan tauhu pun sedap. Dihidang bersama timun dan daun salad.
Dine-in boleh, order online pun boleh. Ada Grabfood, Foodpanda dan satu lagi delivery service tak ingat Lalamove atau Shopee Food.
Kalau nak dine-in atau order delivery, orang sekitar Puchong, boleh pilih cawangan ni.
Sate Hut Puchong Perdana
No 33, Jalan Perdana 3/4,
Taman Puchong Perdana,
47100 Puchong, Selangor