22.12.19

Sarapan Sate Sedap di Pasar Awam Seksyen 6 Shah Alam

Membeli barang dapur basah yang segar dengan harga berpatutan tak ada tempat lain yang jadi pilihan akak melainkan pasar awam. 

Pasar tani pun akak suka, tapi sesekali pegi jugak pasar awam. Yang biasa pegi kat Seksyen 6. 

Bersih. Segar. Selesa.

Selalu pegi beli barang je tapi semalam pegi sarapan kat sana sekali. Husband beli sate. 

Wah! Tak sangka ada sarapan sate kat sini. 

Kami pernah sampai ke Serdang nak cuba Sate 7 Pagi tapi dek ramai sangat orang, kami patah balik dengan kekecewaan. Huhu

Akhirnya berrezeki kat Pasar Awam Seksyen 6 ni.

Kami sarapan nasi lemak sotong, ayam goreng rempah, sambal kerang, lontong.

Sate tu bungkus bawak balik.

Sate ayam dengan sate kambing.

Balik rumah excited jugak nak cuba sebab tak menahan dok bau sedap sate ni, aroma dia boleh tahan.

Isi sate besar-besar. Perapan dia pehhh sangat.

Allahuuuuu.... sedap sungguhlah!


Sate ayam, kambing dengan kuah kacang


lhamdulillah. Puas makan, sesuai dengan harganya RM1.50 secucuk. Makan 2-3 cucuk pun dah puas hati.

Ada lebih semalam, akak simpan dalam peti ais. Pagi ni akak panaskan dan taaa daaa buat isi wrap. Nyammm sangat.

Korang kalau nak cuba boleh la ke Seksyen 6 ye. Waze jelah Pasar Awam Seksyen 6. Gerai Che Kam, kalau tak salah namanya.

Cuma sabar sikit kena beratur dan tunggu. Hehe

10.12.19

Teh Hijau Sedap untuk Kurus


Akak mula ambil teh hijau sejak zaman dulu kala lagi, zaman nak kurus sebab nak kahwin. Masa tu tak banyak pilihan sangat seingat akak. Ada Boh Teh Hijau tapi rasa dia ya Allah, tak shedap!

Masa tu ada jugak kawan ofis dok minum. Dia guna Premium Green Tea NaturCare under Tupperware brand. Akak pernah cuba, better daripada Boh. Jadi akak pun mula lah minum teh hijau sejak tu.

Tapi taklah konsisten pun. Sebab mindset dok kata teh o boh gula tu juga yang sedap kan. Nak tukar rasa ke teh hijau yang tiada kemanisan tu ambil masa sikitlah.

Lama lepas tu berhenti. Hinggalah setahun dua ni berjinak kembali bila ada kesedaran kenapa orang yang nak turunkan berat badan ambil teh hijau.

Ini teh hijau yang original tau. Pure green tea. Atau yang flavoured sikit pun bolehlah macam campur jasmine, lemon, mint, earl grey.

Yang teh kurus tu.... hmm akak tak berapa nak recommend.

Sebab teh hijau selalu dikaitkan dengan kurus, yang akak petik daripada laman web Medical News Today:

1. Teh hijau bantu metabolisme badan jadi lebih efisien. Metabolisme tu apa? Proses yang membenarkan tubuh mengubah apa yang kita makan dan minum supaya jadi tenaga.

2. Dalam teh hijau ni, ada kafein dan katekin (catechin), iaitu sejenis antioksidan. Dua-dua bahan ni dikatakan mampu tingkatkan metabolisme menurut satu kajian.

3. Katekin bantu uraikan lemak berlebihan. Katekin + kafein boleh bantu tingkatkan jumlah tenaga yang digunakan oleh badan.

4. Walaupun teh hijau membantu dalam pengurangan berat badan tapi secara klinikalnya kesannya sikit saja namun tetap ada impak positif.

Nak kurus, tetap jua kena jaga makan dan bersenam. Kalau makan berkalori-lori dan minum sebaldi teh hijau pun tak jadi apa juga.

Jadi jangan salahkan teh kalau kita tak kurus-kurus.

Teh hijau cuma BANTU untuk proses kurus tu di samping amalan kurus kita yang lain.

Brand teh hijau apa yang akak suka?

Setakat ni, paling champion AHMAD TEA.

Mengikut kesukaan akak: Ahmad Tea, Twinnings, Boh.

Ahmad Tea punya pure green tea paling sedap yang kena dengan tekak akak. Dia tak pedaq / kelat sangat. Just nice rasa dia. Memang love lah. 

   


Twinnings pun sama. Siap ada flavour tapi yang sedap tetap jualah yang pure. Kalau suka kelainan bolehlah cuba jasmine, mint, earl grey atau lemon. Akak pilih tulen (pure), bang.


Boh... sekarang dah upgrade. Dah sedap dah. Sesekali akak beli juga kalau 2 brand atas tu tak jumpa.


So bagi sesiapa yang nak cuba ambil teh hijau tu, silakan. Nak minum masa bila?

Pagi masa breakfast boleh. Masa lunch pun boleh. Minum panas boleh, suam boleh, suam kuku boleh, sejuk pun boleh. Boh gula je tak boleh. Dan jangan cuba memang tak sedap.

Dan janganlah minum over sangat. Sehari 2-3 cawan je maksimum ye.

Ejen Ali The Movie, Review Seorang Mak

Sebelum cuti sekolah lagi, anak-anak dah sibuk tanya bila 28 November. Masing-masing sibuk nak tengok Ejen Ali The Movie (EATM), tak sabar nak tengok wayang.



Dalam kesibukan abahnya pun terpaksa mengalah sekejap bawa anak-anak ke pawagam. Nasib baik dekat, dalam 20 minit saja GSC dari rumah.

Tiket dah beli sehari sebelumnya, itu pun banyak seat dah penuh. Dapatlah juga seat sebelah tepi, okey juga. Harga tiket untuk kami lima beranak, RM50+. Tiket pun tak payah print, nak masuk hanya tunjuk e-ticket dan scan QR code saja.

Tak mengharap apa sangat pun daripada movie ni sebab tak tengok trailer sangat. Dengar OST, memang sedaplah cuma takde klip-klip sedutan jadi tak tahu nak expect apa. Anak-anak nak tengok, kita layankan sajalah.

Tetapi... tetapi...

Kepuasan mengatasi jangkaan. Kagum pun ya. Terhibur dan terharu, dua-dua rasa ada.

Terhibur dengan scene Mamak Maju, I bet most of the audience were!

Terharu bila part Ali berkomunikasi dengan mamanya, Aliya, yang sudah tiada.

At the end of the movie, it's beyond expectation!

Suka skor muziknya, suka plot cerita, suka isu-isu yang diketengahkan. Muzik memang brilliant, in fact I cannot move on from both songs - Bukalah Matamu dan Kita Jaga Kita. Kedua-duanya menyampaikan mesej yang tersendiri.





EATM bukan sekadar kisah tentang ejen rahsia dan misinya. Ia berkisahkan isu masyarakat yang dipinggirkan dan kurang diambil peduli, kawan yang mengambil kesempatan atas kebaikan kawan, apabila kawan menjadi lawan setelah pendirian masing-masing berbeza.

Anak-anak memang enjoy melihat aksi-aksi, dalam masa yang sama belajar mengendali emosi. Apabila kehilangan orang tersayang, apabila orang yang dipercayai, mengkhianati.

Scene yang paling terkesan pada akak, waktu Aliya muncul berdepan dengan Ali, menerangkan hal yang sebenar tentang siapa dirinya. Well... bab mak-anak ni memanglah touching kan.

Apapun, scene terbaik dah tentu lah Mamak Maju Servis Laju! Nasi goreng kampung telur mata tapi tak nak telur. Yeahhh



Pergilah tonton kalau berkesempatan. Bukan anak saja terhibur, mak abah semua sekali pun sama.

Jumlah kutipan RM13 juta selepas 7 hari! Pehhh tahniah team Primework Studios dan Wau Animations!