19.9.19

Journey Kurus Bersambung Lagi

Bukan main mendadak lagiiii naik berat badan akak ni ha sejak hari raya. Beberapa kali percubaan dok jaga makan pun asyiklah terbabas dek tak tahan menahan selera. Susah sungguh nak mengawal napsu. Punggah!

Lepas kakak ipar akak tegur muka 'bengkak', akak rasa perlu sangat akak disiplin kurangkan balik berat ni.

Simptom yang sama akak alami tahun lepas seperti baju dan seluar tak muat, tudung membulat, perut ke depan, muka berjerawat... dah elok turun dulu ni naik balik lagiii banyak. Apahalllll

Maka insaflah kembali (harap-harap lebih komited dan konsisten). Akak recap balik menu eat clean dan suku suku separuh disertai work out routine yang Fit Gang Ladies guide dulu tu.

Memang berkesan. Cuma perlu disiplin saja.

Minggu ni akak cuba balik jaga makan dan start work out semula.

Makan, setakat ni tak berjaya sepenuhnya lagi sebab ada jeeee laki aku tapaukan makanan maha sedap yang kalau tak rasa rugi. Haha dan entahlah selera kat nasi tu kemain. Lagi satu faktor tak cukup portion protein dan sayur. So cepat la lapar balik maka menggigil-gigil dan mula lah makan makanan rapu. Hadusss

Tapiiiii akak buat work out balik. Sama je macam yang coach akak bagi dulu. Alhamdulillah sekarang ni jumping jack tu dah boleh buat 15-20 kali tanpa mengah teruk banding pertama kali dulu --- ya robbi tak mampu weyyyyy lompat bintang, tak mampu!

To restart, akak buat work out routine ni:

Skipping without rope 15x
Jumping jack 15x
Hand touch knee 20x
Butt kick 20x
Wall push up 20x
Crunch 20x
Leg raise 15x
Plank 20 sec

Buat 2 atau 3 set, setakat yang mampu. Kalau rasa macam pening tu akak stop je takut pitam pulak. Almaklum dah lama tak work out tapi badan terkejut pulak.

16.8.19

Cara Buat Telur Separuh Masak yang Betul

Sekian lama akak buat telur separuh masak guna satu alat yang khusus, yang dapat masa cabutan bertuah sewaktu makan malam syarikat.

Memang senang kerja. Letak je telur dalam alat tu, tuang air mendidih dan tunggu hingga air tu habis turun ke bahagian dasar alat tersebut. Itu tandanya telur dah sedia untuk dipecahkan dan dinikmati.

Tapi dah lama tak guna, entah dah ke mana-mana alat tu dah.

Sampai beberapa minggu lepas teringin nak sarapan begini, dok buat tapi tak menjadi.

Frust jugalah.

Bila google, rupanya senang saja buatnya. Sebelum ni cara akak salah. Itu yang kejap telur suku je masak, kejap terus jadi telur rebus.

Yang betulnya, gini caranya kalau nak buat telur separuh masak.

1. Didihkan air.
2. Dah mendidih, tutup api. Terus masukkan telur. Cepat-cepat tutup.
3. Lepas 5 minit keluarkan telur.
4. Pecahkan ke dalam mangkuk.
5. Korek baki isi putih telur, titiskan kicap lemak manis dan beberapa cubit lada sulah.



Ambil roti bakar, patah dua, cicahkan dengan telur tadi.

Aduh. Sedap hoiiii!

Cubalah.

9.8.19

Farm in The City Part 2

Okey setelah sekian lama akhirnya berjaya juga sambung kisah kami ke FITC. Part ni akak cerita apa aktiviti yang korang boleh buat masa kat dalam tu.

1. Pony Ride


Ada la sekor 'pony' untuk bagi anak-anak merasa naik pusing-pusing. Bayarannya 7 token (RM7 kot kalau tak salah). Boleh la pusing 1 round. Tapi ride terhad untuk budak yang dah besar. Dalam 3 tahun ke atas gitulah. Kalau budak kecik nak naik, bahaya, takut jatuh. Nak dok atas pony then bergambar, boleh lah.

2. Feed the animals


Yang ni ikut sukalah. Kalau beli makanan untuk bagi haiwan makan tu, ha sua lah ke mulut kuda, kambing, arnab. Kebanyakannya memang lapar. Kuda yang kami tengok tu sampai tersua mulut keluar pagar minta makan. Kalau ikan, asal baling je palet tu, bercempera mengibas ngibas datang makan.

3. Talk + activities


Ada satu corner, beberapa staf akan bagi penerangan tentang haiwan. Haiwan apa, dependlah. Masa kitorang datang, ni ha haiwannya. Nak participate dalam aktiviti pun boleh. Pegang haiwan tu ke, jawab soalan ke.

4. Ikan longkang



Aktiviti ni best dan menarik bagi anak-anak. Depa boleh ambil sauk (ke apa namanya) dan besen untuk tangkap/tangguk ikan kecik dalam longkang. Longkang pun kecik aje, memang sesuai la untuk budak. Anak boleh cuba tangguk ikan dan masukkan dalam besen. Then kena lepaskan semula ikan tadi ke dalam longkang. Kita yang dewasa pun excited, anak lagilah. Maklumlah budak bandar manalah ada pengalaman gini. Hehe

5. Ular

Boleh tengok, pegang dan bergambar dengan ular secara live. Kalau beranilah. Akak memang taklah! Lari jauh siap-siap. I is takut dan geli ular.

6. Taman buah dan sayur

Kitorang tak masuk sini. Tengok dari luar je. Jadi takdelah cerita panjang.

7. Taman burung, rama-rama

Biasalah ni. Budak-budak suka jugak ni.

8. Kedai cendera hati

Tempat bahaya ni. Boleh mengopakkan poket mak bapak. Haha. Ada macam-macam souvenir, mainan, makanan, minuman. Harganya biasalah mahal sikit. Kalau tak nak beli, jalan laju-laju terus keluar. Hihi

Dalam tour ni, kita akan rasa macam kita dok jalan-jalan dalam kampung. Ada sungai kat bawah, ada kawanan itik dok berenang. Ada replika rumah papan macam kat kampung. Ada rumah atas air. Tapi tak boleh masuklah. Nak bergambar depan rumah tu bolehlah. 

Nak stop stop kejap pun boleh ada pangkin kat bawah pokok. Ada gerai-gerai juga. Nak minum ke makan ke.

Sambil-sambil jalan tu, ayam melintas tu biasalah. Ada kura-kura (tapi dalam kawasan dialah), burung semua. Kiranya feeling desa gitu.







Bolehlah bawak anak-anak jalan cuti sekolah. Kalau datang awal boleh dapat parking dalam. Kalau kena parking luar pun ok lagilah tak jauh sangat sebenarnya.

Tiket boleh beli online atau walk in. Tapi hari tu masa kitorang pegi, beli tiket walk in je sebab diorang offer package price for family (2 adults + 2 kids). Tiket beli online harga biasa. So lagi berbaloi beli walk in.

Ni alamatnya kalau nak pergi. Nak arrange lawatan taska ke sekolah ke pun boleh ni. Masa kitorang pegi ada few tadika buat lawatan dan aktiviti. Memang menarik!

Farm in the City, Malaysia
Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor