8.3.19

3 Sebab Utama Susah Kurus dan Cara Atasinya

Akak dalam fasa restart misi kurus akak. Dalam pada dah berjaya turunkan hampir 6 kg dalam 3 bulan, akak tak jaga makan dan work out, naik balik 3 kg. Huwaaaaa!

Sempena bulan Rejab yang mulia ni, akak nak istiqomah kurus balik. Ada 3 bulan lagi Rejab, Syaaban, Ramadan untuk baiki cara pemakanan dan jaga badan sebelum Syawal.

U know what I mean right? To look good in Raya pictures, of course!

Diri sendiri pun geram tengok perut ke depan. Beli dah bengkung tapi rasa sesak ya robbi sebab ukur lilit melampau. Kah kah keji betui.

Tak apa, tak apa. Actually bukan tak reti atau tak tahu nak jaga makan tapi napesu mengatasi. Burok perangai betui lah.

Nah akak share 3 sebab utama orang susah nak kurus, siap dengan cara nak atasi masalah tu sekali. Harapannya akak insaf lah sebab penat tulis ni. Dan jangan kecam akak yang belum kurus ni tawww. Akak pun kesentapan masa nak menulis ni ha.

Sumber: health.harvard.edu



SEBAB PERTAMA: IKUT NAFSU

Kita dah cukup makan tapi dok ikut nafsu nak mengunyah itulah, inilah. Nak rasa ini sikitlah. Eh rugi kalau tak makan makanan ada banyak ni. Orang belanja, rugi kalau tolak. Ikut sukatan, kita perlu makan sekadarnya saja. Tapi sebab ikut nafsu, itu yang jadi berlebih-lebih lemak tu.

Cara atasi: Perlu stick to the meal plan. Sangat perlu tahan nafsu. Kalau teringin sangat pun jamah dalam kuantiti sikit saja bagi lepas teringin.


SEBAB KEDUA: TAK TAHU CARA NAK KURUS

Kita nak kurus tapi tak tahu macamana. Kurus dengan tak makan malam, kurus dengan produk-produk viral, kurus dengan ikut orang tanpa ilmu, kurus dengan tak makan nasi dan macam-macam lagi. Sebab tu tak kurus-kurus sebab kita tak tahu cara.

Cara atasi: Buat bacaan tentang pengurusan berat badan, jenis-jenis diet, tanya pakar pemakanan, boleh juga risik-risik dengan kawan yang dah berjaya kurus cara sihat dan selamat. Paling kurang follow jelah Kevin Zahri. Banyak tips kurus dia share. Kat IG dan Pinterest pun banyak, janji rajin nak baca dan kaji. Lepas tu baru decide nak kurus dengan cara yang mana sesuai dengan kita.


SEBAB KETIGA: AZAM TAK CUKUP KUAT

Asyik azam tahun baharu je, tapi tak ikut pun. Set je azam tapi tak ada plan dan action. Asyik berlapar tapi tak kurus-kurus, tambah gemok lagi ada. Sebab azam kurus tu tak cukup kuat. Kita nak kurus tak cukup motivasi. Orang sekeliling pun tak ada yang bantu merealisasikan azam kita tu. Lagi parah.

Cara atasi: Kena tulis target weight berapa, to be achieved by when. Tulis juga the Big Why nak kurus. Nak sihat ke, nak elak penyakit ke, nak tingkatkan confidence level ke, whatever your reason is. Cari kawan yang menyokong. Involve dengan circle of friends yang sama-sama nak kurus. Dah kalau takde sangat, pi skodeng kat IG, berlambak motivasi, insya-Allah. At least this works for me. Search hashtag #eatclean, #eatcleanmalaysia, #pinggansihat . These could help a bit to make your resolution 'stronger'.

Semoga dengan 3 sebab ni, beserta cara nak atasinya sekali ni dapat bantu korang revise balik plan kurus korang tu.

Akak memang ke laut sikit ni, asyik melayan makanan yang hasben dok tapau. Kemain dia, geram betui akak tau. Actually I can still enjoy the foods he brought home, it's just that I need to control the nafsu to eat more than required.

Bab sukatan makanan ni, nanti lain kali la akak share. Tetiba rasa sentap baca kat atas ni ha. Panas rasa muka sendiri. Kah kah.


28.2.19

6 Tumbuhan Terbaik untuk Diletak dalam Rumah


Akak ralit dok baca NST, terjumpa 1 artikel yang share pasal tumbuhan yang bagus diletak dalam rumah bukan hanya sebagai hiasan malahan membantu membersihkan udara persekitaran dan dalaman rumah.

Rupanya bila letak indoor plants ni, kajian ada mengatakan mampu tingkatkan produktiviti dan kreativiti juga.

Ini 6 indoor plants terbaik yang dikongsikan oleh Kathy B. dalam kolum Home Improvement, NST, Feb 28, 2019.

1. Dieffenbachia
2. Pothos
3. Aloe vera
4. Spider plant
5. Jade plant
6. Ficus

Bolehlah cari indoor plants ni untuk baiki kualiti udara di rumah sekaligus mencantikkan rumah.

Ini pula pokok-pokok yang bagus untuk menapis udara dalam rumah. Bolehlah cuba.





19.2.19

Kenali Tanda Keracunan Makanan


Pagi ni, tak menahan-nahan akak nak ke toilet. Perut memulas, isi perut tak sesabar nak keluar. Peluh menderu-deru habis lencun kepala. Lepas tu loya tapi mujur tak muntah.

Aduh, agaknya food poisoning gini ni. Akak pernah kena lagi teruk dari ni. Azab jugaklah lemah lembik badan oi.

Tadi akak google saja nak check betul ke simptom yang akak alami ni sebab food poisoning. Maka ini dapatan akak.

KERACUNAN MAKANAN
Sumber: www.mohklik.moh.gov.my

Apa itu keracunan makanan?

Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.

Dilaporkan bahawa terdapat 6624 kes keracunan makanan pada tahun 2003 (kadar insiden 26.44/100,000 penduduk).

Apa yang menyebabkan keracunan makanan?

Punca keracunan makanan:

1. Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus
2. Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai
3. Logam berat seperti tembaga, raksa dan plumbum
4. Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti kulat, cendawan dan hasilan laut bercengkerang seperti kekerang

Apakah tanda dan gejala keracunan makanan?

Tanda dan gejala keracunan makanan bergantung kepada :

1. Keracunan tersebut
Kuantiti/jumlah bakteria, virus atau agen penyebab toksin yang telah dimakan
2. Umur seseorang
3. Sistem ketahanan badan (imuniti) seseorang

Pesakit itu mungkin akan mengalami :

Rasa loya
Cirit-birit
Muntah-muntah
Sakit perut
Berpeluh/demam
Sakit kepala

Apakah kesan (komplikasi) daripada keracunan makanan?

Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal. Ia juga boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan (kronik).

Apakah yang menyebabkan terjadinya keracunan makanan?

Antara sebab terjadinya keracunan makanan ialah:

1. Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4 jam)
2. Makanan tidak dimasak dengan sempurna
3. Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang mentah di disimpan bersama dengan makanan yang telah dimasak)
4. Makanan yang telah sejuk tidak dipanaskan dengan sempurna
5. Makanan yang beku seperti daging tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak
6. Memakan lebihan makanan secara terus tanpa dipanaskan dengan sempurna
7. Kaedah penyediaan makanan yang tidak bersih
8. Makanan tersebut disediakan oleh orang yang menghidapi atau pembawa penyakit yang disebarkan melalui makanan seperti typhoid dan taun

Bagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan?

Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan:

1. Sentiasa menjaga kebersihan
2. Basuh tangan dengan betul sebelum menyentuh makanan
3. Basuh tangan selepas keluar dari tandas
4. Basuh dengan bersih permukaan tempat makan atau penyediaan makanan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan
5. Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga dan haiwan seperti tikus dan haiwan-haiwan yang lain
6. Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak:
Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak
7. Gunakan peralatan seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk penyediaan makanan yang belum dimasak
8. Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza untuk mengelakkan dari pencemaran silang
9. Sentiasa masak dengan sempurna
10. Masak dengan sempuna, terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut
11. Panaskan makanan atau lebihan makanan dengan sempurna
12. Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul
13. Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam
14. Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti sejuk
15. Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih
16. Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan/berbungkus.
17. Pilih makanan yang segar dan berkhasiat
18. Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah (ulam, salad)
19. Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar
20. Hindari dari gerai/kedai makan yang kotor

Apa yang perlu saya lakukan jika mengalami keracunan makanan?

1. Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
2. Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh Pegawai Kesihatan
3. Pastikan tiada orang lain makan makanan tersebut
4. Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat