2.3.18

Resipi Homemade Nugget Simple dan Cepat



Nugget ni, tak kira budak ke mak bapak budak semua suka makan ye dak?

Tapi itulah, kadang nugget yang kita beli frozen tu banyak sangat pengawet, bahan perasa semua. Sesekali makan tu ok je pada akak. Tapi elak kerap sangat.

Maka atas inisiatif nak jugak makan nugget banyak tapi nak perasa tambahan dan yang sewaktu dengannya, akak buat sendiri je kat rumah.

Homemade nugget gitu ha.

Ala biasa dah orang dok buat sendiri kan sekarang. Tapi akak totap nak share macamana akak buat. Haha

Rupanya mungkin idaklah lawa mana tapi rasanya ok laa. Puas hati makan.

Yang penting sekejapan sangat nak buatnya. Bahan pun tak banyak. Zass zass siap.

Nah resipi, kalau sapa rasa nak coba.


Nugget Ayam Homemade


Bahan-bahan:

Filet ayam, 3-4 keping
Telur, 2 biji
Herba Itali, 1/2 sudu besar
Garam, 1 sudu teh
Serbuk roti golden orange, 1/2 peket

Cara buat:

- Hiris filet ayam ikut saiz yang u ols suka
- Tabur herba Itali dan garam, gaul rata
- Pecahkan telur, gaul dengan ayam, perap kejap dalam 30 minit ke 1 jam
- Panaskan minyak, agak cukup la nak goreng 5 ke 6 ketul ayam
- Tuang serbuk roti dalam pinggan atau dulang
- Ambik ayam, golekkan atas serbuk roti sampai fully coated
- Gorengkan sampai jadi kaler keemasan, lepas tu dah boleh angkat dan tos
- Cicah dengan sos cili Thai


Nota:
1. Akak tak cincang filet ayam sebab nak cepat. Kalau u ols ada masa, boleh cincang filet ayam dan masukkan sayur. 
2. Goreng nugget sekejap saja dalam 4-5 minit gitu. Guna api sederhana. Elok nampak garing dan warna keemasan dah boleh angkat. Rangup di luar, lembut dan berjus di dalam. Kalau lama sangat goreng, nugget jadi keras dan kering.
3. Serbuk roti pilih jenis golden orange, jenama Meriah. Nampak cantik. Hehe

Selamat mencuba!


28.2.18

Cara Atasi Rambut Berminyak dan Banyak Gugur

Sejak bersalin anak nombor 2, rambut akak memang bermasalah teruk.

Rambut gugur memang bertebaran kat lantai rumah (jenuh menyapu). Kat dalam bilik air bergumpal rambut kat lubang air.

Masa syampu rambut lagi stres. Lagiiii banyak gugur.

Sampailah hari tu tak tertahan dengan rambut sendiri. Akak cakap kat hasben nak pegi potong rambut. Biar pendek je senang nak urus.

Maka, pegilah ke salon yang akak penah pegi hampir 3 tahun lepas. Ahaks.

Siti Salon Al Zahrah kat Seksyen 7, Shah Alam. 

Masa duduk nak tunggu turn rambut dipotong, akak salon tu tegur rambut akak nipis. Hohoh #sentap

Dah nak botak kat belah tepi kiri kanan tu.

Dia tanya, selalu ikat ye?

Ha aa.

Lepas tu, bermulalah sesi kaunseling cara menjaga rambut yang betul. Hahaha

Nah akak kongsikan tip supaya rambut cantik dan sihat sebagaimana yang diberitahu oleh akak salon yang senior dan berambut lawa itew.

1. Guna syampu yang takde paraben, SLS. Biasa salon ada. Akak tu kata kalau guna syampu biasa, liang kat kulit kepala lagi tersumbat, tak bersih. Dia kataaaa.

2. Untuk rambut berminyak dan banyak gugur macam kes akak, cuba syampu rambut selang sehari.

3. Elak ikat rambut lama sangat. Rambut tak cantik dan senang gugur.

4. Potong pendek (bob cut kalau akak), klip rambut yang jatuh kat dahi.

5. Jangan lupa sikat rambut. Hahahah macamana dia tau akak jarang sikat! Apa taknya sikat selalu ghaib anak ambik main. Akak sikat rambut ngan jari je lah. Tapi dah insof dah. Simpan sikat tinggi sikit anak takleh capai. Kehkeh

6. Tak payah pakai hair conditioner kalau rambut berminyak. Dah ok baru boleh pakai.

7. Trim atau potong rambut 6 ke 8 bulan sekali. Baru rambut tumbuh cantik.

8. Rambut berminyak dan gugur boleh cuba treatment khusus atau dipakaikan inai. Akak teringin gak tapi nantilah kumpul ongkos dulu (kat salon tu RM100++). Ataupun pi buat kat salon lain.

Begitulah.

Kita mak-mak ni memang lah rambut kadang tu kusut masai serabut. Tapi setakat yang mampu kita jagalah kan. Pendek ke panjang ke pepandailah u ols jaga. Janji rambut sihat bersinar tak tersangkut pada skala 6. Gituh.

Ni syampu yang akak terpengaruh beli kat salon. RM45 sebotol ni dek. Tapi takpa.

#siscuba

Feeling ala salon lepas syampu. Bau salon sangat. Hahahah.

Nanti kita tengok la sama ada rambut jadi macam Rapunzel ke Reputzel. Kahkah

23.2.18

Cetaphil Baby untuk Anak Kulit Kering dan Ekzema

Anak kedua akak selalu ada masalah kulit sikit. Gatal, ruam, kulit kering. Dokter kata macam ekzema jugaklah tapi taklah terlalu teruk.

Jadi dokter sarankan guna losyen badan dan elak guna sabun mandi yang anti-bakteria macam Dettol, Antabax, Lifebuoy dan yang sewaktu dengannya. Nanti kulit lagi kering. Mujo akak guna Pureen untuk shower bath budak-budak ni. Dokter kata ok.

Actually sejak anak ketiga akak pernah cuba losyen Cetaphil Baby. Dokter yang suggest sebab masa tu baby kulit kering dan tak berapa cantik. Kami pun cuba la beli. Sebotol dalam RM60+, pejam mata kejaplah mengenangkan anak. Huhu.

Tapi lama gak tahan sebab botol dia agak besar. Ada kot 2 bulan lebih. Dan akak pun takde la nak picit beriya bagai. Dah sapu pun kat baby, guna sikit aje. Sapu setiap kali lepas mandi.

Memang alhamdulillah. Kulit makin lembap dan lembut. Wangi pulak tu. Sedap bau dia dan tahan lama. Sesuai sangat pakai kat baby.

Baru ni akak beli lagi untuk anak kedua tu. Tapi biasalah pakaikan sekali untuk semua anak. Kali ni hasben akak beli value pack. Ada losyen dengan shower bath sekali. Sebelum ni guna losyen je. Value pack ni beli kat Guardian, dalam RM80+ gitu. Takpelah janji anak-anak sihat.

Sekali lagi akak kagum bila shower bath Cetaphil ni pun kemain sedap bau dia. Wangi harum rasa comel sangat anak-anak lepas mandi. Kahkah

Memang elok kulit anak sebab shower bath ni ada kandungan losyen juga. Jadinya kulit anak lebih lembap dan lembut.

Kalau anak-anak u ols ada masalah kulit kering, selalu gatal boleh la cuba Cetaphil Baby ni. Akak rekomen. Cari je kat drugstore insya Allah ada. Siapkan duit jelah sikit. Huhu.