19.11.17
Cara Hilangkan Kesan Kain Terbakar pada Seterika
Pengalaman pertama akak nak hilangkan kain terbakar kat seterika, dan berjaya lalu nak dikongsi dengan satu dunia. Padahal petua ambik kat Youtube je. Hahaha!
Takpa takpa takpa. Akak tetap nak kongsi demi kesenangan orang yang memerlukan. Gitu.
Kisahnya, akak iron baju cik abang dengan lapik alas kain pelekat je kat bawah. Bawah tu karpet. Tadi masa nak simpan iron, boleh la iron tu tertempek atas karpet, maka dengan panas-panas lagi tu, setepek la karpet kat seluruh permukaan iron gi tu ha. Panik jugak akak sebentar. Cemana ni?
Lantas akak google. Banyak je petua! Hahahaha
Akak guna kaedah paling senang.
Bahan yang perlu:
Seterika yang kotor tadi
Garam kasar segenggam tangan masing-masing
Surat khabar
Cara:
1. On kan seterika. Medium heat dah la.
2. Bentangkan surat khabar atas ironing board. Kalau nak buat atas lantai, alas kain dulu baru letak surat khabar.
3. Taburkan garam kasar. Perhatian, guna garam kasar tau sebab lebih mudah nak tanggalkan kotoran tu. Agak-agaklah kuantitinya.
4. Lepas tu, gosok seterika atas garam tadi. Nanti akan tanggal keping-keping kain terbakar yang melekat kat seterika tu.
5. Gosok sampai semua kotoran tanggal. Seminit je cerah balik dah seterika. Yayyyyy!
Senang kan?
Selamat mencuba tau.
6.11.17
Pray for Penang
Terkejut dapat berita Penang banjir. Kat kampung akak pulak tu. Tak pernahnya kampung akak tu naik ayaq. Ni kira bencana terburuk dalam tempoh 27 tahun ka depa kata. Memang teruk betui. Kat pulau ngan seberang sama ja teruk. Habih pokok tercabut, feri buleh tersadai, kereta motor habih tenggelam, tanah runtuh. Sampai kerajaan Penang kena mintak tolong askar la mai bantu.
Katanya hujan lebat non stop for few hours. Lepas tu masalah perparitan lagi. Mana la tak banjir.
Rumah sedara mara akak kira banyak gak lah yang affected. Kesian depa.
Nak kemas balik, bersihkan rumah lepas banjir bukan senang oo. Harap pakat bertabah. Dugaan hujung tahun.
Baca lagi tentang banjir besar Pulau Pinang di SINI.
4.11.17
Tak Sempurna Tak Apa
Ada orang perlukan pertolongan tapi tak suka ditolong sebab tak sempurna seperti yang dilakukan sendiri.
Ada orang tak mampu nak buat sesuatu tapi rasa dia mampu kesudahannya penat sendiri lepas tu mengungkit kerja yang dibuat.
Ada orang yang tak perlu pun buat sesuatu kerja tu tapi masih tetap buat dan tak sub pun kerja tu pada orang yang sepatutnya. Dan dia terus-terusan buat sambil merungut. Orang yang sepatutnya take over kerja tu tak tahu pun yang dia sepatutnya uruskan sendiri kerja tu.
Ada pulak orang yang tak yakin dengan kerja atau bantuan orang lain. Yang ini, hang penat atau hang merungut, orang tak tau nak komen. Orang nak tolong, tak bagi. Dah tolong, tak kena pula.
Begitulah. Kadang-kadang ada orang ada masalah. Tapi dia tak sedar dia bermasalah. Dia anggap tu bukan masalah tapi pada orang lain, ya.
Terlalu mahu kesempurnaan, atau langsung tak hairan nak sempurna walaupun sebahagian pun masalah juga.
Berdepan individu begini, banyaklah bertabah dan bersabar.
Memang hati tercalar, terbakar, berasap menjulang tapi sebesar mana pun kita padamkan sahajalah dengan air tenang walau berkolah-kolah.
Jika membalas, jika melawan. Kita tak ubah sama sepertinya. Lawan arus. Doakan kebaikannya. Kasihani dia. Semoga Allah kasihani kita juga.