Teks: Zaila Hafni
Imej: Google
Aman jugak bila off birthday anouncement kat FB. So far hanya hasben, anak-anak, bff dan adik beradik yang wish. Haaa nampak tak kalau takde FB bgtau, takde sapa pun ingat beseday kau!
Kahkah.
Akak is okey. And memang akak pilih untuk hidup aman di wall FB tahun ini.
Bila dah menginjak mid 30s ni, kita mahu hidup yang tak serabut dan lebih tenang walaupun hakikatnya macam nak pecah kepala nak setel problem.
Tapi apapun syukur selagi Allah bagi kesihatan yang baik pada diri sendiri dan keluarga. Masih boleh buat kerja dan cari rezeki serta membayar segala hutang yang ada. Adoih.
Ni tengah mengadap kerja editing yang nak kena submit esok ni. Jenoh oi. Demi secangkir rezeki, kutabahkan dan kugagahkan juaaaaa.
Hepi beseday to me. I am fun, i am beautiful, i am happy, i am me. Ahh lantak la kalau salah lirik pun khennn. Hahahaha
Semoga dilimpahi rezeki, bertambah amal ibadat, bermanfaat kepada orang lain, jadi ummi penyabar dan penyayang, jadi isteri taat suami dan sentiasa jadi kesayangan beliau, sentiasa dalam rahmat dan redha Allah, diberi kesihatan yang baik pada akak. Amiinnnnn!
Kek takdak. Cucuq viral ada. Jadilaaaaa.